kopi|BUKU|puisi 18


Bismillah.

 

Tulisan buruk hasil dari pen kehabisan dakwat, Huhuhu

Tulisan buruk hasil dari pen kehabisan dakwat. Huhuhu

 

Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'

****

'Cuba kita bagi seorang budak lari keliling padang 10 kali tanpa berhenti. Agak-agak selepas dia berhenti, apa yang akan dia minta?', tanya Pak Hasyim kepada kami. 


Kami dengan penuh perhatian hanya memandangnya tanpa sepatah kata.


Pak Hasyim menunjukkan isyarat tangan ke mulut sambil memberitahu, 'Air..sebab haus..'


Kami pun serentak mengiyakan. Apalah soalan picisan begini boleh clueless. 😂


Pak Hasyim menyambung lagi, 'Inikan pula orang yang tengah menghadapi Sakaratul Maut--yang sakitnya ibarat menerima 24 kali siat-siat di leher. Hanya yang betul-betul bertuah sahaja yang dapat menyebut kalimah Lailahaillah.'


*****

Hari ini berpeluang ke Kuliah Tauhid Bulanan anjuran Nisa' Lembah Pantai. Kupasan dan penerangan Pak Hasyim sangatlah menarik perhatian. Mungkin kerana ia ilmu baru bagi seorang aku disini. 


'Nak belajar ilmu tauhid salah satunya dengan kaedah Tanda Beza.', Pak Hasyim memulakan kuliahnya. 


Kata Pak Hasyim, untuk diakhiri hidup dengan kalimah Laila haillah perlulah ditekuni dengan baik ilmu Tauhid.


Sifir yang beliau kasi -- 4 : 4 : 2 kaedah Tanda Beza.


Nice. 


*****

Sesiapa yang berminat, jom lah join setiap minggu akhir bulan di Pasti Kg Pasir, Petaling Jaya. 😊


Sekian kisah Kopi |Buku | Puisi untuk kali ini. 

#heroinsays
#memeluksempurna
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s