hidup cuti?


Bismillah.

‘…sedang memintal angan-angan. Moga-moga tidak kecundang sebelum sampai ke garisan penamat..’

Cuti yang menghidupkan.

Aku membuahkan persepsi yang sedemikian agar kehidupan masa cuti yang berbaki lebih kurang sebulan lebih ter-arah. Ya, aku percaya segala-galanya bermula pada persepsi. Langsung ia terkait pada imaginasi separa sedar.

Menghidupkan hari-hari yang berlalu, semasa dan akan datang memerlukan benar-benar kesabaran yang komited dan jiwa yang bersungguh-sungguh. Ahh, tahu sajalah katil yang empuk sedang melambai-lambai lembut!

Aku memintal angan-angan kalau-kalau boleh sahaja aku habiskan beberapa buah buku sebelum menjejak semula kaki ke kampus. Dan juga menjalani beberapa siri misi sukarelawan. Dan misi menjadi anak yang solehah di rumah. Dan pelbagai misi lagi yang aku segan nak tulisnya di sini.

Semuanya itu aku simpulkan dalam satu perkataan yakni HIDUP. Menghidupkan jiwa di saat ‘rehat’ yang panjang setelah ‘kencang’ berlari sebelumnya.

Futur..’ — Menggusarkan benar kalimah ini.

Korban dan Sumbangan.

Apa beza antara berkorban untuk islam dan menyumbang untuk islam?‘, Ustaz mematikan persoalan yang menjentik gumpalan neuron ke semua audience. 

Lalu Ustaz menyambung terus seketika melihat kesemua dari kami hanya terlopong mencari-cari jawapan, ‘Sumbangan misalnya kamu punyai wang bernilai not 10 ringgit. Kamu menyumbang 5 ringgit dan selebihnya untuk memenuhi keperluan kamu yang lain…’

Serentak menyalin jawapan. Sementara yang lain menulis, aku terlihat wajah ustaz terbuncah senyuman sinis di bibir. Aku tidak tahu apa maknanya. Mungkin saja itu gaya senyuman ustaz.

‘Berkorban pula..’ kembali ustaz menyambung, ‘kita ambil misal yang sama. Kamu punyai not 10 ringgit. Dan kamu korbankan not 10 ringgit tadi kepada islam membuatkan seharian pada hari itu kamu terpaksa berlapar..’ 

Definisi yang jelas dari ustaz tentang berkorban dan sumbangan. Lantas aku langsung berfikir, sejauh mana aku dapat berkorban untuk islam dalam pada aku sedang bercuti?

.

.

.

Apabila ter-korbannya rasa malas. :’)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s