Author: srikandiunik

"Berjanji pada diri agar dirimu berjuang dalam DEEN ini. Membawa kemanisan IMAN, CINTA & JIHAD abadi.."

Kopi | Buku | Puisi 50


Bismillah.

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

2017-06-30_09.43.33

P/s : Bila bergambar dengan mama, baru perasan kami takde iras pun.   Jangan salah faham. Saya iras gemuloh ayah saya yang selalu nampak macam pejam mata dalam foto.

 

“Mama tau dok kat KL tu kite dok reti gapo lagi?”, saya membuka tekateki yang tak seberapa pada malam itu.

.

Mama yang sedang mengunyah sesuatu menjawab acuh tidak acuh, “Tak tahu mama.”

.

“Kite dok tau nok kelik dengan flight ikut KLIA.”, saya laju memberikan jawapan.

.

Mama tergelak sedikit sambil disahut oleh Kaklong saya yang dari tadi mendengar isi perbualan, “Banyok hok dok mu dok reti. Booking tiket online dok reti. Online banking pun dok reti. Semua benda online dok reti.” 

.

“Aku reti deh booking tiket cumo dok tau nok klik mano jah.” 

.

😂

.

.

Alhamdulillah Syawal kali ini masih diberi kesempatan untuk beraya di Kelantan untuk masa yang agak lama. Biarpun sepanjang cuti raya ni saya hanya beraya di rumah atoknenek dan selebihnya menghabiskan masa dirumah sahaja. (Ini simptom manusia introvert yang sekali sekala balik rumah.)

.

Masa kecik-kecik dulu saya kurang faham mengapa radio dan mediaprima kita suka memutarkan lagu-lagu sedih di hari raya. Apabila umur yang semakin menginjak kedewasaan ini, tahulah saya, melodi dan muzik sedih itu hanyalah mewakilkan suara hati orang-orang tua kita yang menginginkan kepulangan anakcucu mereka untuk diteguk sedikit keriangan dan kemeriahan suasana hari raya ke dalam kehidupan mereka yang sudah lama kehausan sepi.

.

Saya juga pernah ditegur oleh seorang sahabat apabila mendapat tahu saya jarang balik ke kampung, lalu dia berpesan supaya beringat hak orang tua kita juga perlu dipenuhi. Itu resepi mudah untuk hidup berkat, sambungnya, “Paling kurang sediakan tabungan wang balik kampung. Kalau dua bulan sekali nak balik, simpan la RM50 sebulan. Kalau tiga bulan, simpan la RM28 sebulan.”

.

Dia mengakhiri nasihat sentap untuk saya, “Kalau bujang pun dah liat balik kampung, nanti ada keluarga sendiri boleh stemek dah macam mana jadinya.”

 

.

Selamat Hari Raya.
Isnin dah kerja. Bye.

#heroinsays

#memeluksempurna

Advertisements

Kopi | Buku | Puisi 49


Bismillah.

.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

Yang terindah untuk raya kali ini bilamana kita menjadi driver kepada famili kita dan ibu kita disebelah, melalui pula jalan denai-denai yang kalau terselisih kereta, salah satunya bakal terhumban ke dalam parit. 

.

Dialog be like : 

.

“Seriauu kita ma.”

.

“Berhenti dulu. Biar kereta depe jale dulu.”
Mama menasihati dengan penuh cermat.  Kereta diredah dan masih laju seperti biasa. 

.
“Aaa seriauuu…’, saya separuh menjerit. 
Kereta dipandu semakin ke kiri– jarak seinci sebelum hampir terhumban ke dalam parit.

.

Adik-beradik lain yang lena dibuai mimpi bingkas bangkit dengan segar bugarnya. 
.

“Biaso doh jale kampung. Lok kete depe dulu jale. Kito berhenti dulu.”

.

Pacuan empat roda itu bergerak perlahan. Tapi tidak diberhentikan seketika sebagaimana di nasihatkan.
.

