orang lama


Bismillah.

 

‘Mesti antara kita cemburu dengan kawan-kawan kita yang berselfie di IG--gi merantau sana sini, rasa makanan mewah-mewah. Sementara kita pulak bukan sahaja tak dapat pegi, kadang-kadang fikir benda mcm tu pun tak sempat sebab terlalu sibuk nak mengurus masa dengan program-program. Ingat satu je, setiap apa yg kita buat akan ditanya. Dan kita beruntung sbb kita dah ada jawapannya..’

 

Aku meluru masuk ke dewan Tok Guru. Sejuk membahang sehingga ke tulang sum sum. Aku memilih tempat di kerusi paling belakang dan tanpa melenghkan masa aku rebahkan punggungku di atas kerusi.

 

Sesi dimulakan. Aku mendengar dengan tekun. Sekali sekala fokusku terbang kelaut. Kadang-kadang ia berpaut. ‘Ahh, mengantuk pulak!’, menolog bisu aku sambil mata keduanya digenyehtonyeh.

 

Selesai pembukaan oleh perasmi, dijemput pula Kak Su diberi nama. Tubuhnya kecik molek. Mukanya putih bersih. Di lantun pula suaranya lembut yang penuh semangat bahkan menyengat. Aku yang dari tadi menahan keras dari tersengguk jadi segar bugar.

 

Kak Su, suatu sosok yang asing oleh orang-orang kebanyakkan. Dia tidak mabuk kemayshuran sebagaimana kini orang-orang muda cuba lakukan. Kisahnya, pengorbanannya, penat jerihnya dalam perjuangan selama 28 tahun hanya dipendam tanpa ada orang yang tahu. Kalau ada pun, mereka yang rapat dengannya.

 

‘Kalau kita tengok peristiwa bah besar baru-baru ni, lahir ramai unsung-unsung hero untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir. Pahadal kalau ikutkan baru sekali sahaja untuk penggal yang lama berlaku bah yang teruk. Inikan pula dalam perjuangan kita yang telah menjejak hampir seabad…’, 

 

Kak Lah memberikan pengertian yang menusuk sewaktu di ajak memberi ucapan perasmian.

 

****

 

Dengan tenang, Kak Su menceritakan sedikit sebanyak pengalaman jatuhbangunnya sebagai aktivitis dakwah yang aktif. Seorang pendidik milik penuh Kementerian Pengajian, seorang ibu kepada sembilan orang anak dan seorang pendakwah milik ummah.

 

Selama 28 tahun kisahnya, selain ujian kepada masyarakat yang bertubi-tubi yang Allah kirim kepadanya, dia juga tak terlepas dengan ujian peribadi yang membuat kakinya masih berdiri ‘kukuh’ di medan perjuangan.

 

‘Kak Su beruntung kerana di kurniakan arwah suami yang memahami…’, matanya memerah dan berkaca-kaca. Disekanya perlahan tanpa siapa pun perasan jernih embun itu di alirkan hasil daripada hati yang sedang sebak. Dia menyambung dengan nada yang halus dan senyuman yang tulus, ‘Pernah suatu ketika Kak Su bermesyuarat sampai pukul 1 pagi lewatnya. Dia (arwah suami) sanggup tunggu di dalam kereta sampai Kak Su habis mesyuarat. Dia tak pernah merungut, tak pernah mengungkit apatah lagi bising dengan pergerakan Kak Su yang sangat aktif.’

 

‘Sebab itu penting..’, Kak Su menyebut dengan nada serius, ‘Mencari pasangan yang faham tentang perjuangan. Bilamana kita meluangkan masa lebih pada perjuangan dakwah, dia tidak berkira malah menyokong akan keterlibatan kita..’

 

Aku yang berada di kerusi belakang menunduk malu. Entah kenapa bila soal pasangan saja, segansilu terjah menikam sukma. ‘Ceit, benci betul perasaan ni!’

 

Kak Su juga memesan, ‘Terlibat dalam perjuangan ni, prestasi ditempat kerja wajib jaga.’ Manakan tidak, dia diam-diam sibuk dalam perjuangan masih mampu dinobat sebagai pekerja cemerlang di sekolahnya. ‘Sampai ada perintah dari Kementerian untuk ditukar pun, Guru Besar menahan kelulusan pertukaran Kak Su gara-gara tiada yang boleh menggantikan tempat Kak Su..’

 

Pembuktian apa lagi yang cuba dia pamerkan kepada orang disekililingnya. Sudah lah dirinya begitu aktif dalam gerak kerja dakwah, bahkan selalu mengekalkan kecemerlangan di tempat kerja!

