Lagha


Bismillah.

image

Membebelnya sesetengah daripada kita tentang isu KPOP & beberapa gadis Melayu Islam berpeluk cium itu signifikan kepada masyarakat kita masih lagi punya sensitiviti terhadap nilai-nilai agama.

Aku rasakan kita sudah seakan kebal dengan kemaksiatan yang berlaku apabila sebelum isu ini berdendang,  Ifa Raziah terdahulu memeluk Hisyam di atas pentas #Avaganza (lupa dah exact nama untuk realiti show tu). Sedikit pula diviralkan.

Aku yakin mereka yang ditegur secara langsung mahupun tidak langsung mempunyai hati yang lembut untuk menerimanya. :’)

Aku kongsi di sini beberapa petikan dari ulama tersohor dunia islam kontemporari hari ini memgenai pandangan islam dan hiburan.

Dr Yusof AlQaradhawi ada menjawab dalam buku tulisan beliau, Fiqh Hiburan dan Rekreasi ketika diajukan pertanyaan kepadanya yang berbentuk,

‘Adakah umat islam harus ketawa, melakukan lawak jenaka dan bersuka ria sama ada melalui perkataan ataupun perbuatan sehingga membuatkan orang lain ketawa?’

Maka beliau menjawab, ‘Ketawa adalah antara keistimewaan manusia. Haiwan-haiwan tidak boleh ketawa kerana ia hasil suatu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap suatu ucapan yang didengarinya ataupun kejadian yang disaksikan. Rentetan inilah yg menghasilkan ketawa. Oleh itu, dikatakan manusia adalah haiwan yang ketawa. Benarlah ungkapan yang mengatakan, saya ketawa justeru saya adalah manusia..’

Tambahnya lagi, ‘Hiburan adalah penenang jiwa dan meringankan bebanan fikiran. Hati akan mati sekiranya dipaksa..’

Di muka surat yang lain, beliau menyambung, ‘Hiburan itu adalah ubat kepada penyakit letih. Para nabi sahaja yang mampu bersabar menghadapi kesusahan yang berpanjangan. Justeru kita sebagai insan biasa, pastilah hiburan itu diharuskan dgn syarat ia tidak berlebihan sepertimana kita tidak dibenarkan ambil berlebihan dalam pengambilan ubat..’

-petikan daripada Fiqh Hiburan dan Rekreasi, Dr Yusof AlQaradhawi-

Dalam erti kata lain, mengambil hiburan pada kadarnya. Dalam perbahasan yang lain, hiburan dianalogikan seperti menabur secubit garam secukup rasa pada makanan. Terlebih garam akan memasinkan hidangan, terkurang pula pun akan merosakkan rasa makanan.

Cukup untuk hilangkan kelaparan..’ begitulah rata-rata jawapan yang diterima oleh setiap mangsa musibah banjir besar yang berlaku tidak sampai sebulan sebelum isu KPOP ini dihangatkan.

Di saat ketika bantuan makanan lambat tiba dan terhad, maka makanan pada waktu itu di agih hanyalah prasyarat untuk menghilangkan kelaparan bukan untuk mengenyangkan mereka

Seperti itu juga dengan hiburan. Ia di ambil cukup-cukup untuk menghiburkan hati di saat kepenatan melakukan apa-apa tugasan. Jauh sekali untuk melalaikan ia.. :’)

-srikandiunik- ♥

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s