kisah hidup

KOPI|BUKU|PUISI 48


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’
.
.
.

“Mama, bulan lapan nanti dah dapat annual leave baru.”, saya menyampaikan berita gembira itu dengan nada yang riang. Sesekali saya menoleh melihat kearah mama dan sesekali saya membuang pandangan ke arah luar. Pokok-pokok rendang tersusun indah sepanjang perjalanan kami.

 

Mama yang dari tadi fokus memandu menjawab, “Alhamdulillah. Simpan jugak cuti untuk kahwin. Mana lah tau jodoh datang.”

 

Kereta Nissan Almeera tengah hari yang terik itu dipandu cermat. Dihadapan kami terpancar fatamorgana yang seakan menyerupai air yang bertakung.

 

“Ish, mama ni. Jodoh saya masih terawang-awang lagi.”, balas saya separuh menahan gelak.

 

“Doalah biar jatuh bumi getek.”

___

 

Begitulah pesanan yang sama di ingatkan seawal saya bekerja dulu. Seingat saya perbualan tentang perkahwinan tidak pernah disentuh mama sehinggalah saya bergelar graduan yang bekerjaya.

.

.

Apa pun, saya suka akan satu quote dari seorang penulis puisi Indonesia :

 

“Yang terbaik pasti sudah disediakan meskipun harus melalui pencarian yang panjang. Cukup diyakini saja bahawa suatu hari pasti menemukan.” @penagenic

 

Biar pada mulanya kelihatan kabur,

Biar pada pertamanya terasa ranjau,

Akhir sekali yang sudah tercatat milik kita akan kembali kepada kita,

Yang bukan milik kita–maka akan terlepas dari genggaman.

___

 

“Mama dulu sebelum jumpa dengan papa, dua tahun mama konsisten buat solat istikharah tanpa tinggal.”

 

“Wow. Penuh ketakjuban.”

 

“Mintak je dengan Allah. Biar Allah pilih untuk kita. Mungkin tak sedap dalam pandangan kita tapi dia terbaik buat kita.”

 

Dimalam penuh syahdu itu kami mendengar tazkirah jodoh dari mama. Sambil memandang satu sama lain, saya menampar belakang Alang, “Ni mama Alang gelenya nok nikoh.”

 

“Sedak ngato kat aku. Tu biar Kak Long dulu.”

 

……

 

#memeluksempurna

#heroinsays

KOPI|BUKU|PUISI 47


Bismillah.

 

Disclaimer : Gambar hanyalah hiasan.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

‘Semoga hadirnya usrah kita pada malam ni dikira sebagai amal soleh…’, Kak Chik memulakan muqaddimah, ‘..kerana amal jariah adalah salah satu jaminan kepada kita antara pahala yang akan terus mengalir selepas dari kita mati…’


Saya yang berada berhadapan Kak Chik mengangguk lesu. Badan yang keletihan ini saya cuba bertahan mendengar pengisian usrah malam itu dengan perasaan mengantuk yang tersangat luar biasa.


Kak Chik meneruskan lagi, ‘…Kan kita belajar tiga perkara pahala yang akan terus mengalir selepas kita meninggal iaitu anak yang soleh…tetapi anak yang soleh masih belum tentu lagi terjamin…’


Ketika ini semua memandang Kak Chik. Dahi berkerut menuntut kepastian. Barangkali terkejut dengan pengakuan darinya sebentar tadi


Kak Chik yang seolah-olah tersedar dengan perubahan riak wajah ahli-ahli usrah yang hadir menyambung kembali ayat seterusnya, ‘…sebab ada yang tak kahwin, atau ada yang kematiannya pada usia muda atau mungkin tidak direzekikan anak sepanjang hidup mereka…’


‘Ooo..’, kami semua mengangguk-angguk faham.


‘…dan kalau ada anak belum tentu soleh. Kalau ada anak yang soleh belum tentu mereka mendoakan. Kan syaratnya anak soleh yang mendoakan?”


Kak Chik menoktahkan.


Saya tersentak tiba-tiba.

‘Anak soleh yang mendoakan…’, saya bergumam hanyut ditenggelami emosi sendiri.