“Weih kiri do’oh doh mu bowok.”

.

Saya dari tadi masih steady. Sambil telan air liur sambil memupuk konfiden dalam diri.

.

“Ma, sikiiitttt jah lagi ni. Kalu cik ke kiri lagi, jatuh ni dale parit.”, KakLong bising di belakang. 
.

“Aaaaa..”, saya acah-acah menjerit sengaja mesuspenkan keadaan. 

.
Mama kembali bersuara, “Cik berenti cik. Biar mama bowok.” 

😂😂

Alhamdulillah selamat tiba di rumah tokbat dan nekwan dengan penuh debaran dan degup jantung yang kencang. Hahaha. Main acah-acah suspen ni nasebaik tak betul-betul terhumban dalam parit. Hihi. 

Seharian melawat kampung mak mertua mama dan arwah papa untuk hari raya pertama yang lalu. 😂

Banyak-banyak perkongsian gambar dari rakan-rakan fb saya, saya lebih gemar memerhatikan air muka dan wajah orang-orang tua kita.

Kerana dari situ terpancar “sesuatu” yang cuba disampaikan namun tak terluah oleh mereka. Sebelum sifat narcistik kita mengaburi pandangan ini, ada baiknya kita tilik kembali gambar-gambar hari raya kita bersama mereka. 

“Kesunyian dan kesepian” mungkin itu yang merewang difikiran mereka agaknya seusai lebaran. 

.

.

P/s : Gambar hanyalah hiasan. Please dont get me wrong😂

#heroinsays

#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 48


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’
.
.
.

“Mama, bulan lapan nanti dah dapat annual leave baru.”, saya menyampaikan berita gembira itu dengan nada yang riang. Sesekali saya menoleh melihat kearah mama dan sesekali saya membuang pandangan ke arah luar. Pokok-pokok rendang tersusun indah sepanjang perjalanan kami.

 

Mama yang dari tadi fokus memandu menjawab, “Alhamdulillah. Simpan jugak cuti untuk kahwin. Mana lah tau jodoh datang.”

 

Kereta Nissan Almeera tengah hari yang terik itu dipandu cermat. Dihadapan kami terpancar fatamorgana yang seakan menyerupai air yang bertakung.

 

“Ish, mama ni. Jodoh saya masih terawang-awang lagi.”, balas saya separuh menahan gelak.

 

“Doalah biar jatuh bumi getek.”

___

 

Begitulah pesanan yang sama di ingatkan seawal saya bekerja dulu. Seingat saya perbualan tentang perkahwinan tidak pernah disentuh mama sehinggalah saya bergelar graduan yang bekerjaya.

.

.

Apa pun, saya suka akan satu quote dari seorang penulis puisi Indonesia :

 

“Yang terbaik pasti sudah disediakan meskipun harus melalui pencarian yang panjang. Cukup diyakini saja bahawa suatu hari pasti menemukan.” @penagenic

 

Biar pada mulanya kelihatan kabur,

Biar pada pertamanya terasa ranjau,

Akhir sekali yang sudah tercatat milik kita akan kembali kepada kita,

Yang bukan milik kita–maka akan terlepas dari genggaman.

___

 

“Mama dulu sebelum jumpa dengan papa, dua tahun mama konsisten buat solat istikharah tanpa tinggal.”

 

“Wow. Penuh ketakjuban.”

 

“Mintak je dengan Allah. Biar Allah pilih untuk kita. Mungkin tak sedap dalam pandangan kita tapi dia terbaik buat kita.”

 

Dimalam penuh syahdu itu kami mendengar tazkirah jodoh dari mama. Sambil memandang satu sama lain, saya menampar belakang Alang, “Ni mama Alang gelenya nok nikoh.”

 

“Sedak ngato kat aku. Tu biar Kak Long dulu.”

 

……

 

#memeluksempurna

#heroinsays

KOPI|BUKU|PUISI 47


Bismillah.

 

Disclaimer : Gambar hanyalah hiasan.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

‘Semoga hadirnya usrah kita pada malam ni dikira sebagai amal soleh…’, Kak Chik memulakan muqaddimah, ‘..kerana amal jariah adalah salah satu jaminan kepada kita antara pahala yang akan terus mengalir selepas dari kita mati…’


Saya yang berada berhadapan Kak Chik mengangguk lesu. Badan yang keletihan ini saya cuba bertahan mendengar pengisian usrah malam itu dengan perasaan mengantuk yang tersangat luar biasa.


Kak Chik meneruskan lagi, ‘…Kan kita belajar tiga perkara pahala yang akan terus mengalir selepas kita meninggal iaitu anak yang soleh…tetapi anak yang soleh masih belum tentu lagi terjamin…’


Ketika ini semua memandang Kak Chik. Dahi berkerut menuntut kepastian. Barangkali terkejut dengan pengakuan darinya sebentar tadi


Kak Chik yang seolah-olah tersedar dengan perubahan riak wajah ahli-ahli usrah yang hadir menyambung kembali ayat seterusnya, ‘…sebab ada yang tak kahwin, atau ada yang kematiannya pada usia muda atau mungkin tidak direzekikan anak sepanjang hidup mereka…’


‘Ooo..’, kami semua mengangguk-angguk faham.


‘…dan kalau ada anak belum tentu soleh. Kalau ada anak yang soleh belum tentu mereka mendoakan. Kan syaratnya anak soleh yang mendoakan?”


Kak Chik menoktahkan.


Saya tersentak tiba-tiba.

‘Anak soleh yang mendoakan…’, saya bergumam hanyut ditenggelami emosi sendiri.


Fikiran saya ligat memikirkan berapakah sejumlah doa yang telah saya panjatkan kepada ibubapa saya sendiri. Dari sejumlah doa itu berapa pula yang sambil lewa dan berapa pula yang benar-benar khusyuk meminta. Saya termuhasabah.


Itu baru soal doa. Belum masuk soal solat hajat. Soal membahagiakan. Soal tak melawan cakap. Soal tak menyakiti. Soal meremehkan nasihat. Soal segala macam soal lagi. Aahh adakah saya termasuk dalam senarai anak soleh yang mendoakan?


‘Hello?’, Kak Chik melambai-lambaikan tangan.

Saya tersedar dari lamunan sendiri. Kak Chik dihadapan saya masih tersenyum manis dengan riak wajah ceria. Saya menoleh kanan kiri, rupanya ramai yang mengelamun tadi. Alhamdulillah tak tertangkap. 😂


‘Ke mana kita tadi?’, Kak Chik mengulang pertanyaan.


‘Amal sholeh Kak Chik!’, makcik yang disudut kiri menjawab.

—-

Selamat Hari Ibubapa semua. 😋

Dari anak-anakmu yang sholeh dan sholehah. Ameen.

#heroinsays
#memeluksempurna

KOPI|BUKU|PUISI 46


Bismillah.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

“Amalia, I nak jumpa you kejap.”, senior executive merapati saya

 

“Err. Boleh…”

 

“We just want to tell you we’re happy to continue you as a permenent staff..”

 

___

 

Alhamdulillah hampir setahun bekerja, saya direzekikan untuk menjadi pekerja tetap. Tak mengapalah bermula dengan gaji tak seberapa, yang penting berkat.

 

Masa mula-mula saya diambil bekerja, saya hanyalah sebagai juru-taip dokumen dari faks mesin. Mungkin berkat doa mama, selepas tiga bulan, saya ditukarkan posisi untuk menjadi salah satu tim yang mengakses dan mengeluarkan surat jaminan (Guarantee Letter).

 

MasyaAllah aturan Allah atas rezeki-rezeki yang tidak kita sangkakan.

