invest.digest.


Bismillah.

 

11950600_974529945900706_252014243_n

‘Belilah yang ni kalau kamu nak jimat. Walaupun dia mahal tapi berbaloi. Kamu tak payah nak tukar banyak kali ink sebab dia guna inkjet punya style bukan yang ink catridge.’

 

‘Kalau kamu beli yang ni pulak, memang lah dia murah tapi banyak kali kena tukar. Kamu student mesti kamu ada cuti sem kan? Ha. Setiap kali naik cuti, student penuh kat sini nak servis printer. Setiap kali cuti, setiap kali tu jugak tukar ink. Mahal.’

 

****

Dialog bersama seorang pakcik cina dua tahun yang lalu ketika mana aku berkira-kira membeli printer berjenama EPSON ME 101 yang berharga empat ratus (include ink refill semua kaler). Hm. Disebabkan aku budak first year yang baik, aku beli yang mahal dengan berpegang pada janji pakcik cina tu.

 

Dengan bulatan harapan dan nekad, aku mengandaikan yang aku tidak dirugikan paling kurang RM 50 untuk repair setiap kali cuti sem. Maknanya sekarang aku di semester lima, makanya aku sudah jimat RM 250!

 

Dua tahun setengah dah berlalu. Printer EPSON ME 101 masih lagi baik seperti biasa. Masih tiada apa-apa yang perlu diservis. Cuma refill ink saja yang ditukar ganti. Itu pun hanya sebanyak RM 90.

 

Alhamdulillah, berbaloi. ūüėĀ

 

*****

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari¬†orang-orang mukmin diri dan harta¬†mereka¬†dengan memberikan surga untuk mereka.¬†

Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itutelah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?

Maka bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

-At Taubah : 111-

 

Kisah membeli lagi.

Tak banyak lain pun melainkan pada si penjual dan si pembeli.

 

‘Jangan takut untuk melaburkan masa, wang ringgit ¬†dan tenaga untuk gerak kerja islam. Tak ingatkah kita ayat 111 surah At Taubah ini?’

 

Naqib berkali-kali memesan. Yang lain tunduk seakan pejamkan mata menahan kesakitan dalaman yang hanya masing-masing rasa. Rupanya begitu tidak mudah mengotakan janji untuk tetap bertahan dan berlari di setiap kala waktu — lapang dan sempit.

 

‘Antum tak nak ke syurga?’

 

‘Nak.’

 

Masing-masing ringkas jawapan. Nada beralun Naqib seakan bagai air sejuk mengalir di relung-relung hati yang kian merasa terpaksa dan memberontak!

 

‘Maka bersabarlah. Allah tak pernah memungkiri janjiNya.’

 

Kalimat segar itu berkali-kali menusuk dicuping telinga. Bergetar hampir seluruh tubuh. Sesaat, semua orang kembali senyum.

 

****

 

Bila difikirkan balik, rasa lawak pun ada. Yang terasa berat itu hanyalah perihal peribadi sendiri. ¬†Kerana hal-hal peribadi seperti test esok pagi tapi tak baca lagi, pada masa yang sama program pula banyak, nak hadir usrah lagi dan bla bla bla. ūüėā

 

Pun dah rasa berat nak bergerak kerja untuk islam. Dah rasa investment yang dibuat seakan tak berbaloi. Kemon.

 

Sedangkan hasil investment yang kita buat bukan dapat sekarang. Tapi sinuuunnn di syurga sana. Kalau lah dengan pakcik cina pun berani jamin cakap berbaloi gadaikan wang saku RM 400 untuk jimat sepanjang pengajian aku dan aku percaya, inikan pula Allah yang jelas-jelas jaminanNya confirm terjamin.

 

‘Dalam bergerak kerja islam ini ibarat satu pelaburan. Yang istimewanya kamu bukan melabur di bank tapi dengan Tuhan.’

 

Ringkas yang menusuk.

 

*****

‘Gerak kerja islam di cemna?’

‘Soalan apakah itu?’

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu gerak kerja islam. Kalau dah join usrah tu dikira buat gerak kerja islam ke?

 

Ketika usia masih siswa, beliau berjalan menyelusuri kota raya, memasuki setiap kafe-kafe menyampaikan mesej-mesej dakwah. Satu ketika beliau membawa mancis api lalu dinyalakan di hadapan anak-anak muda yang menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membuang masa, anak-anak muda tadi berlari mengelak diri dari terkena percikan api, kata anak muda ini, ‚Äėkalau api ini membuatkan kamu semua lari, bagaimana kamu mahu melarikan diri dari dari api neraka‚Äô.

Semua terdiam kaku, tumbuh kesedaran dalam jiwa mereka. Anak muda ini tidak pernah kenal dalam kamus perjuangannya erti penat dan lelah. Beliau berjiwa agung dan memiliki wawasan hidup. Tercatat dalam buku diari perjuangannya Muzakkirat Dai‚Äôe Wa Da‚Äôiyyah, katanya : ‚ÄúTidak ada satu malam pun yang kami membincangkan permasalahan umat kami melainkan kami akhiri dengan tangisan air mata..‚ÄĚ. Begitulah citra anak muda yang memiliki cita-cita dan keazaman yang tinggi. Beliau adalan tokoh pendiri dakwah ‚ÄėImam Hasan Al-Bana‚Äô, mujaddid dakwah abad 21.

Sumber : https://maalimfitariq.wordpress.com/category/dakwah/

 

Berfikir dan bergerak seterusnya berfikir dan bergerak dan begitulah seterusnya. Gerak kerja islam secara ringkas untuk pemahaman manusia yang cetek ini (srikandi unik yang selalu jatuh) — melibatkan diri dengan persatuan atau gerakan yang bercita-citakan islam, memberikan buah fikiran serta mengerahkan segala daya demi mencapai matlamat terakhir islam : Semua manusia dan sistem tunduk kepada hanya Allah dan sistemNya.

“Mereka itu¬†adalah¬†orang-orang yang bertaubat, yang¬†beribadat, yang memuji, yang selawat,¬†yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh¬†berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat¬†munkar dan yang memelihara hukum-hukum¬†Allah. Dan gembirakanlah orang-orang¬†mukmin itu.”

-At Taubah : 112-

Semoga kita semua termasuk mukmin yang beruntung. Ameen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s