KOPI|BUKU|PUISI 39


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi

 

Yang merah tu pembetulan fakta. ^__^'

Yang merah tu pembetulan fakta. ^__^’

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

‘Akak apa yang Tok Guru cakap tadi? Lozeng?’

‘Entah la Am. Akak pun tiru awak je ni.’

😂

****

Alhamdulillah hari ini saya sempatkan diri untuk mengulangkaji kembali salinan nota tentang ucaptama TGHH di Himpunan Muslimat Muda dua hari yang kelmarin. Betapa tergopoh gapahnya saya menyalin setiap isi daripada Tuan Guru Haji Hadi–

Ditulis Perjanjian Lozen yang sebenarnya Perjanjian Laussane.

Di salin Perjanjian Saiz Behold yang hakikatnya jauh tersasar. Ianya adalah Perjanjian Sykes-Picot.

Tuan Guru seperti kebiasaannya selepas membuka ucapan dengan dalil At Taubah (71), beliau akan mulakan terlebih dahulu bercerita tentang sejarah islam. Katanya, ‘Ada dua perjanjian yang ini telah dilupakan oleh umat islam–yang sudah cukup 100 tahun perjanjian ini di tandatangani…’

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas iaitu Perjanjian Sykes-Picot (1916)– yang dibuat oleh diplomat british, Mark Sykes dan Perancis, George Picot untuk membahagikan wilayah-wilayah islam dalam rangka perancangan menjatuhkan pentadbiran khilafah turki uthmaniyah dan Perjanjian Laussane (1923) — perjanjian yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar British dan beberapa negara Eropah untuk membatalkan khilafah.

‘Menghapuskan pemerintahan Islam adalah kemungkaran yang besar…’

Selanjutnya TGHH memberikan penerangan mengenai empat asas pembinaan pemeritahan Islam ;
1) Taat kepada Allah.
2) Beriman kepada akhirat.
3) Konsep Taqwa.
4) Rahmatan Lil a’lamin — adil untuk semua termasuk musuh.

Dan selebihnya untuk isi-isi lain saya hanya mampu mendengar dan menghadam dengan sebaiknya. 😂😂

—–


PAS dan RUU355.

RUU355 adalah salah satu usaha bersama untuk memartabatkan lagi institusi syariah di Malaysia. Dan ia bukan lah hukum hudud seperti mana di gumbarkan oleh beberapa pihak. 😋

Apa pun warna politik kita, ayuh kita sama-sama turun 18 Februari nanti demi menyokong perlaksanaan syariah yang lebih berkesan!

Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.
.
.
#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 38


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi
Bila dah dapat kubikel sendiri, seronok pulak nak dekorasi. Hihihi

Bila dah dapat kubikel sendiri, seronok pulak nak dekorasi. Hihihi

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****
‘I nak tengok bila Amalia buat emel nanti, dia membebel macam mana.’


Pertanyaan itu membuat saya tersenyum. Reply email daripada klien adalah satu pekerjaan yang sangat la stress pada hemat kebanyakkan ofismates yang senior. Perbualan kami tadi didengari oleh dua orang lagi rakan sekerja yang berada di sebelah menyebelah.

Dia menyambung lagi, ‘Kalau you stress, you membebel ke you diam?’

Untuk menjawab pertanyaan tulusnya itu, pada mulanya saya hanya tergelak sopan sambil tangan ligat menekan keyboard. Namun, belum sempat saya menjawab, senior officer mencelah, ‘Amalia akan baling barang. Dia nampak je diam macam tu. Sekali mengamuk, habislah.’

Saya merespon dengan ukiran senyuman yang terkedu. Tak sangka saya dikenali sebagai seorang pendiam di mata mereka. 😂
.
.
***
.
.
Lagi beberapa hari genap 6 bulan saya bekerja dan juga memegang title Fresh Graduate. Kata kawan, nak buang tittle ni sekurang-kurangnya dua tahun bekerja di tempat yang sama. Dan saya pula ada beberapa bulan lagi sebelum kontrak setahun di tamatkan. 😌


Masih dalam kata dua untuk menyambungnya setahun lagi atau cukup disini sahaja.

Walau apa pun, ketika zaman belajar, yang paling kita perlukan kerajinan dan kesungguhan dalam mengejar cita-cita. Di zaman bekerja pula, di tambah satu lagi elemen yang tidak kita dapati secara praktikal dalam subjek-subjek akademik, iaitu kecekapan. Dalam kecekapan ada kepantasan dan ketepatan.

Malas dan rajin pula bakal menentukan kita seorang pekerja yang berdedikasi atau suka curi tulang. Nak lagi sentap–rajin dan malas juga sebagai indikator subjektik untuk menilai pekerjaan kita itu nanti memberi keberkatan ataupun tidak kepada kita.

