KOPI|BUKU|PUISI 40


Bismillah.
Kopi | Buku | Puisi

 

Senyum :'D

Senyum :’D

 

Kopi | Buku | Puisi– terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah ‘mengurung diri untuk proses re-charge social battery’

 

****

‘Amalia, you raya thaipusam jugak ka?’

‘Eh takdelah.’ 😂

 

****

Begitulah reaksi rakan sekerja not-yet muslim bila tau ramai kawan muslim dia amik cuti esok sampai isnin. 🙊


Begitulah seadanya. Kalau diikutkan hati, semua raya nak ‘annual leave’. Hahaha. Namun apakan daya.


Perkara yang saya terlupa untuk bersedia ketika memasuki fasa kerjaya adalah saya sudah tiada cuti sem yang panjang berbulan-bulan itu. Huhuhuhu.😭


Mana tidaknya, lepas sahaja dua minggu dirumah setelah tamat segala-galanya tentang thesis, alhamdulillah saya terus di panggil interview dan langsung dipanggil bekerja seminggu selepas itu. 😂


Orang kata– anak yang keras kepala ni kena tinggal jauh-jauh sikit dengan mak. Baru la senang sikit nak dengar cakap. Bila duk jauh ni semua tempat terngiang-ngiang bebelan mama–dari bangun tidur sampai la tidur nak balik. 😌


Apa pun fasa kerjaya adalah fasa survival anak muda–lebih-lebih lagi yang bujang–perempuan– dengan keputusan yang dia sendiri putuskan.


Entah baik. Entah buruk. Dia pun kadang kadang tak tahu. Aci redah je. Hahaha.


Begini lah hidup, kalau kita tidak terus berjalan–kita bakal ditinggalkan.


Teruskan berlari. Dan belajar dan terus belajar dari jatuhbangun hidup sendiri. Dan jangan lupa juga– ‘expected the unexpected’ 😂😋


Sekian kisah Kopi|Buku|Puisi untuk kali ini.

#heroinsays
#memeluksempurna

Leave a comment