menconteng


Bismillah.

 

entahlah tentang manusia..
mungkin pada riuh… datang kekebalan..
mungkin pada bising… muncul kekuatan..
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani… aku berani…

.:Fynn Jamal (Levitasi)

 

Memperdengarkan halwa telinga lagu levitasi. Em. Taklah mengena sangat dengan perihal diri sendiri apabila menjamah liriknya. Cukup mengambil beberapa perenggan yang seakan menyentuh.

 

Masa yang giat berlari meninggalkan bekas bekas amalan kita

Masa yang giat berlari meninggalkan bekas bekas amalan kita

 

‘Siapa ada kertas kerja perancangan hidup?’, penceramah membuka persoalan di awal ceramahnya.

 

Aku seperti biasa hanya menunggu reaksi ramai. Orang ramai pula mulai bising bertanyakan rakan sebelah. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan sambil bermonolog, ‘Ah, malas nak tanya. Tau dah semua orang takde.’

 

Lima minit berlalu ternyata hanya geleng geleng saja jawapannya.

 

‘Beginilah sikap kita. Kalau nak buat program satu malam rangka kertas kerja. Hidup sendiri dibiarkan begitu saja. Follow the flow la katakan.’ , balasnya sinis.

 

Aku yang mula bosan membetulkan posisi cara duduk dari sopan kepada angkat kaki naik ke kerusi (bersila). Menguap sekali sekala.

 

‘Orang yang benar-benar mempunyai perancangan mereka akan tulis. Dan hanya mereka yang tulis sahaja mempunyai perancangan.’ , beliau menyambung.

 

******

Meja studi aku masih bersepah dengan nota-nota matapelajaran CiTU. Terlayang aku seketika yang pada masa yang sama aku sedang menjawab soalan-soalan peperiksaan lepas.

 

Tersedar dari lamunan panjang apatah lagi tetiba ungkapan demi ungkapan penceramah sinis tadi merasuk otak untuk memaksa sekujur tubuh ini berfikir.  Soalan past year di hempas lembut lalu di capai kertas not kecil untuk diconteng segala perkara yang sedang bermain dikepala.

 

‘KEHIDUPAN SELEPAS POST GRADUATE. TIMELINE. TO DO LIST.’, aku menulis sambil menyebut fasih patah demi patah perkataan.

 

Selesai menulis, masa untuk aku tick apa yang sudah aku buat.

 

Hm.

 

*****

 

Menjejak usia yang separa dewasa, sudah tentu segala keputusan hidup kita terserah pada kita sendiri. Cuma sesekali sahaja ada campur tangan ibu bapa dan keluarga atau orang-orang yang kita percaya. Itu pun campur tangan hanya sekitar cadangan dan pandangan.

 

Em. Memikirkan sifat aku pula yang hanya nampak tough di luar padahal punyalah penakut di dalamnya membuat aku serba serbi jadi tak kena apabila mahu merancang macam macam.

 

Nak drive sorang diri pun tak berani.

Nak jalan sorang diri pun tak berani.

Nak buat segala benda pun perlu berteman bagai. Lahai.

 

Hmm. Susahnya hidup ni.

 

*Ungkapan tak berani lebih baik daripada penakut yang disebut.*

 

Ahh.

 

Semoga nanti apabila harus bersendiri melangkah, aku dikurniakan kekuatan oleh Maha Kuasa. Perancangan dah ada. >,<

 

‘Orang yang kuat itu adalah orang yang ikhlas.  Orang yang ikhlas itu adalah orang yang jelas matlamatnya.  Maka, jelaskan setiap sebab kenapa perancangan itu di adakan.’  -Amru Khalid-

 

 

‘Orang yang mempunyai alasan yang jelas akan lebih bertahan lama di atas setiap keputusan yang dia lakukan.’  -Robert Kiyosaki-

 

 

Semesti selalu diingat suatu pesanan,

 

Saat kita berikrar, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kesemuanya adalah untuk Allah Rabb Semesta Alam” sembari berdoa, “Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingat-Mu, mensyukuri-Mu, dan mengihsankan ibadah hanya untuk-Mu.”

Ya, karena seluruh diri kita adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya, sedang tak layak bagi-Nya kecuali yang terbaik; maka kita memohon pertolongan-Nya agar mampu mempersembahkan yang terbaik.

Saat ruh dijemput dan hati mencapai puncak keikhlasannya, “Laa ilaaha illallaah.” “Jalan Allah ini panjang sekali,” kata Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, “untunglah kita tak diwajibkan untuk sampai ke ujungnya. Kita hanya diperintahkan untuk mati di atasnya.

 

-Menggali ke Puncak Hati, Salim A Fillah-

 

K

 

Masa untuk sambung ulangkaji Final Exam.

 

#PrayFORAMJDAPATDLLAGI

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s