 

Aku membetulkan posisi aku. Lenguh pula duduk lama-lama begini.

 

‘Anak-anak kita sebenarnya bukan penghalang bahkan ia adalah amanah!’, sekali lagi Kak Su bangkit memberi pesan. ‘Sekiranya kita menjadikan anak-anak kita beban kepada kita untuk bergerak aktif dalam gerak kerja, Allah akan menjadikan kita semakin dibebani oleh masalah-masalah anak-anak..’, kali ini air mukanya memerah. ‘Kak Su pernah mengalami perkara sebegitu. Bilamana kita tersedar akan kesalahan kita, terus Kak Su mengubah.’ Lantas diberi satu ayat yang hampir meluruhkan jiwaraga yang mendengarkannya.

 

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. [18:46]

 

Aku berpaling ke kiri dan ke kanan sambil melihat reaksi mereka yang sudah punyai anak-anak kecil  yang sedang dalam dukungan masing-masing. Mereka tenang mendengar nasihat keramat. Anak-anak pula seakan mengerti, diam seribu bahasa. (Yalah, sebab depa tu tidur. )

 

***

 

Soalan itu selesai disoal. Aku terpinga seketikanya. Sungguh tidak menyangka, tenang air muka yang ditunjukkan ternyata menyimpan seribu satu rahsia hati yang sengaja dirahsiakan kepada pengetahuan umum.

 

‘Oh tentang itu. Tiada siapa yang tahu, kalau yang tahu pun kenalan yang rapat-rapat..’, Kak Su memulakan jawapannya. ‘Ya, Kak Su di takdirkan untuk bermadu.’, senyumnya manis dilirikkan, mungkin saja dia mencuba keras menyorokkan ‘kesakitan’ takdir yang harus ditelan.

 

Kak Su menyambung setelah berfikir sedikit lama menyambung cerita, ‘Masa mula-mula arwah suami Kak Su meminta izin untuk berkahwin lagi, Kak Su mendiamkan diri. Kak Su melakukan solat dan berdoa sekiranya sudah tertulis di Luh Mahfuz Kak Su akan bermadu, biarlah Allah buang segala keresahan dan keserabutan di kepala Kak Su…’ 

 

Aku menelan air liur. Seram sejuk pula tetiba mendengar jawapan yang tenang bersahaja tanpa menyoal atau menyalahkan takdir.

 

‘Kak Su fikir kalau lah poligami ini tidak bagus, kenapa sampai ada tertulis kalimah membenarkan dari Allah S.W.T kepada semua lelaki. Kan?’, Kak Su membalas soal balik kepada kami.

 

Aku senyum-senyum sinis. Mereka di sekeliling aku pun sama. Sehingga aku tidak tahu senyuman aku itu sinis kerana apa?

 

Kak Su menyambung lagi jawapannya, ‘Bila Kak Su fikir sedalam-dalamya,Kak Su membuat pelbagai kemungkinan yang positif. Madu Kak Su tu orangnya susah. Bila ditanya arwah suami kenapa mahu berkahwin lagi, katanya mahu menolong madu Kak Su tu. Jadi begitulah, Kak Su membenarkan suami Kak Su menikah lagi…’

 

Kami mengangguk-angguk tanda terkesima lantas kagum dengan pendirian Kak Su. Sebegitu yakinnya dia dengan takdir yang ditulis untuknya.

 

‘Satu lagi Kak Su di uji.’, rupanya ceritanya belum tamat. ‘Kak Su di uji dengan kematian anak Kak Su yang paling Kak Su sayang.’, ceritanya dengan nada penuh kesungguhan yang diselangi syahdu yang berat.

 

‘Biasalah, Allah akan ambil orang yang kita sayang, sebab Allah lebih sayangkan mereka.’, bersahaja Kak Su menutup bicaranya.

 

***

 

Seusai majlis, aku melangkah gagah dengan suatu semangat baharu. Bila kes cuti semester yang meleret sebulan lamanya, hampir luruh satu persatu niat yang dulu berkobar-kobar dek waktu lapang yang seram mengusik jiwa.

 

 

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

[2: 214]

 

Ayat yang dibaca oleh Kak Su dalam selingan dia bercerita tadi terngiang-ngiang di cuping telingaku apabila mengenangkan kewangan ku yang kian meruncing untuk semester yang mendatang.

 

‘Ahh, kewangan je pun.’, aku menasihati diri sendiri. ‘Belum lagi ujian berat sebagaimana Kak Su dan unsung-unsung hero yang lain.’, monolog diam sambil kakiku melangkah masuk dalam Kenari kelabu.

 

Enjin di start.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s