KOPI | BUKU | PUISI 59


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery.

 

Alhamdulillah akhirnya di tahun 2018 ini tertulis jua satu entri.  Tumpul pula penulisan dari kosa kata terindah untuk dimuatkan. Oh my God, what should I do?  😂

 

Baiklah.

 

Sebagaimana entri-entri yang lepas, saya banyak menyebut mengenai prinsip-prinsip hidup yang jika dirangkul –(1) menempuh jalan-jalan kebaikan yang bertunjangkan semuanya ‘kerana Allah’. (2) menebarkan manfaat sesama manusiawi dan (3) biarlah sekembalinya kita dengan meninggalkan sisa-sisa sebutan yang baik dan sejahtera kepada seluruh penduduk bumi.

 

Cerita saya di tahun 2018 . .

 

10 bulan di tahun 2018 hampir selesai dengan pelbagai ujian antara ujian akhlak yang semakin membawa diri dekat ini dengan Allah.

 

Kata AaGym, akhlak juga perlu ada matlamat untuk ditingkatkan.  Dari satu tingkat ke satu tingkat. Dari memaksa untuk berbuat baik menjadi baik yang sejati ;

Berbuat baik tanpa meminta untuk dihargai,

Berbuat baik bukan meminta untuk dibalas budi,

Berbuat baik bukan kerana ingin diperlakukan dengan baik,

Berbuat baik bukan untuk dilihat baik,

Berbuat baik bukan untuk menutup kesalahan diri,

Berbuat baik semata-mata kerana Allah suka kepada mereka yang melakukan kebaikan.

 

After all, I am still continuing myself to be the best as far as I could.

 

10 bulan di tahun 2018 juga selesai discussion with my boss regarding my overall achievement for this year. Alhamdulillah, selain akhlak berbuat baik yang sejati — akhlak berdisiplin dan bekerja secara itqan berjaya diletakkan dalam rekod dua tahun bekerja sebagai – “No lateness record, No medical Leave record and with minimal error — You are very good staff.”😃

 

Now,  I am working for outstanding achievement at the best as I could.

 

___

 

10 bulan with His blessing! –

dan paling menarik untuk di kongsikan adalah saya berjaya habiskan enam buah buku!  Sila lihat next entri untuk review dari saya. 😀

 

For my 10 month of relationship. . . eh . .

37985334_10210227332594588_1588529534582390784_o

 

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna

KOPI | BUKU | PUISI 58


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery

.

.

It is the time to say Good bye to 2017. 

.

Senarai kejayaan kecil di tahun ini untuk tatapan di masa masa jatuh suatu hari nanti. Moga-moga menjadi penyuntik semangat untuk terus bangun dan terus berlari.


.

.

1. Target menabung berjaya. Walau sekali sekala terguna seratus dua.

.

2. Contract to permanent staff in one year. And having an increment salary with kpi bonus. 

.

3. Banyak buat silap tapi masih mampu tersenyum tenang dan memujuk klien tanpa dimaki. Alhamdulillaaaaaah.

.

4. No Medical leave or Emergency leave so far. Mungkin sebab segan nak jumpa doktor hensem. Hahaha.

.

5. Infak konsisten dengan pemotongan peratus gaji. Walau sikit semoga di sana pahala dan redha Tuhan berbukit.

.

6. Belanja bagi mama meningkat. Semoga jodoh semakin mendekat. Eh. 

.

7. Reading more books. Berjaya.

.

8. Keep positive vibes at office. Berjaya.

.

9. Confess to someone. Status : working with doa (dalam proses) Lalala. 💓

.

.

.

.

10. Cooking with 10 recipes. Berjaya. Sebab housemate puji sedap. 🙆

.

11. Mendidik untuk sentiasa maafkan orang lain. Status : working hard (dalam proses)

.

.

Cukup sebelas perkara keberdayaan seorang Amalia di tahun 2017. Semoga sentiasa membesar menjadi manusia yang lebih baik untuk agama dan orang di sekeliling. 

.
Di tahun ini juga seramai enam orang housemate keluar masuk rumah sewa. 

.

Yes, people come and go. Even the best will leave you when they want to. And even me instead. The valuable lesson here is be the best to people surround you. Keep on seeing the things with a good eye. 😇

.

.

.

.

Dear 2018, 

Please be nice and wonderful to me and everybody in this world. 😊

.

.

And for you, 

Thank you. 💓

.

.

Kopi | Buku | Puisi 57


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery


Ada beberapa bulan sahaja tinggal sebelum kita beralih ke tahun seterusnya — 2018.  Cukup laju hal-hal yang lalu meninggalkan kita. 