Fikiran saya ligat memikirkan berapakah sejumlah doa yang telah saya panjatkan kepada ibubapa saya sendiri. Dari sejumlah doa itu berapa pula yang sambil lewa dan berapa pula yang benar-benar khusyuk meminta. Saya termuhasabah.


Itu baru soal doa. Belum masuk soal solat hajat. Soal membahagiakan. Soal tak melawan cakap. Soal tak menyakiti. Soal meremehkan nasihat. Soal segala macam soal lagi. Aahh adakah saya termasuk dalam senarai anak soleh yang mendoakan?


‘Hello?’, Kak Chik melambai-lambaikan tangan.

Saya tersedar dari lamunan sendiri. Kak Chik dihadapan saya masih tersenyum manis dengan riak wajah ceria. Saya menoleh kanan kiri, rupanya ramai yang mengelamun tadi. Alhamdulillah tak tertangkap. 😂


‘Ke mana kita tadi?’, Kak Chik mengulang pertanyaan.


‘Amal sholeh Kak Chik!’, makcik yang disudut kiri menjawab.

—-

Selamat Hari Ibubapa semua. 😋

Dari anak-anakmu yang sholeh dan sholehah. Ameen.

#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 46


Bismillah.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

“Amalia, I nak jumpa you kejap.”, senior executive merapati saya

 

“Err. Boleh…”

 

“We just want to tell you we’re happy to continue you as a permenent staff..”

 

___

 

Alhamdulillah hampir setahun bekerja, saya direzekikan untuk menjadi pekerja tetap. Tak mengapalah bermula dengan gaji tak seberapa, yang penting berkat.

 

Masa mula-mula saya diambil bekerja, saya hanyalah sebagai juru-taip dokumen dari faks mesin. Mungkin berkat doa mama, selepas tiga bulan, saya ditukarkan posisi untuk menjadi salah satu tim yang mengakses dan mengeluarkan surat jaminan (Guarantee Letter).

 

MasyaAllah aturan Allah atas rezeki-rezeki yang tidak kita sangkakan.

 

Alhamdulillah a’ la kulli hal. 🙂

 

____

 


Kerja di bahagian nak release kan Guarantee Letter tidak lah semudah yang disangka. Apatah lagi apabila menghadapi kesukaran dalam meng-update pending bill untuk rawatan sebelumnya.

Dari situ kita akan tahu sejauh mana sesebuah pengurusan hospital. Dari sikap operator mengangkat telefon sehinggalah dari jabatan billing memberikan jumlah-jumlah bill pesakit yang diperlukan.

Keadaan dan situasi ini membuatkan saya bertambah merindui kelas subjek Billing & Insurance. Suatu ketika dahulu, Sir Shahril pernah berpesan :

‘Kalau nak hidup penuh tekanan, kerjalah sebagai billing officer di hospital…’

Kami berkelip-kelip mata memandang Sir mempamerkan ketidaktahuan yg maha tinggi mengenai pengurusan di hospital. Sir menyambung lagi,

‘Sebab billing officer akan bekerja dengan syarikat insurance (TPA) dan pada masa yang sama mereka berurusan dengan pesakit. Dibahagian TPA, mereka akan cek betul-betul ubat dan prosedur yang diberikan kepada pesakit. Kalau tak related dengan diagnosis, TPA akan rejek..’

‘Ouhh..’, serentak kami memberikan reaksi.

‘Kalau TPA tak bayar, siapa bayar?’

‘Pesakit lah.’

‘Kalau pesakit tak nak bayar?’

‘Hospital lah kena bad debt.’

‘Oooo..’



Kata Kakak Naqibat usrah, ‘Kutiplah sebanyak mana pun pengalaman sebelum mencapai usia 40 tahun. And after 40 years old — the new version of you is born…’

Ramadhan Kareem.

