srikandi

KOPI|BUKU|PUISI 44


Bismillah.

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

#teamNusaybah

“Kalau nak kekalkan keceriaan di wajah seseorang, kenalilah dia dari kejauhan. Kerana mengenalinya dengan lebih dekat — kau akan hanya temui peria yang pahit dari manisnya gula, dan kau akan tersakiti apabila berjalan diatas kehidupan seseorang yang mana lebih banyak duri yang menikam dari lembutnya sutera.”, kongsi Kak Yam semasa kami makan malam bersama.

 

Saya yang sedang mengunyah kerangka ayam terkesima, ‘Wow, menarik ayat ni. Boleh post kat facebook ni.’; sambil menyambung kunyahan.


Ketulan kerangka ayam dikumpulkan satu tempat. Enak pulak ayam ni diratah walau hanya tinggal rangka. Tiba-tiba terlintas satu persoalan,


‘Tapi.. kalau Kak Yam, apa sebab Kak Yam masih berkawan dengan kawan-kawan Kak Yam?”, saya menyambung lagi perbualan.


‘Em..sebab selesa dan serasi. Kot.’


Alhamdulillah a’la kulli hal di zaman kerjaya masih ditemui dengan mereka yang baik-baik. Jika suatu hari nanti anak anak cucu tanya apa yang best kerja di KL–kisah bersama mereka antara yang akan saya selitkan.


Senyuman dari kejauhan hasil tangkapan kamera fon. Walau kualitinya sangatlah teruk, tetapi masih tidak mampu mengaburi kemanisan senyuman. 😋


Dalam proses berjalan meniti usia kematangan–setiap manusia yang kita temui adalah sangat bermakna untuk kita kekalkan senyuman di wajah mereka. Andai kita yang terpilih melihat mereka dari dalam, maka jadilah kita antara orang yang mereka jadikan alasan untuk terus tersenyum. 😍


#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 40


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi

 

Senyum :'D

Senyum :’D

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

‘Amalia, you raya thaipusam jugak ka?’

‘Eh takdelah.’ 😂

 

****

Begitulah reaksi rakan sekerja not-yet muslim bila tau ramai kawan muslim dia amik cuti esok sampai isnin. 🙊


Begitulah seadanya. Kalau diikutkan hati, semua raya nak ‘annual leave’. Hahaha. Namun apakan daya.


Perkara yang saya terlupa untuk bersedia ketika memasuki fasa kerjaya adalah saya sudah tiada cuti sem yang panjang berbulan-bulan itu. Huhuhuhu.😭


Mana tidaknya, lepas sahaja dua minggu dirumah setelah tamat segala-galanya tentang thesis, alhamdulillah saya terus di panggil interview dan langsung dipanggil bekerja seminggu selepas itu. 😂


Orang kata– anak yang keras kepala ni kena tinggal jauh-jauh sikit dengan mak. Baru la senang sikit nak dengar cakap. Bila duk jauh ni semua tempat terngiang-ngiang bebelan mama–dari bangun tidur sampai la tidur nak balik. 😌


Apa pun fasa kerjaya adalah fasa survival anak muda–lebih-lebih lagi yang bujang–perempuan– dengan keputusan yang dia sendiri putuskan.


Entah baik. Entah buruk. Dia pun kadang kadang tak tahu. Aci redah je. Hahaha.


Begini lah hidup, kalau kita tidak terus berjalan–kita bakal ditinggalkan.


Teruskan berlari. Dan belajar dan terus belajar dari jatuhbangun hidup sendiri. Dan jangan lupa juga– ‘expected the unexpected’ 😂😋


Sekian kisah Kopi|Buku|Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

kopi|BUKU|puisi 36


Bismillah.

 

12976560_237380146619049_1204494457_n

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

 

“Pelajar tidak lulus peperiksaan bukan salah pada soalan. Akan tetapi salah pada jawapan. Begitu juga pada persoalan-persoalan dalam kehidupan ini. Bukan takdir yang salah tetapi salah dalam menyikapi takdir.” (AaGym)

 

Antara video kuliah ringkas yang seringkali menjadi kegemaran aku untuk didengar dan ditonton adalah ceramah tausiyah daripada Kiai Abdullah Gymnastiar. Pentingnya untuk kita biasakan diri mendengar kuliah atau ceramah ini kerana ia amat berguna ketika kita dalam keaadaan sedih dan kecewa.

