selagi itu


Bismillah.   11265303_10203342713283408_335395873838482541_n

‘Selagi mana kamu tak ubah persepsi terhadap kepentingan akademik kamu, selagi itu kamu akan berada di takuk begini!’

Flashback memori lama terhadap kata-kata Mama kepada aku suatu ketika dahulu. Sewaktu ketikanya aku mempunyai hati yang kering dan darjah kedunguan yang tinggi.

Aku yakin berkat titipan doa Mama setiap pagi,petang dan malam untuk melihat setiap anak-anaknya berjaya perlahan-lahan dikabul oleh Tuhan.

Kita punyai pilihan untuk berkata ‘pointer is not everything’. Dalam pada masa yang sama kita harus mengambil kira setiap impian dan harapan yang diletak dibahu kita oleh ibubapa kita.

Kita juga punyai pilihan untuk memberontak dan mengatakan pointer bukan menandakan aras kecerdikan. Dalam pada masa yang sama kita harus mengambil kira setiap titipan doa yang sentiasa dipanjatkan setiap hari oleh ibubapa kita (tanpa pengetahuan kita) untuk melihat kita menjadi orang yang berjaya.

Ya kita punyai pilihan untuk menafikan kecemerlangan akademik masih bukan menentukan kita orang berjaya. Dalam pada masa yang sama kita harus mengerti definisi itulah yang sering berlegar-legar di minda ibubapa kita. .

‘Redha Allah terletak pada redha ibubapa kita..’ 

Maka sekadar pesan, tak salah kalau kita memenuhi segala harapan ibubapa kita. :’)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s