pasca pekse


Bismillah

Menerjah kebosanaan dengan melukis cerita di blog. Sesiapa yang menyinggah secara tidak sengaja di tapak maya ni, aku menyusun soploh jari pohon kemaafaan. Tiada yang dapat aku berikan selain cerita jatuh bangun aku sendiri.

Aku teringat saja pada kaedah teori Social Cognitive Theory yang timbul selepas Maslow theory di perkenalkan untuk menyangkal dakwaan bahawasanya manusia itu berguna kerana usaha dirinya sendiri. Dalam erti kata, dia menjadi seperti ‘sekian-sekian’ kerana pandai mengukur kesilapan pada badan sendiri dengan jayanya.

Padahal tidak. Banyak keadaan manusia itu lebih suka mengambil dan meniru apa yang dia tengok dan lihat. Aku ambil kisah tauladan yang paling biasa kita dengar iaitu kisah anak nabi Adam bernama Qabil yang ingin mengkebumikan Habil tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Maka Allah mengilhamkannya cara untuk mengkembumikan jenazah saudaranya itu tadi dengan melihat seekor burung gagak menanam seekor gagak yang lain.

‘Modelling’ adalah komponen utama dalam Social Cognitive theory iaitu satu proses pembelajaran yang menggunakan kaedah melihat kehidupan lantas di interpretasi dalam kehidupan kita.

Menyeru Allah dalam kalamNya :

A036

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

(An Nahl :  36)

Maka setiap sisi kehidupan kita ada istimewanya untuk manusia lain. Jadi, aku ceritakan ia di sini. :’)

P/S : Pasca peperiksaan begini tidak pula aku sangka berjaya mengingati teori-teori yang aku pulun hampir seminggu. Wahahaha. 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s