kopi|BUKU|puisi 24


Bismillah.

 

14721695_10206085954302719_2273847669842946131_n

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'

****

'Apa maksud nama Nur Amalia?'


'Cahaya Cita-citaku.'


*****


Menggapai cita-cita besar selalu perlu diingatkan-- Dalam mengejar sesuatu, kita juga bakal kehilangan sesuatu. 


Sebagaimana John Wood dipermulaan kisah hidupnya dalam usaha membina Room to Read-- dia melepaskan karier dan dunia espariatnya serta juga kekasih hatinya, Sophine yang ternyata menjadi satu halangan yang besar untuk dia mencapai cita-cita.


Daripada hanya 'Read for Nepal', sekarang sudah melebar luas ke Vietnam, India dan beberapa negara Asia Pasifik yang lain.


'Saya cuba mengingatkan diri saya sendiri bahawa begitu lemah lah kita membiarkan tanggapan orang lain membentuk identiti kita....' (John Wood)


Memiliki cita-cita besar-- juga harus tampil berani untuk melepaskan sesuatu yang dipandang besar seketika ini untuk sesuatu yang baru yang masih ragu-ragu dalam menjadi kenyataan. 


*****


'Okey masing-masing belek Al Quran surah Al Haj ayat 52 & 53.', Kak Su memberi arahan seketikanya dia membaca ayat-ayat dari Al Quran. 


Surah Al Hajj 22: 52 - 53


وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّىٰ أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ فَيَنْسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ فِتْنَةً لِلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.


Seusai itu, Kak Su memberi penjelasan yang ringkas, 'sebab itu bilamana kita punyai satu cita-cita yang besar perlu meminta izin dari Allah dab meminta pertolongan dari-Nya.' 


'Apatah lagi kalau cita-cita itu untuk Islam.', Kaksu menoktahkan bicaranya sambil memberikan satu contoh, 'Sebagaimana PAS hari ini membawa cita-cita untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian untuk Negara.'


*****


Cita-cita yang besar tapi tanpa hammasah (keinginan dan semangat) yang kuat tidak menjanjikan apa-apa. 


Okey minggu depan kita Kinokuniya. Keinginan dan kesedaran hanya boleh dikekalkan dengan pembacaan buku-buku yang bagus. Saya juga punyai cita-cita yang besar yang ingin digapai. Cuma bezanya dengan John Wood, saya tiada kekasih hati untuk ditinggalkan. Hahaha. Okey tidak lucu.


Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.


#heroinsays
#memeluksempurna
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s