Sebagai seorang anak dari ibu yang bekerjaya, sejak dari kecil saya melihat tauladan secara tidak langsung dari mama–bagaimana sepatutnya sikap kita dalam bekerja.


‘Buat kerja tok cak duh gini la rupa die.’

Begitulah bebelannya kepada saya untuk setiap kali kerja yang saya lakukan tidak mencapai ‘standard‘nya 😂

***

Baiklah.

Belajar dan terus belajar. 😋

Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

kopi|BUKU|puisi 37


Bismillah.

Mata saiaaaaa!

Mata saiaaaaa!

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

 

Dalam kehidupan ini, akan ada dua kelompok– ‘Yang terus terlelap dalam cahaya dan yang berjaga dalam gelita.’


Tertipulah kita seandainya kita masih beranggapan dengan dibesarkan dalam keluarga yang ber-agama, sudah tidak perlu lagi mencari hidayahNya.


Ia juga mengingatkan aku pada siri tausiyah Kiai Aa Gym ketika beliau menyoal hadirin,

‘Apa yang dikatakan kurnia?’

adalah apabila kita dipaksa Allah untuk melakukan ketaatan dalam keadaan kita malas.’

#throwback usrah Nisa’ Lembah Pantai semalam. Sejujurnya bukan mudah untuk berperang dengan kemalasan diri sendiri. And yesterday I won. Huh.


Ice breaking yang sangat menarik. Terus segar sepanjang usrah berlangsung. Alhamdulillah a’la kulli hal. 😋


Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

kopi|BUKU|puisi 36


Bismillah.

 

12976560_237380146619049_1204494457_n

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

 

“Pelajar tidak lulus peperiksaan bukan salah pada soalan. Akan tetapi salah pada jawapan. Begitu juga pada persoalan-persoalan dalam kehidupan ini. Bukan takdir yang salah tetapi salah dalam menyikapi takdir.” (AaGym)

 

Antara video kuliah ringkas yang seringkali menjadi kegemaran aku untuk didengar dan ditonton adalah ceramah tausiyah daripada Kiai Abdullah Gymnastiar. Pentingnya untuk kita biasakan diri mendengar kuliah atau ceramah ini kerana ia amat berguna ketika kita dalam keaadaan sedih dan kecewa.

 

Have you heard about ‘subconcious mind’?

 

Subconcious mind atau minda separuh sedar adalah merupakan suatu tempat penyimpanan memori yang paling besar terdapat dalam kepala kita. Ia berlaku secara tidak langsung dalam menyimpan ingatan-igatan kita terhadap sesuatu perkara yang dilakukan secara separa sedar (likes its’ name-subconcius).

 

Contohnya perkataan yang selalu kita tatap seperti ‘Saya seorang yang rajin’.

 

Hebatnya subconscious mind ini lah yang bakal membentuk self-image seseorang sama ada dia mempunyai self-image yang tinggi atau rendah. Disebabkan ini kita di ajar untuk selalu bercakap dengan menggunakan perkataan yang positif dan memandang serta mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja.

 

Ungkapan seperti, ‘Saya seorang yang jelita’ lebih elok daripada ‘saya tak berapa cantik’. Hihi.

 

*okey, kita perlu tahu beza antara meningkatkan self-image yang bagus dengan angkuh*

 

Apabila kita sedih, apa yang terjadi?

 

Semestinya manusia mudah untuk mengingati perkara-perkara negatif. Ketika itu sekiranya kita islam, kita dituntut untuk kembali kepada Allah S.W.T (yet, semasa gembira lagilah kita dituntut sebab proses subconscious berlaku ketika kita dalam keadaan normal)

download

 

Amalia pernah sedih tak?

 

Eh mestilah. Sedih sebab bas terlepas, sedih sebab tak dapat makan roti canai pagi-pagi, sedih sebab terasa dilukai, sedih sebab sepatut jadi macam ni tapi dapat macam tu, sedih tanpa sebab dan terlalu banyak lagi cerita sedih yang tak terhitung untuk ditulis. Hahaha.

 

Apa makna sedih? Apabila kita merasakan kita kurang sesuatu dan banyak berharap pada makhluk. Demikian yang selalu dipesan Kiai Aa Gym.

 

Maka caranya ayuh senyum dan berlapang dada dengan aturan Dia. 🙂

 

Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

 

#heroinsays
#memeluksempurna

 

 

 

 

kopi|BUKU|puisi 35


Bismillah.

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


****

TINDAKAN PERTAMA DI TAHUN 2017

‘Tokleh wi ko Cik duit banyok-banyok ni lain kali. Boros.’, pesan arwah papa pada dirinya sendiri apabila saya memulangkan baki cenonet sahaja dari jumlah duit RM 10.


Perbualan itu berlaku sudah hampir 18 tahun yang lalu ketika saya berusia tujuh tahun. Ah masih comel lagi saya waktu ketika tu. Hihi. Antara dialog bersama arwah papa yang paling tersemat dihati. 


Do you know what the dangerous things when you criticised the kids-- it would bear in their mind forever. What was glad it is, I was that kids, too.


**Anyway, I am not in the mood to talk about it. Let we discuss it later. Or maybe not at all. Hahaha.


Kesan kritikan tak langsung untuk ungkapan ‘boros’ itu terlalu kuat dan lekat di hati. Sehingga sekarang, saya percaya saya seorang yang boros. Heii. Am I?


Apa pun, kritikan boros itu –maybe in other way untuk saya belajar ilmu pengurusan kewangan secara betul dan sistematik. Kalau nak diingatkan dari sekolah rendah sampai la di UiTM, saya tak pernah menabung dengan jayanya. Ermm.


****


31st Januari nanti genap setengah tahun bekerja. Wah!


Buat pertama kalinya saya berjaya menyimpan beberapa sen hasilmahsul saya selama 5 bulan ini. A greattt achievement anyway! *big plause to myself*


Okey. Let's do this challenge!



simpanan-52-minggu


Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

									

kopi|BUKU|puisi 34


Bismillah.

15781010_10206666569217729_2126404771130853063_n

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


****

'Hanging out' semalam buat pertama kalinya rasa cuak semacam sebab keluar bersama isteri orang. 😂


Rasyidah be like : 

'Mu ingat aku ni bujang ke nak ajak hang out gini?'

Dan Nazurah replied : 

'Ah tak kira. Sekarang ni mu saing nga ore bujang.'


**

Tidak di sangka penutup tahun 2016 akhirnya bersama cerita cerita kita yang lama sudah tidak diperdengarkan. Lama bersembang--dari cerita alam bunian sehingga kisah perancangan masa depan tentang dimana kita nanti di tahun ini (2017). 😌


'Orang perempuan ni bukan nak tangkap gambar sangat pun. Tapi dia nak momen tu, yang ni lelaki tak faham. (Puan Rasyidah, 2016)

Begitulah amanat dari Puan Syidah yang paling aku genggam. Entah la kenapa. Hahaha.


Terima kasih untuk cerita sehari di tahun lepas. Penutup cerita yang cukup indah.


Buat kawan-kawan yang tidak sempat untuk di ajak--maafkan kami. Sebab plan orang bujang ni memang selalunya last minute punya cerita. 😂

Dan yang bujang pun dah tinggal beberapa kuntum. Kerana yang lain sudah pun di petik. Hihi. Doakan pertemuan kita dilain masa. ❤

Ayuh semoga kita lebih berfokus di tahun ini! 💪


Okey. Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk pertama kali di tahun 2017.

#heroinsays
#memeluksempurna

Bye 2016


Bismillah.

“Lanjutkan saja menulis. Kau akan dibuat mengerti bahwa puisi tetap menjadi ruang lain untuk menyimpan perih yang megah, penuh gema, dan mengejutkan.” @penagenic

Tiada apa yang mengejutkan untuk penulisan kali ini. Sekadar abjad ringkas yang diatur kemas untuk melepaskan Ilham keluar dari kekotaknya.

 

15780710_10206660972917825_6736164695826896844_n

 

Kehadapan 2016 yang bakal pergi,
Terima kasih untuk tahun yang penuh siri-siri mengejutkan, menghampakan, menghenyukkan perasaan serta berkecainya harapan dan impian.
Terima kasih juga untuk tahun yang dicelahnya juga diberi ruang untuk merasai sebuah kemanisan aturan takdir Tuhan. 😋

‘Apa yang diberi Allah itu karunia. Apa yang digagal Allah itu juga karunia. Pokoknya semua apa yang Allah takdirkan adalah yang paling baik.‘ (Aa Gym 2016)


Di sepanjang hidup ini, kita mesti akan diuji dengan sekelumit keyakinan kita kepada Tuhan. Baik dari urusan keputusan peperiksaan, urusan rezeki dan kerjaya, urusan jodoh yang tidak kunjung tiba dan pelbagai urusan lagi– sampai suatu ketika kita mula memasang prasangka dalam diam.

 

15726715_1672458309434611_1626341883384756474_n


Semoga tahun 2017 nanti menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan berlapang dada dengan aturan Dia.


Ar Rahman dan Ar Rahim nama yang tidak pelat untuk kita sebut untuk seharian kita. Maka sebutlah dengan percaya dan yakin bahawa Dia benar-benar yang Maha Rahman dan Rahim dalam mencatur urusan hambaNya.


Kepada Srikandiunik blog; Belajar dari Jatuhbangun Hidup Sendiri — terima kasih kerana masih bertahan selama enam tahun ini. 😇


Happy New Year 2017