jahit


Bismillah.

 

20 Jun 2015 | 3 Ramadhan

Sudah berminggu-minggu jemari ini gagal menari-kan diri sendiri di atas papan kekunci. Membisu seketika diblog. Idea-idea untuk menulis banyak menjuih seketika mana aku menjelmakan diri di alam maya. Sehingga banyak sekali idea itu tumpah di situ.

 

Beza bila idea banyak tumpah di situ adalah bilamana rasa sunyi dan harus bersendiri, aku perlu men-scroll kembali tulisan yang di tulis seketika mana ruh ku tegak berdiri dengan bersemangat berkobar-kobar. Namun sayang sekali, kemalasan banyak menewaskan aku, lalu membuat sendirian aku bakal berlama-lama.

 

‘Aku daie di jalan Allah dan aku adalah seorang doktor.’

 

Getaran itu dirasai bilamana ucapan langsung dari mulut seseorang yang benar-benar berintima’kan diri dengan gerak kerja dakwah. Laungan prinsip yang meletakkan dakwah ditempat teratas berbanding segala-galanya.

Siulan itu kembali menjengah di saat diri aku berasa tersempit antara dua pilihan keutamaan– dakwah dan akademik.

Di waktu ketika masa yang sepatutnya diluangkan untuk belajar (kalau belajarlah), kita terpaksa korbankan masa menggerak program-program kesedaran fikrah-fikrah Islam, menyebarkan dakwah dan asas-asas islam kepada masyarakat kampus yang sedang dibius jahiliyah moden. Sehingga cukuplah tangisan satu jam sebelum setiap kali ujian kedengaran di dalam hati kerana ketidaksempatan untuk menjawab sebaiknya. .

 

Aku menutup telinga dan memejamkan mata. Biarlah rasa ini, tekanan ini menjadi satu praktis aku untuk ke lapangan sebenar nanti. Menjadi orang yang beralasan tak pernah sudah. Bila zaman belajar, akademik menjadi alasan. Bila zaman kerjaya, kerjaya pula menjadi alasan.

 

Malu rasanya dengan suatu ungkapan daripada KH Rahmat Abdullah,

‘Seonggok kemanusiaan terkapar. Siapa yang mengaku bertanggungjawab? Tak satu pun . Bila semua pihak menghindar, biarlah saya menanggungnya, semua atau sebahagiannya. Saya harus mengambil tanggungjawab ini, dengan kesedihan yang sungguh, seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air peradaban moden…’

 

Ungkapan di buat sejurus melihat kehidupan masyarakat indonesia yang terumbang-ambing dengan arus kemodenan plastik namun kosong ruhiyyahnya. Saat lelaki dan perempuan sudah tiada batas, agama di gelar candu dan agamawan diperlekeh.

 

KIta dijajah terlalu lama. Lamanya sehingga merasuki 9 abad. Sudah hilang nilai-nilai islam yang dahulunya Kepulauan ini menjadi satu kebanggaan silam.

 

Bagaimana jika mahu hidup selamanya? Jawapannya dengan bergerak. Bergerak untuk gerakkan islam lalu kita mati kerana menggerakkannya.

 

‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.’ (3 : 170)

 

Petikan daripada buku Warisan Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah.

 

Ah, kalau hidup hanya sekadar mahu penuhi apa yang kita mahukan, tidak perlulah di bina syurga. Kerna Syurga itu dibina hanya eksklusif untuk setiap makhluk Tuhan yang benar-benar penuhi apa yang Dia mahukan.

 

‘Dan akhirnya semua orang akan menuju Allah setelah matinya. Namun, berbahagialah orang yang telah menuju Allah sejak masih dalam hidupnya.’

-Sayyid Qutb, Ma’alim fith Thariq-

 

Jalan terus. Don’t belok-belok. :’)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s