kopi|BUKU|puisi 31


Bismillah.

15319250_10206450291850930_980234313446440_n

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'

****

'Akak tahu apa yang saya suka di KL ni?', aku menyambung perbualan. 


Kereta yang dipandu oleh Kak Kamilah tersedut-sedut antara berjalan dan berhenti. Dia kelihatan berhati-hati memandu untu memastikan kereta Myvi nya tidak tersodok kereta di hadapan.


Begitulah suasana di kota raya KL. Jalan raya selalunya 'congested' selepas hujan--walaupun hanya renyai. KL pula gemar 'menangis' setiap kali tiba senja. Meraikan musim tengkujuh barangkali. 


'Apa dia?', Kak Kamilah bertanya setelah aku diam beberapa saat. 


Aku ketika itu sedang membetulkan posisi beg yang hampir jatuh ke bawah, menjawab, 'Surau kat sini hidup.' 


Fai yang dari belakang menyampuk, 'Aah betuul.'


'Tapii..', aku mencelah secepat mungkin, '...saya tak pernah turun pun surau. Segan lah sebab saya sorang-sorang.', aku membuat pengakuan polos sambil badan menyandarkan kerusi. 


Suasana riuh sedikit apabila mengenangkan tugas yang sepatutnya meng-imarahkan surau adalah 'Kita' -- orang yang di kira sudah memahami kepentingan surau di mana pun berada. 


'Ada hari-hari tertentu, kuliah maghrib bersambung-sambung gemanya suara asatizah memberikan tausiyah.', aku meneruskan lagi perbualan.


'Betuul tuu,' Fai sekali lagi dari belakang menyampuk, '..kalau blok ni buat kuliah maghrib, eh tiba-tiba terdengar pulak hujung sana suara orang bagi kuliah.', tambahnya. 


'Wah. Alhamdulillah.', Kak Kamilah mengucap syukur. 

*****


AKIFI - Alim, Haraki, Sufi.


'Jangan jadi semata-mata alim, tapi perlu tambah haraki...', Ustaz Azhar Yaakob memberikan penerangan. 


Aku seperti biasa--sambil mendengar kuliah sambil mujahadah agar tidak terkatup mata dengan lebih lama. Wah the struggle was real!


'..apabila alim dan bertambah haraki barulah complete set--islam cara Rasulullah S.A.W.', jelas ustaz. 


Haraki adalah gerakan islam yang mencakupi kefahaman yang melibatkan -- politik, sosial dan ekonomi ummah. 


Ustaz menyempurnakan penjelasannya dengan memberi contoh baginda S.A.W., '...kerana Rasulullah S.A.W. bukan sahaja kuat beribadah, ajak orang sana sini kenal Allah-- Nabi juga adalah seorang Perdana Menteri, baginda juga adalah seorang Panglima Perang...' 


Setiap isi yang ustaz berikan bersungguh-sungguh aku salin. Walau tulisan dah semacam cacing kerawit--tapi aku gagahkan juga untuk menyalin. 


'Satu lagi Sufi--tazkiyatun Nafs. Nak faham tentang haraki (gerakan islam), selepas tahu tentang siyasah (politik)--jangan tinggal tarbiah. Sebab hanya dengan tarbiah, kita akan tetap thabat dalam matlamat perjuangan kita.', ustaz menyentuh ringkas. 


****


Perbezaan antara soleh dan musleh. Menjadi orang soleh ini adalah menjadi baik untuk diri sendiri. Mana kala musleh pula menjadi baik untuk diri sendiri seterusnya mengajak orang lain pula berbuat baik dan menjegah sesama dari yang munkar. 


Wahh hidup ini rumit rupanya. 😂 


'Bersama lah dengan Allah, hidup tidak lah rumit.'


P/s : Mungkin tertahan segala kecelakaan diKL ini kerana masih ada orang-orang yang soleh dan musleh bergerak memberikan khidmat. Beruntungnya kalau kita termasuk dalam kalangan mereka. 😌


Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ni. 

#memeluksempurna
#heroinsays
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s