Tahun 2017 adalah tahun yang banyak memberikan makna — konvokesyen bersama selempang pink, kerja pula ditukarstatus dari kontrak ke tetap dan pelbagai kejutan yang masih ditunggu hingga ke penghujung tahun ini. 



***
Bila nak kahwin?”, soal sesiapa sahaja yang bertanya. Termasuklah mak mak sedara sendiri.


Saya menerima soalan itu dengan tersipu-sipu malu (ditambah geram yang ditambah dengan monolog, “OMG takde soalan lain ke?“) 😂


Apapun, ada dua jawapan yang konsisten yang selalu saya berikan. Seandainya gaya soalan seolah-olah hanya sekadar mahu menambah isi perbualan, maka jawapan saya, “Doakan yang terbaik untuk saya.”  


Kalau gaya soalan itu nampak seakan penting, saya akan menjawab, “Umur 26. Tapi itu lah tak tahu nak kahwin dengan siapa ni.“, diselangi deraian ketawa yang tak tahu nak sedih ke happy. Hahaha 😂

Baiklah.

***

Tahun 2017 juga adalah tahun di mana tahun saya banyak sekali membeli buku dan habis di baca. Diulang…beli dan habis dibaca. 😂

Buku-buku yang sudah habis di baca dan ditinggalkan separuh bacaan (yang entahlah untuk siapa) dari Januari hingga Ogos 2017. Enam buah buku per Lapan bulan.  Hm. Not bad.

Setiap kali usai membaca buku-buku ini, saya bermonolog –

Ya Allah kenapa bijak sangat orang-orang dinyatakan dalam buku-buku ni? ya Allah hebatnya amal salih orang-orang yang dinaqalkan. Ya Allah macam mana la penulis boleh tulis sampai sejauh ini. Ya Allah bodohnya aku…” 

Apabila membaca dan menyelami buku-buku yang berbentuk fiksyen, kita akan temui pelbagai manusia-manusia yang hebat dan pakar dalam semua jurusan yang kadangkala tak tercapai di akal kita kenapa mereka boleh jadi sebijak itu.

Kadang kadang rasa macam nak pindah negara je dan membesar ditempat orang-orang hebat membesar.  Kerana saya mempercayai, selain faktor keluarga, environment juga turut membantu dalam membentuk mereka untuk berperilaku sebagai manusia yang terbilang.

 

Namun apakan daya, yang telah berlalu..kita ambil sebagai tauladan dan pengajaran. Kerana lahir dan membesarnya kita di sini semestinya terhimpun pelbagai hikmah. Cuma bezanya..kisah hidup jatuhbangun kita tidak di tulis oleh orang melainkan digerakkan oleh kita sendiri. 😂


Maka..

 
Akhir sekali saya selalu sematkan di dada dengan niat yang semoga ia menjadi doa doa yang makbulkan —

 
Ya Allah kalau bukan saya menjadi sebijak dan sesoleh mereka, biarlah nanti anak zuriat dan cucu saya akan menjadi lebih baik sebijak dan sesoleh mereka. Ameen.”

 
See.

 
Thats how books teach you to go beyond your level of thinking. 😆😊

 

 

Okey jodoh. Dah nak dekat umur 26 tahun dah ni. Boleh lah nak jelmakan diri. Hahaha😆😆

 

 

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna

kopi | Buku | puisi 56


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.

Semakin banyak waktu buat sendiri, kau boleh merasa sangat beruntung. Sebab keriuhan dalam kepala juga berhak diperlakukan dengan baik.” @penagenic

.

.

.

.

Glad you have skill in writing. Sometimes I felt that you are a complicated person.“, Ani menyapa diruang komentar fesbuk saya.  Ketika itu saya baru sahaja siap menaip satu cerita babak perbualan saya dengan seorang makcik semasa pulang dari tempat kerja. 

.

…dan bayangkan berapa ramai lagi yang terperangkap dengan pemikiran sendiri tapi tak mampu untuk menulis..“, dia meneruskan tambahan komen di bawah. 

.

Saya membacanya dengan tersenyum sambil membalas, “Hahaha“, di ruang komen balas.

.

Dalam tak sedar, saya mengamati tegurannya. Baru semacam tetiba mengenali diri sendiri. 😂 Kewujudan blog ini pun disebabkan usia saya belasan tahun yang suka menulis dan berkongsi. 

.

Walaubagaimanapun, semakin meniti usia separa dewasa ini, semakin pula saya merasakan perlunya privasi hidup. Hehehe. Dari membicarakan hal-hal remehtemeh pada permulaan usia 20 an sehinggalah kini saya mula selektif dalam menulis apa yang perlu disampaikan dan apa yang harus disimpan. 

.