 

Alhamdulillah a’ la kulli hal. 🙂

 

____

 


Kerja di bahagian nak release kan Guarantee Letter tidak lah semudah yang disangka. Apatah lagi apabila menghadapi kesukaran dalam meng-update pending bill untuk rawatan sebelumnya.

Dari situ kita akan tahu sejauh mana sesebuah pengurusan hospital. Dari sikap operator mengangkat telefon sehinggalah dari jabatan billing memberikan jumlah-jumlah bill pesakit yang diperlukan.

Keadaan dan situasi ini membuatkan saya bertambah merindui kelas subjek Billing & Insurance. Suatu ketika dahulu, Sir Shahril pernah berpesan :

‘Kalau nak hidup penuh tekanan, kerjalah sebagai billing officer di hospital…’

Kami berkelip-kelip mata memandang Sir mempamerkan ketidaktahuan yg maha tinggi mengenai pengurusan di hospital. Sir menyambung lagi,

‘Sebab billing officer akan bekerja dengan syarikat insurance (TPA) dan pada masa yang sama mereka berurusan dengan pesakit. Dibahagian TPA, mereka akan cek betul-betul ubat dan prosedur yang diberikan kepada pesakit. Kalau tak related dengan diagnosis, TPA akan rejek..’

‘Ouhh..’, serentak kami memberikan reaksi.

‘Kalau TPA tak bayar, siapa bayar?’

‘Pesakit lah.’

‘Kalau pesakit tak nak bayar?’

‘Hospital lah kena bad debt.’

‘Oooo..’



Kata Kakak Naqibat usrah, ‘Kutiplah sebanyak mana pun pengalaman sebelum mencapai usia 40 tahun. And after 40 years old — the new version of you is born…’

Ramadhan Kareem.

#memeluksempurna
#heroinsays

KOPI|BUKU|PUISI 45


Bismillah.
.
.
Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’
.
.
‘Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara…’ 🎵🎶 #UiTMdihatiku

Alhamdulillah akhirnya sempurna enam tahun menuntut di UiTM. Dendam yang terindah dalam hidup apabila berjaya membalas beberapa siri kekecewaan dalam bidang akademik dengan penganugerahan ANC hari ini. 😂
.
.
Terima kasih kepada para pensyarah, mama dan keluarga, saudara mara, atuk nenek, kawan-kawan yang banyak mendoakan kejayaan saya baik secara langsung dan tidak langsung.
.
.
Terima kasih juga kepada Le magnifique untuk memori tiga tahun bersama. 😋
.
.
Kita simpan gambar ini baik-baik untuk tatapan generasi akan datang. Barangkali begini dialognya nanti :

‘Nenek kenapa pakai kain batik semasa pesta baling topi?’

‘Bukan kain batik cu. Itu selempang pink.’

😝

#pestabalingtopi dah berakhir. 😍

Next chapter please.

KOPI|BUKU|PUISI 45


Bismillah.

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

“Antara kelebihan menghadiri usrah adalah kita belajar untuk mengetepikan kepentingan diri kita sendiri…” (Kak Chik, Usrah April2017)

 

Kajian tausiyah AaGym

Seringkali juga terusik dengan pesanan yang selalu diberi ingatan oleh AaGym di setiap rakaman tausiyahnya di youtube ;

“Jadikan setiap orang itu ladang amal bagi kita…”

“Pengamalan dalam islam memerlukan mujahadah / latihan yag berterusan…”

“Sabar itu tidak bisa difaham dengan hanya dalil sabar. Orang yang tahu ilmu sabar— dia harus sedar untuk bisa sabar ;
— dia perlu ada yg menyakiti,
— dia perlu kesulitan,
— dia perlu dihina,
— dia perlu kehilangan,
— dia perlu banyak hal untuk melatih kesabaran…”

“Dunia ini sebetulnya adalah milik orang yang paling gigih bermujahadah…”

Pembukaan April yang menarik. Alhamdulillah ala kulli hal. 😋

 

#heroinsays
#memeluksempurna