kopi|BUKU|puisi 21


Bismillah.

 

14448834_10206011288236114_7839089342920218513_n

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'

****

Aku hanya memandang dengan polos ketika mana ofismet di bahagian CMU (Call Center Management Unit) disoal-siasat oleh senior, 'Siapa yang angkat kol semalam pukul 3 petang?'


Dengan air mukanya menunjukkan ketidak tahu apa-apa, dia membalas, 'Kenapa kak?'


'Ni customer komplain.', ringkas senior itu memberi jawapan. 


'Bukan saya.'


Lalu senior pun berlalu dan meluru ke arah bos yang tepat berada di belakang aku--'Kek Ping, ni ada customer komplain. Dia komplain apa ya?'


*****


Berada di bawah satu company yang outstanding--penubuhannya sudah mencapai usia 20 tahun-- tersangatlah berbeza dengan companies yang biasa aku lihat. Bagaimana mereka menjaga kualiti demi kualiti agar ia tetap relevan di pasaran. 


'Eh Ika, HR company ni komplain semalam. Jom buat meeting sekejap. Saya nak dengar penjelasan.', arah bos serius. 


Memandangkan susun atur department hanyalah menjajar--bos didepan dan depannya staf-staf--and unfortunately my place is IN FRONT of the bos. Cis-- maka meeting hanya dibuat ditempat bos. 


Begitulah selalu. Sekiranya satu team mendapat komplen--terus dipanggil short discussion bersama bos. 


Padahal, biarpun yang komplen itu hanya seorang. 


*****


'Eh Raden, kenapa ya you selalu lambat masuk rehat? Next time pastikan sharp ya. KPI pun dah tak capai.', lagi sekali bos menegur direct di depan aku. 


Tertelan air liur dibuatnya. 'Naseb baik aku skema masuk 10 minit awal.', monolog aku kelegaan. 


Kakak yang ditegur hanya menggangguk tanda akur. Keesokkannya dan hari selepasnya, tepat seusai lunch, kakak itu munculkan diri. 


Huh.

*****


Budaya sebuah company--aku memegang kata-kata penulis sebuah buku 'Built To Last', -- company yang mencapai lebih usia 20 tahun kebiasaannya mereka mempunyai budaya kerja tertentu. Sekiranya kamu tak mampu untuk ikut, kamulah nanti yang akan terkeluar dan company tersebut langsung tidak terjejas dengan ketiadaan kamu.'


Ah. Rezeki waktu muda bekerja dengan budaya company yang strict. Hahaha. Well. Cucu-cucu perlu tahu kisah ini nanti. Remark! 


Sekian kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini.


#heroinsays
#memeluksempurna
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s