karakter


Bismillah.

 

20160109_195138

‘Cepat Puteri kita amik kon tu!’

 

Bagaimana cara didikan kita akan memberi pengaruh yang sangat besar membentuk siapa kita, pemikiran serta tindak tanduk kita. Setiap dari kita mesti akan ada karakter yang dominan ke mana saja kita pergi.

 

Itu dipanggil temperamen yakni karakter yang wujud sejak lahir. Ia tidak boleh diubah melainkan di kawal.

 

Manakala personaliti ialah karakter yang di pupuk oleh kita sama ada pengaruh persekitaran dan didikan. Ia boleh diubah dengan di latih kerana personaliti ada satu bentuk proses.

 

 

****

[TADIKA]

‘Cepat dua orang ni salamm!’, ustazah meninggikan suara setelah keduanya berkeras tidak mahu mengalah.

 

‘Ha salam.’, aku sentuh tampar budak laki laki kecik berumur enam tahun, setahun tua pada aku seketika itu.

 

‘Kau takyah eh nak cari pasal dengan aku.’, amaran singkat daripada aku.

 

Dua dua kesat air mata. Dia berlalu mengambil tempat duduk.

 

‘Ustazah kahwin kan dua orang ni baru tau. Suka sangat bergaduh.’, ustazah marah sambil berseloroh. Ketawa berderai satu kelas Al Quran.

 

*****

[SEKOLAH RENDAH]

 

‘Aku nak bagitau mak aku kau koyakkan pensil case aku!’, bentaknya tak puas hati.

 

Seketika aku yang masih memandangnya terus membalas, ‘Hak alah. Kau tak yah nak pondan sangat. Bukan nampak pun. Aku tak sengaja la.’ 

 

Bocah kecil mengesat air matanya dengan kolar baju. ‘Ah aku tak kira!’

 

Keesokannya ternyata ibu kepada kawan lelaki tadi datang. Kecut perut aku dibuatnya. Kerana ego yang menebal, aku beranikan diri tampil kehadapan apabila nama aku yang di cari.

 

‘Nanti kawan baik baik tau dengan Kamil.’ 

 

Aku sengih mengangguk angguk sambil pasang niat dalam hati, ‘Jangan harap.’

 

*****

[SEKOLAH MENENGAH]

 

‘Nak cam Am dengan Kak Ama senang je. Yang selalu senyum tu kakak dia. Yang muka bajet garang tu Am.’, luah mereka yang pernah terserempak dengan aku.

 

*Zaman sekolah menengah tak banyak cerita cari pasal dengan orang sebab kawan kawan semua perempuan*😂

 

*****

[ZAMAN KAMPUS]

 

‘Am bergaduh lagi eh dengan Izzat?’, pertanyaan yang aku dapat beberapa bulan lalu.

 

‘Siapa suruh cari pasal.’, aku mematikan kata kata dengan jawapan yang ringkas dan konsisten kepada semua pertanyaan.

 

Nik memberi pesan, ‘Susahnya Cik Am ni nak mengalah dengan budak laki. Saya nak tengok siapa yang berjaya kalahkan Am.’

 

*****

 

Momen flashback di atas adalah sekadar contoh untuk menceritakan satu karakter yang konsisten akan muncul dalam peribadi kita dalam situasi situasi tertentu.

 

Kadang kadang kita pelik kenapa wujud manusia yang terlalu tidak berkira dengan orang lain sampai satu ketika, dia sendiri susah untuk memudahkan orang lain.

 

Dan kita pun pelik kenapa kita susah untuk meniru perbuatan ‘tidak berkira’ tu untuk di aplikasi dalam diri kita.

 

 

Ada juga spesis kedekut nak mampus. Mintak apa saja, hanya cenonet di beri. Hm.

 

Bagaimanapun kita— harus kita ingat barangkali inilah antara sebab kenapa Rasulullah diturunkan untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Tidak cukup dengan itu, Allah susun atur plot plot sirah nabi dengan sempurna sekali dengan menampilkan kisah kisah pembentukan karakter para sahabat hasil tarbiah atau didikan Nabi Muhammad S.A.W.

 

Sebagaimana Rasulullah S.A.W. tidak mengubah karakter Saidina Umar menjadi Saidina Uthman dan tidak menyuruh Saidina Uthman meniru karakter Saidina Umar. Seawal 1400 tahun yang lampau lagi, Rasulullah S.A.W. sudah memahami bagaimana nak mengendalikan perbezaan antara temperamen dan personaliti–apa yang perlu dikawal dan apa yang perlu diubah.

 

Tanpa cacat cela dari aturan Allah yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan, setiap sisipan peribadi para sahabat sedikit sebanyak terkena pada karakter kita.

 

Berwataklah dengan kasar dan keras hati sekalipun sekiranya itu adalah kita. Namun harus ingat, sekeras keras Saidina Umar, apabila datang seruan kebenaran, terus dia tundukkan hatinya menerima seruan kebenaran.

 

Dan berlemah lembut lah kita dengan sesiapa sekiranya sememang itu karakter asal kita. Namun harus ingat, apabila tibanya untuk mungkar dicegah, lemah lembut itu harus diketepikan sebagaimana Saidina Abu Bakar sebegitu keras penampilannya ketika menentang golongan murtad di zamannya.

 

*****

 

P/S : Penulisan di atas bukan lah kajian akademik. Sekadar pendapat peribadi dan campuraduk hasil bacaan yang berterabur. Sekiranya kalian menjumpainya bercanggah dengan kajian semasa, just let me know k. 😇

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s