 

Have you heard about ‘subconcious mind’?

 

Subconcious mind atau minda separuh sedar adalah merupakan suatu tempat penyimpanan memori yang paling besar terdapat dalam kepala kita. Ia berlaku secara tidak langsung dalam menyimpan ingatan-igatan kita terhadap sesuatu perkara yang dilakukan secara separa sedar (likes its’ name-subconcius).

 

Contohnya perkataan yang selalu kita tatap seperti ‘Saya seorang yang rajin’.

 

Hebatnya subconscious mind ini lah yang bakal membentuk self-image seseorang sama ada dia mempunyai self-image yang tinggi atau rendah. Disebabkan ini kita di ajar untuk selalu bercakap dengan menggunakan perkataan yang positif dan memandang serta mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja.

 

Ungkapan seperti, ‘Saya seorang yang jelita’ lebih elok daripada ‘saya tak berapa cantik’. Hihi.

 

*okey, kita perlu tahu beza antara meningkatkan self-image yang bagus dengan angkuh*

 

Apabila kita sedih, apa yang terjadi?

 

Semestinya manusia mudah untuk mengingati perkara-perkara negatif. Ketika itu sekiranya kita islam, kita dituntut untuk kembali kepada Allah S.W.T (yet, semasa gembira lagilah kita dituntut sebab proses subconscious berlaku ketika kita dalam keadaan normal)

download

 

Amalia pernah sedih tak?

 

Eh mestilah. Sedih sebab bas terlepas, sedih sebab tak dapat makan roti canai pagi-pagi, sedih sebab terasa dilukai, sedih sebab sepatut jadi macam ni tapi dapat macam tu, sedih tanpa sebab dan terlalu banyak lagi cerita sedih yang tak terhitung untuk ditulis. Hahaha.

 

Apa makna sedih? Apabila kita merasakan kita kurang sesuatu dan banyak berharap pada makhluk. Demikian yang selalu dipesan Kiai Aa Gym.

 

Maka caranya ayuh senyum dan berlapang dada dengan aturan Dia. 🙂

 

Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

 

#heroinsays
#memeluksempurna

 

 

 

 

kopi|BUKU|puisi 35


Bismillah.

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


****

TINDAKAN PERTAMA DI TAHUN 2017

‘Tokleh wi ko Cik duit banyok-banyok ni lain kali. Boros.’, pesan arwah papa pada dirinya sendiri apabila saya memulangkan baki cenonet sahaja dari jumlah duit RM 10.


Perbualan itu berlaku sudah hampir 18 tahun yang lalu ketika saya berusia tujuh tahun. Ah masih comel lagi saya waktu ketika tu. Hihi. Antara dialog bersama arwah papa yang paling tersemat dihati. 


Do you know what the dangerous things when you criticised the kids-- it would bear in their mind forever. What was glad it is, I was that kids, too.


**Anyway, I am not in the mood to talk about it. Let we discuss it later. Or maybe not at all. Hahaha.


Kesan kritikan tak langsung untuk ungkapan ‘boros’ itu terlalu kuat dan lekat di hati. Sehingga sekarang, saya percaya saya seorang yang boros. Heii. Am I?


Apa pun, kritikan boros itu –maybe in other way untuk saya belajar ilmu pengurusan kewangan secara betul dan sistematik. Kalau nak diingatkan dari sekolah rendah sampai la di UiTM, saya tak pernah menabung dengan jayanya. Ermm.


****


31st Januari nanti genap setengah tahun bekerja. Wah!


Buat pertama kalinya saya berjaya menyimpan beberapa sen hasilmahsul saya selama 5 bulan ini. A greattt achievement anyway! *big plause to myself*


Okey. Let's do this challenge!



simpanan-52-minggu


Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

									

kopi|BUKU|puisi 34


Bismillah.

15781010_10206666569217729_2126404771130853063_n

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


****

'Hanging out' semalam buat pertama kalinya rasa cuak semacam sebab keluar bersama isteri orang. 😂


Rasyidah be like : 

'Mu ingat aku ni bujang ke nak ajak hang out gini?'

Dan Nazurah replied : 

'Ah tak kira. Sekarang ni mu saing nga ore bujang.'


