apa yang best?


Bismillah.

Apa yang best apabila melibatkan diri dengan persatuan, lebih-lebih lagi persatuan islam dalam masa yang sama perlu memenuhi rutin sebagai seorang pelajar?

Nikmatnya menangis bila mana kita sudah kehabisan ikhtiar bila dapat tahu kita tak sempat nak baca kesemua tajuk masuk test.

Nikmatnya menangis bila mana kita tahu kita tidak mampu menguruskan masa mengikut kehendak kita. Jadi kesat air mata, pejam dan terus menjalani ikut urutan masa yang di kehendakiNya.

Nikmatnya menangis bila mana kita terpaksa korbankan kehendak kita demi untuk manusia lain.

 

_________

Berkata Ustaz Nouman Ali Khan, apa sebenarnya maksud taqwa (secara praktikal) dan kaitannya dengan bulan Ramadhan?

 

‘Taqwa is to seek protection from Allah and to protect yourself in the day of judgement..’ 

‘When we are fasting, our body get weaker and our heart get stronger…’

‘You train your heart to control your body– I get to fight with everything right now (my throat, my mouth, my stomach, my eyes)…’

‘..where is the Taqwa placed? –in our heart.’

 

‘Ramadhan is the month of training our heart..’

 

Ada dua orang pelatih tentera. Dalam satu latihan, mereka berdua perlu memanjat satu dinding yang tinggi untuk sampai ke destinasi akhir. Seorang berlari dan memanjatnya dengan bersungguh-sungguh. Seorang lagi tidak melakukan demikian tetapi berlari melalui dicelah-celah dinding tersebut.

 

Keduanya sampai ke destinasi akhir.

 

‘…but think in the real battles, which one can endure and success?’

 

‘..same goes with fasting. Everybody are fasting but not all can control their eyes, their mouth, their throat and everything. And guess who are the one can success when facing the real live after this month (fasting month)..?’

 

_______

 

Aku cuba mahu kaitkan perkataan ‘training’ untuk keduanya. Dan aku juga mahu selitkan mengenai satu perkara lagi iaitu tarbiah dzatiyah.

 

Tarbiah Dzatiyah la satu hari nanti akan membezakan kita menjadi orang yang beralasan dengan tugasan dakwah atau tidak. Yang menyaksikan Asiah, isteri Firaun tetap beriman dalam kancah masyarakat yang kufur kepada Tuhan. Dan memperlihatkan juga isteri Nabi Luth yang tetap tidak beriman walau bersuamikan seorang nabi.

 

Meniupkan semangat kencang tentang dakwah tanpa di dasari ilmu dan kekuatan spritual takkan kemana. Bahkan ia bakal bermusim. Tampil berani dalam satu-satu isu atau perkara yang menyentuh sensitiviti umat tapi membisu setelah rehat cuti semester yang panjang. Ironi.

 

Belum masuk ke medan sebenar. Ketika segala perkara mahu dilihat dalam kacamata persepsi politik. Punah jadinya.

 

K.

 

‘Tak perlu cakap apa-apa sekiranya kita belum membuktikan apa-apa..’

 

#Pray4dirisendiri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s