kopi|BUKU|puisi 10


Bismillah.


14279038_1115367355208749_1945882398_n
Kopi | Buku | Puisi-- terlalu sinonim dengan diri sendiri dalam menikmati fasa ber-hibernasi. Ah introvert pasti tahu ungkapan lain dari fasa hibernasi adalah 'mengurung diri untuk proses re-charge social battery'


'Kita tak perlu pun jadi orang yang boleh bagi motivasi kepada orang lain...', Ngoh memberi ceramah hariannya seperti biasa. 


Ngoh, atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Juhari, manusia yang paling pakar dalam mengusik aku sejak aku dilahirkan. 


Aku, yang selalu tidak pernah gagal menunjukkan rasa yang tidak berpuas hati setiap bualannya mencelah, 'Bakpo pulok?'


Dia membetulkan posisinya yang sedikit senget, 'Yolah. Tak penting pun.', dia membalas bersahaja. 


Aku berkerut. Lalu dia menyambung, '..yang penting menjadi inspirasi kepada orang lain.'


Tanpa ditanya, dia mengulas panjang, '..sebabnya menjadi orang memberi motivasi ni hanya manusia yang bermasalah je datang kepadanya untuk menuntut dimotivasi. Kalau orang yang memberi inspirasi ni, semua orang tak kira bermasalah atau tidak datang kepadanya menjadikannya inspirasi dalam hidup mereka..'


Disclaimer : Perbualan sebenarnya dalam bahasa Kelantan. Aku cuma mencurigai sekiranya tidak ditulis dalam bahasa Melayu dengan betul, pembaca gagal untuk faham isi kandung sebenar. Hehehe.


****

Glad to have eleven siblings-- which every each of them were given you such an difference inspiration for you. 

Lusa Hari Raya Aidiladha. 


Untungnya muslim ni-- kita disediakan dengan dua hari raya untuk mewujudkan kebetulan-kebetulan untuk sentiasa mengingati jasa-jasa ahli keluarga kita walau berada jauuh di perantauan. 

Okey. Miss home. 


Sekian. Begitulah kisah Kopi | Buku | Puisi untuk kali ini. 

#heroinsays
#memeluksempurna

Leave a comment