terbiasa


Bismilah.

 

hulk

 

Penat menterjemah kerisauan dalam whatsap tentang fenomena penculikan budak belasan tahun.

 

‘Takpo cik ke hulk.’ (Azri J,2015) 😧


Mungkin hasil kena dibelasah dan semack down beberapa kali oleh kakak dia sehingga sampai begitu sekali dia memberi percaya. 


Hari ni kecoh pula rupanya cerita itu palsu. Hm. 

 

Walaubagaimanapun, yang paling terbaik muslimat tu perlu bergerak bersama mahram. Kalau tidak, sekurang kurangnya dua atau tiga rakan yang lain. 

 

Pesan Kak Mumtaz (Yang Berhormat), katanya sepanjang beliau menjawat jawatan YB, dua perkara yang beliau selalu jaga iaitu keluar ke mana mana wajib bertemankan mahram di sisi dan membaca buku.

 

Sesekali aku mengolah pertanyaan kepada kawan-kawan, ‘Pegi mana-mana mintak izin tak dengan mak ayah?’ 

 

Mungkin soalan itu nampak lucu dan agak kebudak-budakkan. Namun percayalah menjadi seorang wanita, kita harus cermat meneliti beberapa perkara kecil yang banyak keadaan orang terlepas pandang.

 

Wanita ini sangat di jaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Di waktu bujang, ibubapa menjadi orang yang paling bertanggungjawab menjaganya sebaik mungkin. Selepas bernikah, tanggungjawab beralih kepada suami.

 

‘Saya mintak izin.’

 

‘Em tak pun kalau setakat nak keluar makan dengan kawan-kawan.’ 

 

‘Kalau jauh beribu kilometer baru bagitau.’

 

Rata-rata jawapan yang lebih kurang sama di balas.

 

Jawapan aku pulak, ‘Once bila mak kak Am kata kita dah besar dan boleh buat keputusan sendiri, Kak Am assume kalau setakat perkara kecik dan tidak melibatkan perjalanan jauh, tak perlu bagitau mak. Hehehe’

 

Namun, aku matikan jawapan aku tadi dengan satu persoalan, ‘Wanita yang tak biasa mintak izin dengan mak ayah zaman bujang kemungkinan besar akan ada masalah nak mintak izin dengan suami lepas nikah nanti. Dengan mak ayah kita boleh lah cakap perkara kecik takkan nak bagitau, kan dah besar. Dengan suami, no kompromi. Perkara kecik ke besar ke kena mintak izin.’

 

*****

Perbualan ringkas dengan kawan-kawan sambil kembali menyedari peranan anak anak wanita yang solehah itu perlu meminta kebenaran ibubapa ke mana jua dia pergi. Sekurang-kurangnya melaporkan keberadaan. hehehe.

 

‘Siapa free? Nak mintak teman pi tesco sat.’, aku mengumumkan tawaran.

 

‘Sayaaaaaa!’

 

‘Ala Kak Am ni penakutlah. Pegi Tesco je pun.’, satu suara kedengaran di arah tengah.

 

‘Ish, biarlah!’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s