#memeluksempurna
#heroinsays

KOPI|BUKU|PUISI 45


Bismillah.
.
.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’
.
.
‘Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara…’ 🎵🎶 #UiTMdihatiku

Alhamdulillah akhirnya sempurna enam tahun menuntut di UiTM. Dendam yang terindah dalam hidup apabila berjaya membalas beberapa siri kekecewaan dalam bidang akademik dengan penganugerahan ANC hari ini. 😂
.
.
Terima kasih kepada para pensyarah, mama dan keluarga, saudara mara, atuk nenek, kawan-kawan yang banyak mendoakan kejayaan saya baik secara langsung dan tidak langsung.
.
.
Terima kasih juga kepada Le magnifique untuk memori tiga tahun bersama. 😋
.
.
Kita simpan gambar ini baik-baik untuk tatapan generasi akan datang. Barangkali begini dialognya nanti :

‘Nenek kenapa pakai kain batik semasa pesta baling topi?’

‘Bukan kain batik cu. Itu selempang pink.’

😝

#pestabalingtopi dah berakhir. 😍

Next chapter please.

KOPI|BUKU|PUISI 45


Bismillah.

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

“Antara kelebihan menghadiri usrah adalah kita belajar untuk mengetepikan kepentingan diri kita sendiri…” (Kak Chik, Usrah April2017)

 

Kajian tausiyah AaGym

Seringkali juga terusik dengan pesanan yang selalu diberi ingatan oleh AaGym di setiap rakaman tausiyahnya di youtube ;

“Jadikan setiap orang itu ladang amal bagi kita…”

“Pengamalan dalam islam memerlukan mujahadah / latihan yag berterusan…”

“Sabar itu tidak bisa difaham dengan hanya dalil sabar. Orang yang tahu ilmu sabar— dia harus sedar untuk bisa sabar ;
— dia perlu ada yg menyakiti,
— dia perlu kesulitan,
— dia perlu dihina,
— dia perlu kehilangan,
— dia perlu banyak hal untuk melatih kesabaran…”

“Dunia ini sebetulnya adalah milik orang yang paling gigih bermujahadah…”

Pembukaan April yang menarik. Alhamdulillah ala kulli hal. 😋

 

#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 43


Bismillah.
.
.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’
.
.
.
.
Tujuh tahun yang lalu, saya pernah menangis hanya gara-gara keputusan SPM yang rendah suatu ketika dahulu.

Kerana keputusan SPM itu lah menempatkan saya sebagai pelajar Diploma Pemulihan Carakerja sepenuh masa di Fakulti Sains Kesihatan di UiTM. Ada jugalah perasaan segan nak berjumpa dengan kawan-kawan apabila saya hanya berjaya menyambung pelajaran diperingkat diploma sahaja jika nak dibandingkan dengan mereka yang sebaya–rata-rata dari mereka berjaya melanjutkan pengajian ke ASASI, Matrik dan oversea. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan pengajian diploma ‘on time’ dan digelar Occupational Therapist (tanpa praktis 😂) secara rasmi hari ini.

Empat tahun kebelakang, saya juga pernah menangis hanya gara-gara keputusan diploma saya yang tidak memenuhi syarat untuk saya melanjutkan kembali pengajian saya dalam kursus yang sama–Degree in Occupational Therapy– sewaktu di zaman ijazah. Ketika itu, saya memaksa diri menerima dengan hati yang separuh kecewa menghabiskan sisa-sisa tahun pengajian Ijazah saya dalam Pentadbiran Kesihatan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM. Walaubagaimanpun, alhamdulillah saya juga berjaya bergraduasi dalam masa yang ditetapkan. Malah bakal mengenakan selempang merah jambu di majlis konvokesion yang penuh berprestij bulan April nanti.

Hari ini saya juga menangis lagi gara-gara menerima bertubi-tubi komplain dari klien untuk dua tiga minggu ini. 😂

Begitulah kitaran hidup kita ini–setiap fasa yang kita lalui semestinya ada sewaktu waktu kita akan merasai takdir Tuhan tidak pun pernah menyebelahi kita.

Kita minta A, tapi yang diberi N. Kita berdoa untuk B tapi dikabulkan L.

Tentang bagaimana menyingkapi takdir, saya kongsikan prinsip yang perlu untuk kita ambil sebagaimana pesan Kiai AaGym :

‘Murid yang gagal dalam pelajaran bukan kerana salah soalan tetapi kerana salah jawapan. Begitu juga takdir–bukan salah takdir tetapi salah dalam menyikapi takdir.’

