abaikan


Bismillah.

 

Terakhir masuk dewan peperiksaan dengan no Id UiTM 2013998***

Terakhir masuk dewan peperiksaan dengan no Id UiTM 2013998***

 

‘Macam mana result sem ni agak-agak?’ 

 

‘Aaaaaaa.’, sambil tutup muka.

 

Ada yang mencebik bibir, ‘Entahlah Am.’ 

 

‘Hmmmmm..macam tulah.’

 

*****

 

Lebih kurang dua minggu lagi result semester lima bakal diumumkan.

 

‘Tak konfiden…’, aku merenung dalam-dalam nota. ‘Tapi masih berharap.’

 

Meski diluar sana ramai yang memperlekeh dan mempersoal —

 

‘Belajar tinggi-tinggi akhirnya sijil dibakulsampahkan.’ 

 

‘Industri tak tengok la cgpa sekarang ni. Yang penting attitude dan skills!

 

‘Ekonomi gawat. Buat lelah je habiskan sijil ijazah bertahun-tahun. Ha tuh, lepas spm join bisnes. Senang je elok sampai sekarang daripada para graduan yang tak habis-habis bayar hutang.’ 

 

****

 

Sebagaimana peristiwa-peristiwa yang lalu mengajar aku dengan memekakkan telinga dan membisukan mulut, kita redahkan je yang kita ingin capai.

 

Kata mereka begitu dan begini mengikut agak-an mereka tanpa langsung bertanya, ‘Pendapat korang pula macam mana?’

 

Yang ada hanya–‘Pendapat aku jela ni.’

 

****

 

Usaha yang keras tidak akan di sia-siakan.

 

Kebaikan walau satu zarah bakal di perhitungkan.

 

Dan kita tidak perlu kata-kata negatif merasuk minda kita sehingga memusnahkan niat asal dan mengubah prinsip yang selama ini kita ukir menjadi seorang AKU.

 

 

‘Kalau nak belajar, biar belajar sampai PhD.’, ringkas mama memberi pesan.

 

‘PhD sekarang ni pun takdak keje. Buat apa?’, suara sumbang dimana-mana.

 

Maka, kata aku —

 

Aku  sambung degree/master/PhD bukan untuk jadi kaya.

 

Pastu untuk apa?

 

Pernah dengar dua jenis manusia yang Allah angkat darjat? Dua manusia tu adalah orang beriman dan berilmu. Bukan orang yang kaya. 🙂

 

Luruskan niat.

 

Memeluk sempurna.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s