Kopi | Buku | Puisi 54


Bismillah.

.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

.

.
IMG_20170810_210930_054

.

.

“Sesiapa yang ada nama di atas tu boleh bank in duit ke mama.”, terdengar arahan disebalik patah ayat.  Saya dengan laju membuka whatsap setelah notifikasi muncul di paparan skrin.

.

.
Tiga keping gambar telah dimuatkan. “Oh duit ibadah korban di kemboja rupanya.”, saya bermonolog sambil menaipbalas, “Baiklah ma 😋”

.

.

****

.

.

Alhamdulillah, pertama kali buat ibadah korban guna duit sendiri adalah semasa saya di tahun akhir.  RM350 masa tu masyaAllah sangat la besar untuk student macam saya.  Tapi disebabkan mama pujuk bagitau betapa besarnya kelebihan dan pahala ibadah korban ni, jadi saya pejamkan mata dengan hati separuh rela memberikan wang sejumlah itu kepada mama. 😂

.

Alhamdulillah juga pada tahun ini merupakan tahun ketiga saya melakukan ibadah korban.  Kali ni terasa ringan sedikit beban sebab dah dapat kumpul dan simpan awal-awal untuk ibadah korban.  Mama kata biasakan diri dengan memberi dan merelakan apa yang kita ada untuk berkongsi bersama mereka yang kurang bernaseb baik.

.

Ketiga-tiga tahun saya memilih untuk beribadah korban di Kemboja.  Selain bahagiannya agak murah berbanding di Malaysia, sekurang-kurang saya telah membuat dan memberi sesuatu kepada mereka umat islam di sana. Alhamdulillah. 😇

.

Belajar dan berlatih mengorbankan harta ni bukan senang.  Malah ia adalah satu proses yang panjang untuk menjadikan kita seorang yang pemurah dan benar-benar ikhlas.  Mula-mula latih bagi sikit sikit dan cuba konsisten.  Nanti bila dah lama-lama, sedekah tu macam petik jari je. 😂

.

Yang berhasrat nak lakukan ibadah korban boleh cuba tengok page or NGO yang buat.  Kalau yang ada bajet lebih tu boleh buat ibadah korban di Malaysia. 🤗

.

Apapun, saya teringat ustaz pesan, “Kita kalau nak infak duit tu biar sekali sekala rasa macam sentap je keluar duit banyak sangat untuk sedekah.  Baru rasa ikhlas kita tu sebenarnya perlu diperjuangkan…” .

.

Sebab terkadang ikhlas itu tak hanya datang waktu merasa ringan untuk melakukan taat bahkan ia sentiasa hadir ketika mana kita merasa berat untuk melaksanakannya.

.

“Berangkatlah kamu walau keadaan berat dan ringan…” (atTaubah)

.

.

Happy becoming eid semua! 😂

.

.
#senyumselalu

#maafkansemuaorang

#heroinsays

#memeluksempurna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s