****

Tahniah kepada adik-adik SPM khususnya junior di MMP kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya mengekalkan 100% kelulusan. 😋

Buat yang menangis hari ini, semestinya anda akan menangis lagi untuk fasa yang seterusnya 😂 — that was what I did. Namun, hanya kekentalan dan semangat untuk #belajardarijatuhbangun hidup sendiri lah–kita akan mampu mengubah tangisan kepada senyuman riang kejayaan di medan hidup kita sendiri. 😋

Bertenang. Kisah heroins selalunya amat sadis pada titik permulaan hidup mereka. Dan kisah hidup kita masih belum tamat.

Keep moving. Never give up. Don’t lose hope. 💖

P/s : Morning selfie bersama ofismate sebelum menangis lagi sebab buat salah yang sama. 😌

Sekian kisah kopi|Buku|Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 42


Bismillah.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

‘Usrah paling lama adalah satu jam sahaja. Yang paling diutamakan dalam usrah adalah tafsir Al Quran dan tazkirah atau isu semasa. Selain itu adalah pilihan’, begitu pesan Kak Chik semalam.

 

Alhamdulillah usrah Nisa’ Lembah Pantai untuk bulan Februari berjaya di jayakan. Usrah bagai nadi perjuangan. Hilangnya nadi, maka secara automatiknya bakal lenyap juga ruh perjuangan dalam diri.


Nasihat Kak Chik lagi, ‘Hadir usrah ni sebenarnya sebagai satu simbolik kepada kita menggambarkan keterikatan kita pada perjuangan. Perbincangan tidak perlu terlalu lama. 40 minit dah cukup.’


Pesanan Kak Chik buat saya merindui usrah di kampus. Paling lama usrah yang saya pernah handle biasanya hanya sejam sahaja. Tidak akan lebih daripada tu. (Disebabkan kalau lama-lama sangat I’ll lost the idea in the middle of usrah) 😂


Kepada usrah Teungku Fakinah, usrah Amalia, usrah Kita & Mereka, dan my group of three osembuddies– I miss all of you😋


***

Zaman kerjaya adalah zaman kita merangka pilihan-pilihan dan melaksanakannya mengikut kehendak kita sendiri. Sekiranya kita tidak bergegas maju mengorak langkah, maka kita yang bakal ditinggalkan. Masa tidak pernah menunggu kita.


Zaman kerjaya juga adalah zaman mengisi kelompongan-kelompongan yang ada pada diri kita. Kalau kita hanya hidup untuk kita, maka hidup kita akan terisi di sekitar kita kita sahaja. Rinci persoalan seperti :

‘Bila nak kahwin?’

‘Bila nak timang anak lagi?’

‘Harga rumah mahal gilaa mana nak korek duit?’

‘Alamak PTPTN belum bayar!’

–hanya menambahkan lagi tekanan hidup kita yang sudah tersedia tertekan ini 😂


Dan seandainya kita hidup untuk orang lain, maka kehidupan kita akan jauh lebih baik. Persoalan lain pula menanti. Barangkali seperti ini :


‘Sekolah tahfiz tu tak cukup dana, jom kita ramai-ramai infak duit.’


‘Sabtu ni ada Himpunan RUU 355. Jom turun tanda sokongan. Penting tu untuk memartabatkan mahkamah syariah!’


‘Masjid ni kurang penyertaan orang muda, jom buat sesuatu untuk menarik golongan muda.’


Dan pelbagai persoalan lain yang lebih praktikal menurut keadaan masing-masing.

Apa kaitan dengan usrah?

–adalah dengan menghadiri usrah kita akan sentiasa diingatkan hidup ini bukan hanya untuk diri kita sendiri. 😇

***

Kredit gambar bersama Kak Chik (Ustazah Norhafizah Musa) ber-supper dengan nasi lemak pada lewat malam semalam. 😂

Sesiapa di area Lembah Pantai berminat nak join usrah, bagi tau saya ya.

Sekian kisah Kopi|Buku|Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna