Kopi | Buku | Puisi 57


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery


Ada beberapa bulan sahaja tinggal sebelum kita beralih ke tahun seterusnya — 2018.  Cukup laju hal-hal yang lalu meninggalkan kita. 


Tahun 2017 adalah tahun yang banyak memberikan makna — konvokesyen bersama selempang pink, kerja pula ditukarstatus dari kontrak ke tetap dan pelbagai kejutan yang masih ditunggu hingga ke penghujung tahun ini. 



***
Bila nak kahwin?”, soal sesiapa sahaja yang bertanya. Termasuklah mak mak sedara sendiri.


Saya menerima soalan itu dengan tersipu-sipu malu (ditambah geram yang ditambah dengan monolog, “OMG takde soalan lain ke?“) 😂


Apapun, ada dua jawapan yang konsisten yang selalu saya berikan. Seandainya gaya soalan seolah-olah hanya sekadar mahu menambah isi perbualan, maka jawapan saya, “Doakan yang terbaik untuk saya.”  


Kalau gaya soalan itu nampak seakan penting, saya akan menjawab, “Umur 26. Tapi itu lah tak tahu nak kahwin dengan siapa ni.“, diselangi deraian ketawa yang tak tahu nak sedih ke happy. Hahaha 😂

Baiklah.

***

Tahun 2017 juga adalah tahun di mana tahun saya banyak sekali membeli buku dan habis di baca. Diulang…beli dan habis dibaca. 😂

Buku-buku yang sudah habis di baca dan ditinggalkan separuh bacaan (yang entahlah untuk siapa) dari Januari hingga Ogos 2017. Enam buah buku per Lapan bulan.  Hm. Not bad.

Setiap kali usai membaca buku-buku ini, saya bermonolog –

Ya Allah kenapa bijak sangat orang-orang dinyatakan dalam buku-buku ni? ya Allah hebatnya amal salih orang-orang yang dinaqalkan. Ya Allah macam mana la penulis boleh tulis sampai sejauh ini. Ya Allah bodohnya aku…” 

Apabila membaca dan menyelami buku-buku yang berbentuk fiksyen, kita akan temui pelbagai manusia-manusia yang hebat dan pakar dalam semua jurusan yang kadangkala tak tercapai di akal kita kenapa mereka boleh jadi sebijak itu.

Kadang kadang rasa macam nak pindah negara je dan membesar ditempat orang-orang hebat membesar.  Kerana saya mempercayai, selain faktor keluarga, environment juga turut membantu dalam membentuk mereka untuk berperilaku sebagai manusia yang terbilang.

 

Namun apakan daya, yang telah berlalu..kita ambil sebagai tauladan dan pengajaran. Kerana lahir dan membesarnya kita di sini semestinya terhimpun pelbagai hikmah. Cuma bezanya..kisah hidup jatuhbangun kita tidak di tulis oleh orang melainkan digerakkan oleh kita sendiri. 😂


Maka..

 
Akhir sekali saya selalu sematkan di dada dengan niat yang semoga ia menjadi doa doa yang makbulkan —

 
Ya Allah kalau bukan saya menjadi sebijak dan sesoleh mereka, biarlah nanti anak zuriat dan cucu saya akan menjadi lebih baik sebijak dan sesoleh mereka. Ameen.”

 
See.

 
Thats how books teach you to go beyond your level of thinking. 😆😊

 

 

Okey jodoh. Dah nak dekat umur 26 tahun dah ni. Boleh lah nak jelmakan diri. Hahaha😆😆

 

 

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s