**

Tidak di sangka penutup tahun 2016 akhirnya bersama cerita cerita kita yang lama sudah tidak diperdengarkan. Lama bersembang--dari cerita alam bunian sehingga kisah perancangan masa depan tentang dimana kita nanti di tahun ini (2017). 😌


'Orang perempuan ni bukan nak tangkap gambar sangat pun. Tapi dia nak momen tu, yang ni lelaki tak faham. (Puan Rasyidah, 2016)

Begitulah amanat dari Puan Syidah yang paling aku genggam. Entah la kenapa. Hahaha.


Terima kasih untuk cerita sehari di tahun lepas. Penutup cerita yang cukup indah.


Buat kawan-kawan yang tidak sempat untuk di ajak--maafkan kami. Sebab plan orang bujang ni memang selalunya last minute punya cerita. 😂

Dan yang bujang pun dah tinggal beberapa kuntum. Kerana yang lain sudah pun di petik. Hihi. Doakan pertemuan kita dilain masa. ❤

Ayuh semoga kita lebih berfokus di tahun ini! 💪


Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk pertama kali di tahun 2017.

#heroinsays
#memeluksempurna

kopi|BUKU|puisi 33


Bismillah.

 

Adha namanya😀

Adha namanya😀

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


****


Kisah semalam yang mencuit hati. Buat pertama kali gagal untuk mencapai apa pun objektif Latihan Dalam Kumpulan. 😌

Mungkin untuk tidak terlalu merendahkan kapibiliti diri sendiri--yesss berjaya membuat mereka akur dengan arahan ini :


'Akak ada satu syarat. Siapa nakal, akak cubit ketam.' 


Walhasil mereka mampu untuk stay dalam kumpulan selama sejam. 😂

.
.

Peristiwa yang sama meningingatkan saya kepada peristiwa sewaktu saya menjadi Event Manager untuk Ihtifal PASTI peringkat Lembah Pantai. Saya dipesan oleh seorang kawan, 


'Am..pembarisan masuk dewan budak-budak ni bukan macam pembarisan konvokesion kita tau...'


Saya hanya diam dan mengangguk pesanannya. 


Tibalah masa Ihtifal PASTI. Rupanya benarlah apa yang dipesan, pembarisan masuk ke dalam dewan pelajar-pelajar sungguh memberi kelainan daripada yang biasa kita lihat di acara Konvokesion tahunan mana-mana institusi. 


Terlihat cikgu-cikgu menjerit-jerit memberi arahan dengan muka yang memerah sambil memegang tangan pelajar yang di depan. Pelajar yang dibelakang sudah pun berlari ke sana sini keluar daripada barisan. Mereka hanya masuk kembali ke barisan apabila cikgu mereka datang memegang telinga mereka sebelah. 😂 


Alahai. 

.
.

***

.
.

Terima kasih kepada AJK Surau Pantai Permai dengan kerjasama Nisa' Lembah Pantai kerana memberi saya satu pengalaman baru. 😋

Fasa kanak-kanak lelaki dari umur 7 - 10 tahun masih lagi mood bermain. Maka akhirnya LDK saya hanya bermain dengan mereka. Lihatlah mereka berjaya memanipulasi saya dengan jayanya. 😌

Anyway-- such a nice experience. Lain kali nak bawak rotan masuk LDK pulak. Hahaha. 

Sekian kisah Kopi| Buku| Puisi. 

#memeluksempurna
#heroinsays

kopi|BUKU|puisi 12


Bismillah.


Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


'Kak Cik nanti datang tau tau hari Khamis minggu depan.', pintanya dengan penuh harapan.


'Tengok keadaan dulu tau.', balasku ringkas apabila mengenangkan thesis aku yang tak siap siap. Cis.


'Alaaa..datang la..'


'Okey..tapi saya tak janji tau...'


'Janji lah. Kalau awak tak datang, berdosa masuk api neraka.'


Aiyak. 😖


****


Janji yang paling sukar ditunai adalah apabila kita berjanji dengan kanak-kanak. Kerana baginya janji adalah sebuah pengharapan yang harus dikabulkan. Dengan segera. Tanpa cacat cela. Tepat sebagaimana yang telah di janjikan. 😂


Terima kasih umisu dan Babasu untuk sambutan Hari Raya Aidil adha sehari ini. 😋 

Datangnya dengan tangan kosong, pulang dengan tangan penuh. Hehehe. .

Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.


#heroinsays
#memeluksempurna