kopi|BUKU|puisi 32


Bismillah.

 

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'

****

Penat nak menafikan yang aku sebenarnya tidaklah sesempurna seperti apa yang ditulis. Barangkali aku juga yang seharusnya sedar bahawa barisan abjad sentiasa sempurna walau apapun kandungannya. 

Sebagaimana puisi 'Kurang' ini :

Kurang --

Yang kita perlu selain persamaan,
satu lagi adalah keserasian.

Kalau dah serasi,
perbezaan bak langit dan bumi masih mampu didekatkan.

Banyak cerita kalau dikisahkan,
berapa ramai akan berpusu lari dari kita.
Hanya yang sudi sahaja akan berpatah kembali. 


‘Ke kolam hanya untuk melepas kecamuk dijiwa. Setenang air dikolam masih punya gelombang. Beza ia tetap tenang. Dan aku sahaja yang masih banyak kurang.’ 

***

Juga masih terlihat sempurna walau jelas kandungannya ingin mengatakan kekurangan aku yang disorokkemas oleh pengetahuan orang kebanyakkan. 


Puisi 'Kurang' terhasil dalam keadaan aku menghadapi kemuncak emosi tekanan dengan seorang sahabat--Yang enggan memaafkan kesalahan-kesalahan aku. Hahaha. 


See. 

Kekurangan kita bukan semua orang boleh terima even dia seorang sahabat. 

atau mungkin sebetulnya--tidak perlu menzahirkan terlalu kurang didepan manusia. 


___

Why you're still single?

Sebab (mungkin) dia terlalu cepat berputus asa. Hahaha. 

Takdelah. 

Not so easy when we talk about heart. :)


Puisi 'Kurang' ini mungkin suatu ketika nanti akan bersambung lagi. Kalau tidak bersambung pun--memang aku akan sentiasa kurang.


Hanya Allah yang Maha Mencukupkan. ^^


Sekian Kopi|Buku|Puisi untuk kali ini yang khas aku tulis di blog. Kali ini yang hanya mereka membuka blog ini sahaja tahu kewujudan entri ini. Hehehe.

#memeluksempurna
#heroinsays

Leave a comment