cemas


Bismillah.

 

‘Awak bila nak kahwin?’

 

‘Saya mana ada boyfriend. Macam mana nak kahwin?’, aku menjawab acuh tak acuh.

 

Melayan sibocah kecil yang baru mencecah umur tujuh tahun sungguh menggelikan hati. Boleh pulak dia yang cemas semacam bilamana sepupu yang cantik ni tak naik-naik pelamin.

 

‘Awak kawen dengan Ustaz Firdaus la.’

 

‘Tak nak.’

 

‘Ustaz Akmal?’

 

‘Tak nak jugak.’

 

‘Ustaz Borhan?’ 

 

‘Tak nak.’ 

 

‘Sir Zamir?’ 

 

‘Tak nak tak nak.’ 

 

‘Alaaa, malas la layan macam ni. Semua awak tak nak.’ 

 

‘La. Dah rekomen orang yang tak hensem.’ 

 

‘Dah rekomen tapi awak tak nak.’ 

 

‘Yang hensem tu dah kahwin ke belum?’ 

 

‘Mana saya tau.’ 

 

‘Lagi-lagi. Rekomen yang hensem je ya.’, jawab aku berseloroh. Separuh mati tahan ketawa tak nak bagi tersembur.

 

‘Hmm. Mana boleh hensem-hensem. Nanti laku kang susah pulak.’, balasnya serius.

 

Alahai bocah kecil ni. Tahu pulak dia ya. Habis semua orang dia rekomenkan. Ustaz-ustaz sekolah, teacher Bahasa Inggeris dan sesiapa sahaja yang dia dapat sebut yang jadi mangsa perbualan kami.

 

Kalaulah dia tahu kak cik dia ni sedang cemas dengan urusan FYP yang belum setel-setel. Hm.

 

*****

 

Sir AJ memerhati dalam-dalam ringkasan proposal kami. Dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu.

 

‘Apa back up you all if korang tak dapat responden.’, dia bersuara setelah lama meneliti.

 

‘Em…’

 

‘Baiklah. Kalau takde jugak, kita terpaksa tukar responden lah. So you all kena ubah la FYP kamu ni.’, ringkas dan selalu tepat jawapan yang direkomenkan kepada kami.

 

‘Baiklah sir.’ 

 

*****

 

Aku menghempaskan badan ke katil setelah penat seharian memerah tenaga seketika di pejabat. Aku memandang syiling yang sedang kipasnya ligat berpusing-pusing.

 

‘Nik, kalau kita tak dapat responden, sekurang-kurangnya kita dah ada back up.’, aku memulakan perbualan sambil melepaskan lelah dihujung mata yang sedang dikatup tenang.

 

Nik yang masih berdiri di sisi katil membalas ringkas, ‘Susah jugak Am. Kita kena mula balik dari awal. Nak ubah tu yang sakit.’

 

‘Aah la lupa.’

 

*****

Cemas.

Yang entah bila penghujungnya. Hm.

 

Walau bagaimanapun, untuk jodoh yang masih samar-samar kelibatnya (mungkin sempat dan mungkin saja entri ini hanya tinggal angan-angan kosong), aku dedikasi kan beberapa baris lirik–barangkali mengena pada si pembaca atau barangkali (nanti) aku paksa jodoh aku baca seusai kami di akad. Haha. K.

.

.

 

I’m gonna love you, when the time is right
Be thinkin’ of you, every day and every night
To thank you so many in this world and someday when you make me as your wife
So every time we’re not together, I hope you know that you’ll be alright

’cause I, I’m gonna make you feel that you’re the only man in the world
Like you’re the only one that I’ll ever love
Like you’re the only one who knows my heart
Like you’re the only one is in command
Cause I’ll make sure I am the only one who understands
How to make you feel like a man. 

(Ubah-ubah lirik lagu asal — Rihanna ‘Only Girl in the World’ >.<)

.

.

 

Apa senyum-senyum?

.

.

K.

.

.

Doakan fyp aku ya kawan-kawan. (u___u)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s