KOPI|BUKU|PUISI 47


Bismillah.

 

Disclaimer : Gambar hanyalah hiasan.

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

‘Semoga hadirnya usrah kita pada malam ni dikira sebagai amal soleh…’, Kak Chik memulakan muqaddimah, ‘..kerana amal jariah adalah salah satu jaminan kepada kita antara pahala yang akan terus mengalir selepas dari kita mati…’


Saya yang berada berhadapan Kak Chik mengangguk lesu. Badan yang keletihan ini saya cuba bertahan mendengar pengisian usrah malam itu dengan perasaan mengantuk yang tersangat luar biasa.


Kak Chik meneruskan lagi, ‘…Kan kita belajar tiga perkara pahala yang akan terus mengalir selepas kita meninggal iaitu anak yang soleh…tetapi anak yang soleh masih belum tentu lagi terjamin…’


Ketika ini semua memandang Kak Chik. Dahi berkerut menuntut kepastian. Barangkali terkejut dengan pengakuan darinya sebentar tadi


Kak Chik yang seolah-olah tersedar dengan perubahan riak wajah ahli-ahli usrah yang hadir menyambung kembali ayat seterusnya, ‘…sebab ada yang tak kahwin, atau ada yang kematiannya pada usia muda atau mungkin tidak direzekikan anak sepanjang hidup mereka…’


‘Ooo..’, kami semua mengangguk-angguk faham.


‘…dan kalau ada anak belum tentu soleh. Kalau ada anak yang soleh belum tentu mereka mendoakan. Kan syaratnya anak soleh yang mendoakan?”


Kak Chik menoktahkan.


Saya tersentak tiba-tiba.

‘Anak soleh yang mendoakan…’, saya bergumam hanyut ditenggelami emosi sendiri.


Fikiran saya ligat memikirkan berapakah sejumlah doa yang telah saya panjatkan kepada ibubapa saya sendiri. Dari sejumlah doa itu berapa pula yang sambil lewa dan berapa pula yang benar-benar khusyuk meminta. Saya termuhasabah.


Itu baru soal doa. Belum masuk soal solat hajat. Soal membahagiakan. Soal tak melawan cakap. Soal tak menyakiti. Soal meremehkan nasihat. Soal segala macam soal lagi. Aahh adakah saya termasuk dalam senarai anak soleh yang mendoakan?


‘Hello?’, Kak Chik melambai-lambaikan tangan.

Saya tersedar dari lamunan sendiri. Kak Chik dihadapan saya masih tersenyum manis dengan riak wajah ceria. Saya menoleh kanan kiri, rupanya ramai yang mengelamun tadi. Alhamdulillah tak tertangkap. 😂


‘Ke mana kita tadi?’, Kak Chik mengulang pertanyaan.


‘Amal sholeh Kak Chik!’, makcik yang disudut kiri menjawab.

—-

Selamat Hari Ibubapa semua. 😋

Dari anak-anakmu yang sholeh dan sholehah. Ameen.

#heroinsays
#memeluksempurna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s