termalu sendiri


Bismillah.

 

Buka stat blog agak terperanjat seketika sebab tetiba views nya ramai. Terkejut lagi sebab entri-entri zaman hingusan pun di belek baca. Hm. Ditambah dengan termalu dengan sendiri apabila aku pun belek baca sekali lagi entri entri dulu.

 

Tekad untuk selepas ni blog ni akan diprivasikan. Ampun salah dan silap. Malangnya aku belum jumpa butang nak privasikan blog ni. Ugh. Stress pulak.

 

Ambil apa yang bagus-bagus je. Yang pelik dan nampak tak matang sangat tu buat-buat tak nampak je. Terima kasih kerana sudi membaca blog ni yang tak seberapa ni.

 

Blog ni dah dievolusikan pelbagai versi. Dan versi ni yang paling latest. Asalnya ditulis sebab aku yang suka menulis dan suka bercerita dengan batang pena dan papan kekunci. Itu cerita dulu. Bila dah menginjak dewasa, agak tak sesuai untuk ditampil secara publik.

 

Malu. campur segan. dan orang lain tak perlu tahu. hm. maksud aku sesetengah benda.

 

Kadang-kadang aku tulis tentang idea.

Kadang-kadang aku tulis tentang jiwa.

 

Dan banyak keadaan aku merapu je lebih. 🙈

 

Terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat. Nanti nantilah nak privasikan blog ni. Doakan aku jumpa butang tu. Main cikucak pulak dia. Eh Eh.

 

K.

 

Aku bagi semua orang baca sepuas dulu entri-entri aku sebelum aku privasikan. Lepas tu dah tak boleh. Dan jangan rindu aku. Kalau rasa nak copy paste ke buat cepat-cepat sebelum aku jumpa butang private tu. Hahaha.

 

Baiklah.

 

Assalamualaikum.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s