Kalau kamu tahu, acapkali saya membaca hasil tulisan sendiri dan acapkali itu juga saya rasa ingin menumbuk diri sendiri, “Damn. Tak penting pun ni, pehal aku tulis jugak.“, begitulah situasinya apabila merasa termalu. 😆

.

.

.

.

🎵”One day I know, if I want to go don’t tell how far I can go…” 🎶

.

.

Semua orang ingin melangkah dan memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Seterusnya memiliki perkara-perkara yang mengejutkan dunia. 

 .

Antara perkara yang menjadi minat saya sejak dulu kala adalah bersendirian di dalam bilik. Bersendirian dalam erti kata tidur (hahaha) ataupun diam membaca ataupun mengelamun mengimpikan macam-macam yang akan saya perolehi sekiranya saya buat begitu dan begini.

.

Dalam kesunyian, kerap saya memikirkan apa yang perlu saya niatkan, azamkan dan seterusnya mencorak langkah untuk melontar jauh.  Ketika itu juga datang berjuta rasa buntu. 

.

Semakin dewasa juga, kita mula memikirkan tentang prinsip apa yang perlu kita genggam dan praktikkan. Perlumbaan demi perlumbaan tentang hidup dimulai dengan meniti karier, rumahtangga seterusnya kekayaan harta merajai perbualan seharian kita.  Kalau memberi fokus karier, rumah takkan taknak bertangga. Kalau berumah yang dah bertangga, karier menjadi prioriti paling akhir kerana ada hal-hal yang lebih utama di dahulukan.  

.

Begitulah sekusutnya saya. 

.

.

.

.

Dalam membenturkan apa yang bermain di minda, saya mengolahnya dengan membaca buku-buku yang bagus. 

.

.

Antaranya buku ini : 

.

.

.

.

.

.
Sedikit review – 

.

.

The trouble with success – in which we learn how our previous success often prevents us from achieving more success

.

Semakin tinggi kita berada di atas puncak kejayaan, semakin banyak kita akan menghadapi masalah tingkah laku kita sendiri (interpersonal issues) yang sebenarnya memualkan (annoying) orang di sekeliling. 

.

Antara sikap yang sering dilihat sangat bagus pada orang yang berjaya tetapi sebenarnya memualkan orang lain adalah :

.

1. Winning to much

.

2. Adding to much value. – Setiap sisi pandang orang lain, ada saja penambahannya. “Saya setuju dengan apa yang awak katakan. Ia nampak lebih baik kalau..”. 

 .

3. Passing Judgement. – Setiap komentar/cadangan dari orang lain terhadap diri kita, kita membalasnya dengan ‘Thats a great idea!‘ 
Sebenarnya itu adalah suatu jawapan yang salah. Jawapan betul adalah hanya ‘Terima kasih atas cadangan.’. Being natural showing that you are not a judgemental person.

.

Selebihnya kupasan yang sangat menarik oleh penulis.  Tak tertulis disebabkan saya menghadapi kekeliruan bahasa dan kosakata untuk menulis dengan baik. Hahaha😂

.

Apapun, saya amat menyukai pandangan penulis mengenai perubahan. Katanya, perubahan yang paling mencabar adalah datang dari mereka yang telah berjaya dan selalu meraih kejayaan dalam hidup mereka. 

.

Why we have to change when we’ve already in the peak of our success?”

.

.

.

.

At the end, dia masih mengusutkan saya apabila  ia mula menghantui diri saya bagaimana untuk berkongsi dapatan ilmu dalam buku ini dalam bahasa yang mudah di fahami. 

.

Maka hanya contengan kecil sahaja yang mampu. Huhuhu

.

.

.

Once again– I am too complicated

.

.

Baiklah. Need more books to read

.

Hahaha.

.

#heroinsays

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 55


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.

Maafkan dia. Dia tak sengaja.“, itulah reaksi spontan Dr Aishah seketika mendengar luahan kak yana. 

.

Kak Yana masih mencebik lalu menambah, “Tak doktor. Masalah sekarang ni saya tanya dengan baik baik bukan marah dia pun. Dia pulak jawab macam nak cari gaduh.” 

.

Saya berada dihujung sedikit hanya memerhatikan tanpa mencelah. Dr Aisyah sekali lagi tersenyum dengan mengulangi ayat yang sama, “Maafkanlah dia. Masing-masing stress dengan kerja masing-masing.” 

.

Kak Yana menarik nafas berat.  Sakitnya direlung hati masih berdarah segar.

.

Perbualan terhenti seketikamana Dr Aisyah di panggil untuk meneruskan sesi konsultansi dengan pesakit. 

.

Okeylah nurse. Maafkan sister ya.”, beliau berlalu bersama peringatan maaf buat kali ketiga.

.

.

.

.

Secebis kenangan sewaktu praktikum di atas telah menjadi inspirasi secara tidak langsung kepada saya.

.

Begitulah keadaannya apabila semua pihak dalam jiwa kusut dan terkalah pada emosi.  Ada yang menyakiti, tersakiti dan saling menyakitkan.  

.

Dan kalimah “Maafkan” terasa berat untuk dijadikan ubat menampal apa yang telah terguris. 

.

Having a stressfull in workplace is a common thing nowsdays or even in the past 20 years ago.  When you are receiving a bunch of requests from clients and at the same time you need to endure with a bonquet of tortured feeling from all sides (who works with you – boss, colleagues, board of directors,clients and so on)

.

Bagi saya, dunia kerjaya adalah masanya kita mengambil prinsip yang betul untuk dijadikan “pakaian” kita sepanjang meniti karier sehingga seberapa lama kita inginkan. 

.

Prinsip-prinsip kehidupan ini telah pun ditulis secara kemasnya di dalam Alquran dan Sunnah Rasul baik kita menyedarinya atau tidak. 

.

Jika dahulu kita selalu di ingatkan sedekah adalah perkara yang paling mujarab untuk menjemput rezeki kita.  Namun, setelah merasai  beberapa keping wang kertas di tangan, kita mula merasakan duit adalah segala galanya untuk kita. It is not the easy things to set our mind once your accounts shown that the depreciation of your money when you start to give it away to others. Seolah-olah melanggar logik, sedekah RM 10 akan digantikan dengan RM10000 dalam akaun bank. It’s impossible. 

.

Begitu juga soal “memaafkan”. Ia suatu yang sukar untuk memberi maaf apabila didalamnya sudah berdarah. Lagi-lagi kita mendapatkan agama kita pula menganjurkan tiga tingkatan dalam proses memaafkan. 

.

1. Memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepada kita. 

.

2. Memberi maaf kepada mereka yang berbuat salah kepada kita dan seterusnya melupakan segala kesalahan mereka. 

.

3. Memberi maaf kepada mereka yang berbuat salah serta melupakan kesilapan mereka malah turut berbuat baik kepada mereka yang menyakiti kita. 

 .

.

Seolah tidak logik dek akal untuk tahap yang ketiga.  Mereka yang menyakitkan kita, alih-alih kita pulak disarankan untuk berbuat baik kepada mereka. Hmm.

.

.

Baiklah, berikan masa untuk saya menjelaskan kekeliruan ini.   

.

.

Perkara pertama yang diajar dalam sesuatu ‘proses’ adalah bagaimana kita berfikir terhadap sesuatu perkara adalah titik punca untuk kita bertindak.
Sebab itulah agama metakkan tahap-tahap dalam proses memaafkan kerana mengenali fitrah semua dari kita memerlukan proses dalam membenturkan hati dan akhlak kita.

.

Sebagai contoh – 

.

Bersedekah tidak mengurangkan harta sekiranya kita percaya –all we need in this world not only money but other’s kindness too.

.

Memaafkan pun tidak menjadi masalah apabila kita percaya – setiap manusia yang hadir dalam hidup kita adalah anugerah dan sebagai ladang amal bagi kita. Dari situ kita berlatih secara praktikalnya rasa ‘sabar’, melebihkan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri, ‘tawadhuk’, ‘zuhud’ dan semua buah akhlak yang bakal ditempa menjadi seorang kita yang lebih baik agamanya. 

.

.

So it easy right? 

.

Ubah cara fikir. 

.

Maka ia mendorong kepada perubahan yang lebih baik. 

.

Bagaimana nak ubah atau mendapatkan cara fikir yang baik? 

.

Untuk saya, saya praktikkan tiga cara – 

.

1) mendekati orang-orang yang baik dan sudah terbiasa melakukan kebaikan.

.

2) Mendengar kuliah agama berkaitan akhlak.

.

3) Membaca buku.

.

.

.

.

Maka saya mulakan dengan sekecil-kecil perkara termasuk kisah kebetulan melucukan ini – 

.

.

.

.

Keaadannya apabila kita mempercayai teori minda bawah sedar antara faktor ‘pembimbing’ untuk pembentukan sikap, maka password pc adalah salah satu darinya. 

.

Apapun pagi tadi tak sangka terbuat lawak hambar dalam group kerja. Maafkan saya. Saya tak bermaksud nak permainkan sesiapa. 😂😁😁

.

**Maafkan17@ — nama tu dipilih kononnya nak melatih diri maafkan semua orang untuk hal-hal yang kecil. Tak sangka hari ni dia jadi faktor pemujuk untuk orang lain pula maafkan saya. Hahaha. 

.

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna