Author: srikandiunik

"Berjanji pada diri agar dirimu berjuang dalam DEEN ini. Membawa kemanisan IMAN, CINTA & JIHAD abadi.."

Kopi | Buku | Puisi 57


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery


Ada beberapa bulan sahaja tinggal sebelum kita beralih ke tahun seterusnya — 2018.  Cukup laju hal-hal yang lalu meninggalkan kita. 


Tahun 2017 adalah tahun yang banyak memberikan makna — konvokesyen bersama selempang pink, kerja pula ditukarstatus dari kontrak ke tetap dan pelbagai kejutan yang masih ditunggu hingga ke penghujung tahun ini. 



***
Bila nak kahwin?”, soal sesiapa sahaja yang bertanya. Termasuklah mak mak sedara sendiri.


Saya menerima soalan itu dengan tersipu-sipu malu (ditambah geram yang ditambah dengan monolog, “OMG takde soalan lain ke?“) 😂


Apapun, ada dua jawapan yang konsisten yang selalu saya berikan. Seandainya gaya soalan seolah-olah hanya sekadar mahu menambah isi perbualan, maka jawapan saya, “Doakan yang terbaik untuk saya.”  


Kalau gaya soalan itu nampak seakan penting, saya akan menjawab, “Umur 26. Tapi itu lah tak tahu nak kahwin dengan siapa ni.“, diselangi deraian ketawa yang tak tahu nak sedih ke happy. Hahaha 😂

Baiklah.

***

Tahun 2017 juga adalah tahun di mana tahun saya banyak sekali membeli buku dan habis di baca. Diulang…beli dan habis dibaca. 😂

Buku-buku yang sudah habis di baca dan ditinggalkan separuh bacaan (yang entahlah untuk siapa) dari Januari hingga Ogos 2017. Enam buah buku per Lapan bulan.  Hm. Not bad.

Setiap kali usai membaca buku-buku ini, saya bermonolog –

Ya Allah kenapa bijak sangat orang-orang dinyatakan dalam buku-buku ni? ya Allah hebatnya amal salih orang-orang yang dinaqalkan. Ya Allah macam mana la penulis boleh tulis sampai sejauh ini. Ya Allah bodohnya aku…” 

Apabila membaca dan menyelami buku-buku yang berbentuk fiksyen, kita akan temui pelbagai manusia-manusia yang hebat dan pakar dalam semua jurusan yang kadangkala tak tercapai di akal kita kenapa mereka boleh jadi sebijak itu.

Kadang kadang rasa macam nak pindah negara je dan membesar ditempat orang-orang hebat membesar.  Kerana saya mempercayai, selain faktor keluarga, environment juga turut membantu dalam membentuk mereka untuk berperilaku sebagai manusia yang terbilang.

 

Namun apakan daya, yang telah berlalu..kita ambil sebagai tauladan dan pengajaran. Kerana lahir dan membesarnya kita di sini semestinya terhimpun pelbagai hikmah. Cuma bezanya..kisah hidup jatuhbangun kita tidak di tulis oleh orang melainkan digerakkan oleh kita sendiri. 😂


Maka..

 
Akhir sekali saya selalu sematkan di dada dengan niat yang semoga ia menjadi doa doa yang makbulkan —

 
Ya Allah kalau bukan saya menjadi sebijak dan sesoleh mereka, biarlah nanti anak zuriat dan cucu saya akan menjadi lebih baik sebijak dan sesoleh mereka. Ameen.”

 
See.

 
Thats how books teach you to go beyond your level of thinking. 😆😊

 

 

Okey jodoh. Dah nak dekat umur 26 tahun dah ni. Boleh lah nak jelmakan diri. Hahaha😆😆

 

 

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna

Advertisements

kopi | Buku | puisi 56


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.

Semakin banyak waktu buat sendiri, kau boleh merasa sangat beruntung. Sebab keriuhan dalam kepala juga berhak diperlakukan dengan baik.” @penagenic

.

.

.

.

Glad you have skill in writing. Sometimes I felt that you are a complicated person.“, Ani menyapa diruang komentar fesbuk saya.  Ketika itu saya baru sahaja siap menaip satu cerita babak perbualan saya dengan seorang makcik semasa pulang dari tempat kerja. 

.

…dan bayangkan berapa ramai lagi yang terperangkap dengan pemikiran sendiri tapi tak mampu untuk menulis..“, dia meneruskan tambahan komen di bawah. 

.

Saya membacanya dengan tersenyum sambil membalas, “Hahaha“, di ruang komen balas.

.

Dalam tak sedar, saya mengamati tegurannya. Baru semacam tetiba mengenali diri sendiri. 😂 Kewujudan blog ini pun disebabkan usia saya belasan tahun yang suka menulis dan berkongsi. 

.

Walaubagaimanapun, semakin meniti usia separa dewasa ini, semakin pula saya merasakan perlunya privasi hidup. Hehehe. Dari membicarakan hal-hal remehtemeh pada permulaan usia 20 an sehinggalah kini saya mula selektif dalam menulis apa yang perlu disampaikan dan apa yang harus disimpan. 

.

Kalau kamu tahu, acapkali saya membaca hasil tulisan sendiri dan acapkali itu juga saya rasa ingin menumbuk diri sendiri, “Damn. Tak penting pun ni, pehal aku tulis jugak.“, begitulah situasinya apabila merasa termalu. 😆

.

.

.

.

🎵”One day I know, if I want to go don’t tell how far I can go…” 🎶

.

.

Semua orang ingin melangkah dan memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Seterusnya memiliki perkara-perkara yang mengejutkan dunia. 

 .

Antara perkara yang menjadi minat saya sejak dulu kala adalah bersendirian di dalam bilik. Bersendirian dalam erti kata tidur (hahaha) ataupun diam membaca ataupun mengelamun mengimpikan macam-macam yang akan saya perolehi sekiranya saya buat begitu dan begini.

.

Dalam kesunyian, kerap saya memikirkan apa yang perlu saya niatkan, azamkan dan seterusnya mencorak langkah untuk melontar jauh.  Ketika itu juga datang berjuta rasa buntu. 

.

Semakin dewasa juga, kita mula memikirkan tentang prinsip apa yang perlu kita genggam dan praktikkan. Perlumbaan demi perlumbaan tentang hidup dimulai dengan meniti karier, rumahtangga seterusnya kekayaan harta merajai perbualan seharian kita.  Kalau memberi fokus karier, rumah takkan taknak bertangga. Kalau berumah yang dah bertangga, karier menjadi prioriti paling akhir kerana ada hal-hal yang lebih utama di dahulukan.  

.

Begitulah sekusutnya saya. 

.

.

.

.

Dalam membenturkan apa yang bermain di minda, saya mengolahnya dengan membaca buku-buku yang bagus. 

.

.

Antaranya buku ini : 

.

.

.

.

.

.
Sedikit review – 

.

.

The trouble with success – in which we learn how our previous success often prevents us from achieving more success

.

Semakin tinggi kita berada di atas puncak kejayaan, semakin banyak kita akan menghadapi masalah tingkah laku kita sendiri (interpersonal issues) yang sebenarnya memualkan (annoying) orang di sekeliling. 

.

Antara sikap yang sering dilihat sangat bagus pada orang yang berjaya tetapi sebenarnya memualkan orang lain adalah :

.

1. Winning to much

.

2. Adding to much value. – Setiap sisi pandang orang lain, ada saja penambahannya. “Saya setuju dengan apa yang awak katakan. Ia nampak lebih baik kalau..”. 

 .

3. Passing Judgement. – Setiap komentar/cadangan dari orang lain terhadap diri kita, kita membalasnya dengan ‘Thats a great idea!‘ 
Sebenarnya itu adalah suatu jawapan yang salah. Jawapan betul adalah hanya ‘Terima kasih atas cadangan.’. Being natural showing that you are not a judgemental person.

.

Selebihnya kupasan yang sangat menarik oleh penulis.  Tak tertulis disebabkan saya menghadapi kekeliruan bahasa dan kosakata untuk menulis dengan baik. Hahaha😂

.

Apapun, saya amat menyukai pandangan penulis mengenai perubahan. Katanya, perubahan yang paling mencabar adalah datang dari mereka yang telah berjaya dan selalu meraih kejayaan dalam hidup mereka. 

.

Why we have to change when we’ve already in the peak of our success?”

.

.

.

.

At the end, dia masih mengusutkan saya apabila  ia mula menghantui diri saya bagaimana untuk berkongsi dapatan ilmu dalam buku ini dalam bahasa yang mudah di fahami. 

.

Maka hanya contengan kecil sahaja yang mampu. Huhuhu

.

.

.

Once again– I am too complicated

.

.

Baiklah. Need more books to read

.

Hahaha.

.

#heroinsays

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 55


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.

Maafkan dia. Dia tak sengaja.“, itulah reaksi spontan Dr Aishah seketika mendengar luahan kak yana. 

.

Kak Yana masih mencebik lalu menambah, “Tak doktor. Masalah sekarang ni saya tanya dengan baik baik bukan marah dia pun. Dia pulak jawab macam nak cari gaduh.” 

.

Saya berada dihujung sedikit hanya memerhatikan tanpa mencelah. Dr Aisyah sekali lagi tersenyum dengan mengulangi ayat yang sama, “Maafkanlah dia. Masing-masing stress dengan kerja masing-masing.” 

.

Kak Yana menarik nafas berat.  Sakitnya direlung hati masih berdarah segar.

.

Perbualan terhenti seketikamana Dr Aisyah di panggil untuk meneruskan sesi konsultansi dengan pesakit. 

.

Okeylah nurse. Maafkan sister ya.”, beliau berlalu bersama peringatan maaf buat kali ketiga.

.

.

.

.

Secebis kenangan sewaktu praktikum di atas telah menjadi inspirasi secara tidak langsung kepada saya.

.

Begitulah keadaannya apabila semua pihak dalam jiwa kusut dan terkalah pada emosi.  Ada yang menyakiti, tersakiti dan saling menyakitkan.  

.

Dan kalimah “Maafkan” terasa berat untuk dijadikan ubat menampal apa yang telah terguris. 

.

Having a stressfull in workplace is a common thing nowsdays or even in the past 20 years ago.  When you are receiving a bunch of requests from clients and at the same time you need to endure with a bonquet of tortured feeling from all sides (who works with you – boss, colleagues, board of directors,clients and so on)

.

Bagi saya, dunia kerjaya adalah masanya kita mengambil prinsip yang betul untuk dijadikan “pakaian” kita sepanjang meniti karier sehingga seberapa lama kita inginkan. 

.

Prinsip-prinsip kehidupan ini telah pun ditulis secara kemasnya di dalam Alquran dan Sunnah Rasul baik kita menyedarinya atau tidak. 

.

Jika dahulu kita selalu di ingatkan sedekah adalah perkara yang paling mujarab untuk menjemput rezeki kita.  Namun, setelah merasai  beberapa keping wang kertas di tangan, kita mula merasakan duit adalah segala galanya untuk kita. It is not the easy things to set our mind once your accounts shown that the depreciation of your money when you start to give it away to others. Seolah-olah melanggar logik, sedekah RM 10 akan digantikan dengan RM10000 dalam akaun bank. It’s impossible. 

.

Begitu juga soal “memaafkan”. Ia suatu yang sukar untuk memberi maaf apabila didalamnya sudah berdarah. Lagi-lagi kita mendapatkan agama kita pula menganjurkan tiga tingkatan dalam proses memaafkan. 

.

1. Memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepada kita. 

.

2. Memberi maaf kepada mereka yang berbuat salah kepada kita dan seterusnya melupakan segala kesalahan mereka. 

.

3. Memberi maaf kepada mereka yang berbuat salah serta melupakan kesilapan mereka malah turut berbuat baik kepada mereka yang menyakiti kita. 

 .

.

Seolah tidak logik dek akal untuk tahap yang ketiga.  Mereka yang menyakitkan kita, alih-alih kita pulak disarankan untuk berbuat baik kepada mereka. Hmm.

.

.

Baiklah, berikan masa untuk saya menjelaskan kekeliruan ini.   

.

.

Perkara pertama yang diajar dalam sesuatu ‘proses’ adalah bagaimana kita berfikir terhadap sesuatu perkara adalah titik punca untuk kita bertindak.
Sebab itulah agama metakkan tahap-tahap dalam proses memaafkan kerana mengenali fitrah semua dari kita memerlukan proses dalam membenturkan hati dan akhlak kita.

.

Sebagai contoh – 

.

Bersedekah tidak mengurangkan harta sekiranya kita percaya –all we need in this world not only money but other’s kindness too.

.

Memaafkan pun tidak menjadi masalah apabila kita percaya – setiap manusia yang hadir dalam hidup kita adalah anugerah dan sebagai ladang amal bagi kita. Dari situ kita berlatih secara praktikalnya rasa ‘sabar’, melebihkan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri, ‘tawadhuk’, ‘zuhud’ dan semua buah akhlak yang bakal ditempa menjadi seorang kita yang lebih baik agamanya. 

.

.

So it easy right? 

.

Ubah cara fikir. 

.

Maka ia mendorong kepada perubahan yang lebih baik. 

.

Bagaimana nak ubah atau mendapatkan cara fikir yang baik? 

.

Untuk saya, saya praktikkan tiga cara – 

.

1) mendekati orang-orang yang baik dan sudah terbiasa melakukan kebaikan.

.

2) Mendengar kuliah agama berkaitan akhlak.

.

3) Membaca buku.

.

.

.

.

Maka saya mulakan dengan sekecil-kecil perkara termasuk kisah kebetulan melucukan ini – 

.

.

.

.

Keaadannya apabila kita mempercayai teori minda bawah sedar antara faktor ‘pembimbing’ untuk pembentukan sikap, maka password pc adalah salah satu darinya. 

.

Apapun pagi tadi tak sangka terbuat lawak hambar dalam group kerja. Maafkan saya. Saya tak bermaksud nak permainkan sesiapa. 😂😁😁

.

**Maafkan17@ — nama tu dipilih kononnya nak melatih diri maafkan semua orang untuk hal-hal yang kecil. Tak sangka hari ni dia jadi faktor pemujuk untuk orang lain pula maafkan saya. Hahaha. 

.

#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 54


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.
IMG_20170810_210930_054

.

.

“Sesiapa yang ada nama di atas tu boleh bank in duit ke mama.”, terdengar arahan disebalik patah ayat.  Saya dengan laju membuka whatsap setelah notifikasi muncul di paparan skrin.

.

.
Tiga keping gambar telah dimuatkan. “Oh duit ibadah korban di kemboja rupanya.”, saya bermonolog sambil menaipbalas, “Baiklah ma 😋”

.

.

****

.

.

Alhamdulillah, pertama kali buat ibadah korban guna duit sendiri adalah semasa saya di tahun akhir.  RM350 masa tu masyaAllah sangat la besar untuk student macam saya.  Tapi disebabkan mama pujuk bagitau betapa besarnya kelebihan dan pahala ibadah korban ni, jadi saya pejamkan mata dengan hati separuh rela memberikan wang sejumlah itu kepada mama. 😂

.

Alhamdulillah juga pada tahun ini merupakan tahun ketiga saya melakukan ibadah korban.  Kali ni terasa ringan sedikit beban sebab dah dapat kumpul dan simpan awal-awal untuk ibadah korban.  Mama kata biasakan diri dengan memberi dan merelakan apa yang kita ada untuk berkongsi bersama mereka yang kurang bernaseb baik.

.

Ketiga-tiga tahun saya memilih untuk beribadah korban di Kemboja.  Selain bahagiannya agak murah berbanding di Malaysia, sekurang-kurang saya telah membuat dan memberi sesuatu kepada mereka umat islam di sana. Alhamdulillah. 😇

.

Belajar dan berlatih mengorbankan harta ni bukan senang.  Malah ia adalah satu proses yang panjang untuk menjadikan kita seorang yang pemurah dan benar-benar ikhlas.  Mula-mula latih bagi sikit sikit dan cuba konsisten.  Nanti bila dah lama-lama, sedekah tu macam petik jari je. 😂

.

Yang berhasrat nak lakukan ibadah korban boleh cuba tengok page or NGO yang buat.  Kalau yang ada bajet lebih tu boleh buat ibadah korban di Malaysia. 🤗

.

Apapun, saya teringat ustaz pesan, “Kita kalau nak infak duit tu biar sekali sekala rasa macam sentap je keluar duit banyak sangat untuk sedekah.  Baru rasa ikhlas kita tu sebenarnya perlu diperjuangkan…” .

.

Sebab terkadang ikhlas itu tak hanya datang waktu merasa ringan untuk melakukan taat bahkan ia sentiasa hadir ketika mana kita merasa berat untuk melaksanakannya.

.

“Berangkatlah kamu walau keadaan berat dan ringan…” (atTaubah)

.

.

Happy becoming eid semua! 😂

.

.
#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#heroinsays

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 53


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

IMG_20170701_125341

Kemain Adam nak main jugak

.

.

“KakChik, nak duit 5000 ni.”, dia menunjukkan kearah sekeping not berwarna ungu.

.

Saya menoleh sambil dihati bermonolog, “Ambui. 5000 terus dia mintak. Nasib baik Saidina je.” 

.

“Boleh lah KakChik..”, pintanya lagi apabila saya tidak memberi apa-apa reaksi kata.

.

“Baiklah baiklah. Nah ambil not 50 ni.”

.

.

😂 Begitulah kalau dah kedekut merajai hati, mainan Saidina pun kedekut lagi. Alahai.

.

Apa yang menarik bermain game Saidina dengan kanak-kanak ini adalah kita dapat memerhatikan kerakusan mereka dalam mengumpulkan ‘kemenangan’ sampai duit di tangan kita pun dia mintak. Hihi.

.

Walaubagaimanapun, selaku orang yang paling dewasa bermain, semestinya ‘kemenangan’ dalam permainan bukan lagi menjadi perhatian saya. Tetapi yang menjadi titik fokus saya adalah kepada prinsip-prinsip yang dipegang oleh setiap dari kami.

.

“Takpe-takpe. Susah dulu pastu baru senang!”, bagitau Azfar, seorang sepupu saya yang berusia 12 tahun.

.

Pusingan pertama masing-masing bersahaja. Namun bila masuk ke pusingan seterusnya semua orang dengan ghairahnya bermain.

.

Setengah jam bermain…

.

Saya hanya mampu berkedip mata apabila melihat mereka sudah pun menukar aset rumah kepada hotel, bahkan saya masih dengan tanah sekangkang kera. Bila tiba masa saya bergerak, terkena pula ditanah hotel mereka yang gilang gemilang itu, ‘Alamakk!’, saya menjerit kuat.

.

“Takpe KakChik. KakChik bayar separuh je. Separuh lagi saya halalkan.”, begitulah ayat yang hampir sama diberikan oleh Azfar setiap kali pusingan saya terjatuh pada tapaknya.

.

Yang menghairankan semakin banyak yang dia halalkan,semakin melimpahruah pulak hotel yang dia bina. Ciskut betul. 🙄

.

Yang sorang lagi mungkin terlalu kecil untuk memahami konsep rezeki, nampak je duit sikit ditangan (padahal hotel rumah banyak gila kot), terus marah-marah merajuk 😂

.

.

Alhamdulillah melayan sepupu kecik dengan sabarnya, Allah kurniakan sesuatu yang sangat berharga untuk direnungi.

.

Yang tercatat untuk dipelajari adalah :

.

Pertama, memahami konsep rezeki. Rezeki yang telah ditentukan Allah kepada kita takkan hilang dan akan kembali kepada kita walau saat itu berada ditangan orang lain. Begitu juga sekiranya rezeki itu bukan milik kita,yang ada digenggaman pun akan terlepas.

.

Kedua, mencari rezeki atau bekerja bukan lah kerana kita ingin mengumpulkan harta sebanyaknya melainkan untuk mencari keberkatan di dalam kehidupan. Beza antara rezeki yang berkat dan tidak berkat ni jelas dapat kita rasakan — Banyak tapi tidak cukup, sikit terlalu menyeksakan. Kalau sudah berkat, banyak yang semakin melimpah dan sikit memberi kecukupan.

.

Terakhir, saya harus menyingkirkan sifat kedekut namatey ni dalam diri saya secepat mungkin. 😂

.

.

IMG_20170702_231755

Goals for 3 years to cultivate

.

Semakin dewasa, semakin terlalu real ayat-ayat Quran yang perlu diamalkan dan diambil sebagai prinsip hidup.

.

Untuk langkah permulaan melatih diri menjinak-jinakkan diri menjadi seorang pemurah adalah dengan belajar ilmu pengurusan kewangan yang betul ✊✊

.

Sebagaimana pesana Aagym, akhlak terpuji itu ada tingkatan dan prosesnya. Bermula melatih diri dalam hal-hal yang kecil seterusnya upgrade diri ke hal-hal yang lebih besar.

.

” Sekurang-kurangnya tolak 5% dari gaji kita untuk sedekah. ” 

.

Sedekah selain mencucikan harta kita, satu lagi ia boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan kecil kita dan melembutkan hati kita untuk menerima nasihat. Ameen.

.

😇

.

Belajar dari jatuhbangun hidup sendiri.

.
#heroinsays

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 52


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.
IMG_20170704_065920

.

Allah itu Maha Melihat Kebaikan. 

.

“Jika ada yang menyakiti kita, jangan tangisi rasa sakitnya hati. Tetapi tangisi lah dosa-dosa pengundang kita di sakiti…”

.

“Yang penting itu dosa kita yang perlu ditangisi. Kerana kejahatan manusia tidak pernah menjejaskan kita. Tetapi kejahatan kita lah banyak menjerumuskan kita…”

.

“Yang dicari di dalam pekerjaan itu bukan lah sejumlah wang yang banyak melainkan keberkahan…” 

.

“Apa makna keberkahan? Yang jikalau ketika masa lapang mengandung kebaikan. Bahkan ketika sempit pun mengandungi kebaikan. Malah keberkahan dari Allah bisa datang dari lewat kesulitan yang kita hadapi…” 

.

***

.

Di atas adalah antara kata-kata hikmah dari tausiyah AaGym yang selalu saya sematkan di dalam hati. Moga-moga nasihat beliau bakal menjadi buah akhlak untuk saya. Juga sebagai pahala yang berterusan buat ustaz.  Ameen.

.

Dunia kerjaya adalah dunia yang penuh kesibukan untuk diri sendiri.  Bagaimana kita merancang hal ehwal kewangan, masa dan keluarga demi untuk kelangsungan survival hidup kita.  Dari sini, kisah-kisah dari Al Quran berkaitan rezeki, sedekah dan akhlak yang baik buat sesama semakin menjadi suatu yang praktikal kepada kita.

.

—-

.

“Akak..saya selalu takut nak proceed kes colleague saya…”, saya meluahkan perasaan terpendam di suatu petang yang hening.

.

Nasi yang terhidang di jamah perlahan-lahan. Kak Kamilah yang mendengar luahan saya membalas dengan pertanyaan, “Kenapa awak takut?”

.

“Saya takut nanti orang salahkan saya kalau kes tu bermasalah.”, saya menjawab lancar mengeluarkan apa yang ada di dalam dada.

.

“So take the blame.”, jawab Kak Kamilah bersahaja sambil menjamah sedikit nasi.
.

“Maksudnya?”

.

“Orang yang ada ciri kepimpinan akan ambil tanggungjawab tu. Sebab at the end, orang akan tahu itu bukan salah awak pun.”, Kak Kamilah memberi pandangan.

.

‘Oh…’

.

—-

.

Alhamdulillah sepanjang dunia awal karier ini, saya dianugerahi seorang sahabat yang sangat baik. Baik secara akhlaknya. Bahkan baik juga secara sisi pandang satu-satu masalah.

.

Selama setahun bekerja, perkara yang mengundang kelemahan saya adalah untuk menanggungjawab kes-kes pending rakan sekerja. Kadang-kadang ada kes yang seolah memakan diri. Bukan kita yang salah tetapi kita pula di salahkan. Huhuhu.

.

Walaubagaimanapun, saya percaya apabila kita meminta nasihat daripada mereka yang betul, maka sisi pandang kita terhadap sesuatu perkara akan menjadi positif dan membuahkan kebaikan.

.

.

Ia juga mengingatkan saya kepada pesanan AaGym — Ada tiga tingkatan akhlak dalam berbuat baik bagi sesama-

.

1. Berbuat baik kepada orang berbuat baik kepada kita.

2. Berbuat baik kepada orang yang tidak berbuat baik kepada kita.

3. Berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan kepada kita.

.

Menurut AaGym, semua tingkatan di atas adalah satu proses latihan yang berpanjangan.  Tambahnya lagi, akhlak yang mulia juga perlu ada target dan peningkatan dari masa ke masa. 

.

Kesimpulannya, boleh lah untuk saya katakan mengambil tanggungjawab pending kes rakan sekerja pun sebuah ciri akhlak yang baik.  Paling tidak latihan untuk menaiktaraf tingkatan akhlak mulia. 😂

.

***

.

P/s : Ada satu dua lagi kisah yang bakal saya kongsikan sebagai satu muhasabah setahun bekerja untuk saya.  Semoga segala isi yang baik dari entri ini dan entri seterusnya menjadi tauladan buat sesama kita. 😇

.

#heroinsays

#memeluksempurna

Kopi | Buku | Puisi 51


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.
31 haribulan Julai yang akan datang beberapa hari lagi genaplah setahun saya bekerja.  Alhamdulillah a’la kulli hal untuk setiap rezeki dan nikmat yang tidak disangka-sangka menyinggah.  Tidak cukup rasanya ruang untuk ditulis terima kasih dan syukur yang bertangkai-tangkai untuk pemilik rezeki ini.

.
“Sekurang-kurangnya dua tahun bekerja di company yang sama untuk kita buang tittle ‘fresh graduate’ ni.”, Fatin memberitahu saya lewat tengahhari pada beberapa bulan yang lepas. Ketika itu saya dan beberapa orang teman baru sahaja selesai menghadiri ‘reunion‘ alumni Persatuan Rakan Masjid UiTM.

.
Ada juga yang memberitahu sekurang-kurang lima ke lapan tahun bekerja di syarikat yang sama (first job).  Yang dititikberatkan adalah semakin lama kita kekal di dalam satu-satu kerjaya, semakin banyak yang kita belajar dan tahu.

.
Dulu-dulu semasa beberapa bulan bekerja bahkan sebelum bekerja lagi, saya selalu tertanya-tanya kenapa pengalaman beberapa tahun diletakkan syarat sebagai kriteria diambil bekerja.

.
Namun setelah beberapa hal yang mendukacitakan saya lalui sepanjang hampir setahun bekerja ini maka saya begitu amati kenapa kriteria sebegitu di adakan.

.

—-

.

“May I speak to Amalia?” 

.

“Yes I am speaking.” 

.

“You’ve sent an email to …. regarding … Is it?”

.

Yes I am.”

.

Do you refer or not to your senior before you sent the email? Blablabla is a sensitive client. Why you reply like that?

.

Err..no I am not referring to my senior..

.

Who’s your senior is available? I want to talk to her.

.

—–

.

Belum lagi dikira tersalah membaca polisi klien, tersalah ‘advices‘, tersalah bagi amount dan hal-hal yang mendebarkan jantung setiap kali tapak kaki melangkah ke tempat kerja. 😭

.

Walaubagaimanapun, pengalaman dari kesilapan yang lepas adalah guru yang terbaik untuk kita.

.

Maka sepanjang setahun ini memang layak dimuhasabah sebaik baiknya. Huhuhu

.

***

.
Screenshot_20170707_114837

.

Banyak-banyak perkara yang perlu dimuhasabah adalah perancangan kewangan yang selalu kelaut. 😂

.

Mujur sahaja saya ini tidak diberi keinginan untuk melaram yang lebih-lebih.  Jadi segala alat-alat tatarias (make up) tidak akan dibeli sekiranya tidak perlu.  Dan blous serta shawl yang begitu cantik pun belum tentu menawan dihati saya. Hahaha.

.
Screenshot_20170707_114748

.
Apapun, satu percubaan yang baik untuk setahun bekerja Amalia.  👏👏

.

P/S : Tiga tahun dari sekarang seorang Amalia yang lebih baik bakal dibentuk. 😘
#heroinsays

#memeluksempurna