intern


Bismillah.

 

 

kebosanan

kebosanan

 

‘…They think that Google executives stole Apple Software to build Android, and that Android’s largest phone maker; Samsung, copied Apple’s design to build its supersuccessful Galaxy phones. They feel betrayed…’


‘…The most secret and ambitious of these was Google’s smartphone effort–the Android project. They had been working with prototypes for six months and had planned a launch by the end of the year…until Jobs took the stage to unveil the iPhone…’

 

*****

 

Seakan berbaloi membawa buku ke mana saja kita pergi. Buku The Battle of Titan aku baru je beli tak sampai seminggu. Oleh kerana mengisi kebosanan di ofis, sudah separuh bab aku habiskan selama 3 hari.

 

‘Wah, bagusnya baca buku Inggeris!’ 

 

Aku mendiamkan diri dan hanya menyedekahkan senyuman tawar. Kebosanan yang menjengah lebih di rasakan tertekan daripada tertekan memahami isi-isi dan patah perkataan dalam buku Inggeris.

 

Banyak beza cara hidup dan gaya kerja latihan industri semasa zaman diploma dan zaman ijazah sarjana walau berada di setting yang sama — Hospital.

 

Zaman diploma, latihan industrinya lebih kepada menyediakan treatment kepada klien. Kita banyak berinteraksi dengan mereka, bercakap, memahami dan berkongsi cerita suka duka. Yang banyak keadaan memupuk keinsafan otomatis dalam diri.

 

Manakala zaman ijazah kala ini lebih kepada urusan manajemen. Berinteraksi dengan klien hanya di meja-meja pendaftaran sewaktu urusan pendaftaran dan sekilas pandang menjawab pertanyaan-pertanyaan di kaunter. Masa aku lebih bersama komputer dan urusan fail-ing.

 

****

 

‘Awak tahu kita ada mini hospital UiTM? Nama CTC-Clinical Training Centre atau Pusat Pakar Perubatan UiTM?’, Encik Nasa bersungguh memberi penerangan kepada kami berdua.

 

‘Er. Taktau.’, aku menjawab ringkas. Padahal aku sudah maklum tentang itu cuma tidaklah tahu terlalu mendalam yang jika disoal mungkin hanya ‘rasa-rasa’ jawapannya.

 

Encik Nasa tersenyum sambil menghempas lembut kertas surat tawaran kami dengan berkata, ‘Okey, kamu berdua batch pertama untuk latihan industri kali ni. Saya akan pastikan kamu berdua belajar kesemua sistem di dalam hospital.’ 

 

Aku menghembus nafas lega apabila mengetahui kami akan buat rotation untuk kesemua departmentAdministration (Information, Customer Services), Human Resources, Financial dan admin di pecahan jabatan-jabatan kecil.

 

‘Kat sini pun ada private dan funding (kebajikan) kepada mereka yang tak berkemampuan…’ 

 

Encik Nasa memberi tambah informasi. PPPUiTM yang bakal dibina nanti bukanlah 100% hak milik kerajaan. Ia adalah semi-government. 

 

Aku hanya mengangguk-angguk tanda faham apa yang dijelaskan.

 

*****

 

Tinggal lagi tak sampai 4 bulan untuk aku tamatkan sesi latihan industri sebelum viva pada bulan seterusnya.

 

Kebosanan tak bermaksud aku tak belajar apa-apa. Sekadar bosan kerana aku orang-nya yang suka bekerja dalam keadaan tertekan. Apabila mengharungi hari-hari tenang sebegini, lemau pula jadinya. Heh.

 

I’ve learnt a lot. No worries. 🙂

 

By the way, buku the Battle of Titan tu mengisahkan tentang kedua syarikat gergasi (Apple VS Google). Menariknya ia mengupas bagaimana invention yang di buat oleh Apple iaitu Iphone rupanya bertembung secara tidak sengaja dengan invention yang dibuat oleh Android (selepas Google membeli syarikatnya. Jadi Android sah menjadi milik Google selepas itu).

 

Kedua syarikat ini dahulunya membuat satu pakatan untuk menentang musuh nombor satu dunia teknologi iaitu Microsoft yang secara monopolinya menguasai pasaran komputer yang meng-install windows ke dalam semua PC pada tahun 1990.

 

Namun semua jadi tak keruan bilamana keduanya menghadapi pertembungan yang maha dasyat dalam dunia teknologi.

 

*****

 

Apa kaitan dengan aku?

 

Pertama, aku dapat memahami secara tak langsung bagaimana ekonomi kapitalis merangka strategi dan fikrah yang ditanam dalam setiap minda penganutnya — Yang paling penting bukan siapa yang berkuasa. Yang terlebih penting apabila kita mencipta sesuautu yang mampu mengawal keseluruhannya. 

 

Kedua, saja nak asah pemikiran kritis dan kritikal. Membaca strategi dan memahami bagaimana satu-satu strategi itu dilaksanakan.

 

‘On top of all that, Jobs’s obsession with secrecy–the few hundred engineers and designers working on the project couldn’t talk about the project to anyone else.

If Apple found out you’d told a friend in a bar or even your spouse, you could be fired…’

 

Baiklah. Panjang pulak. Bercampur aduk kesemua cerita dalam satu entri. Haha.

 

Terima kasih kerana selalu menjadi yang setia dalam membaca entri aku yang entah apa-apa ni.

 

K lah.

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s