Memerhati


Bismillah.

image

‘Kamu rasa masyarakat kampus kita di paras yang bagaimana? Akak berikan tiga keadaan sama ada baik, biasa atau perlu kepada pengislahan atau rawatan islam (dari sudut spritual)’

Aku menongkah pertanyaan. Kelihatan wajah-wajah yang berkerut yang sedang cuba mengingati sesuatu.

‘Biasa.’

‘Biasa jugak.’

‘Sama macam dia, biasa.’

‘Saya kurang perhatikan orang jadi saya tak tahu. Biasa kot.’

‘Biasa.’

Lapan daripada mereka semuanya memberikan jawapan yang sama iaitu biasa-biasa sahaja.

Aku mengangguk tanda faham apa yang mereka cuba sampaikan.

‘Baiklah. Task korang senang sahaja untuk osem buddy next week iaitu korang ditugaskan memerhatikan keadaan masyarakat kampus kita. Perhatikan saja. Tak perlu berbuat apa-apa.Yang keduanya, cari kawan yang berbeza latarbelakangnya daripada kamu. Minggu depan kita kongsi berbeza tak dengan first impression kamu dengan pemerhatian kamu nanti.’

Ringkas aku terangkan memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Tinggal lagi 5 minit sebelum waktu azan Maghrib berkumandang.

Hari itu osem buddy di tangguhkan dengan kafaratul majlis dan surah Al Asr seperti hari-hari yang biasa dilalui.

MEMERHATI

Memerhati kadangkala suatu perkara yang kita terlepas pandang. Memerhati di sini bukan lah bermaksud mencari-cari kesalahan orang lain tetapi yang aku maksudkan memerhati untuk mengubah.

Bagaimana kita mahu mengubah sesuatu tanpa kita benar-benar memerhati apa sebenarnya yang berlaku.

Contohnya kita tahu kita selalu gagal dalam satu subjek ini. Tanpa memerhatikan betul-betul kesilapan yang kita lakukan, macam mana kita nak memperbaiki prestasi kita sedang kita langsung tidak tahu kesalahan yang sebenarnya dimana.

Adolf Hitler,  sebelum beliau mengubah German perkara pertama yang beliau lakukan adalah memerhatikan masyarakat di sekeliling nya.

Iman Hassan Al Banna, sebelum membentuk Ikhwanul Muslimin, perkara pertama yang beliau lakukan adalah juga dengan memerhatikan masyarakat Mesir ketika itu.

Memerhati di sini dalam konteks keluar dari sudut pandang yang hanya memandang kepentingan diri kepada menoleh lihat kehidupan orang ramai.

‘Kemusnahan berlaku bukan semata kerana banyaknya kejahatan berpeleseran tetapi juga kerana orang yang baik tidak melakukan apa-apa.’

Kata-kata yang sangat popular dan bermakna untuk dipegang.

Selalu apabila di tanya kenapa mahu menyertai Osem Buddy (usrah), jawapan yang biasa di berikan adalah untuk perbaiki diri sendiri. Tak salah malah ia jauh lebih baik. 🙂

Makanya disini aku memesan kepada mereka, aku dan juga kita–seperkara lagi yang harus di tokok tambah dalam lintasan hati (niat) kita adalah untuk perbaiki diri sendiri untuk kita gunakannya untuk mengubah masyarakat.

Letakkan matlamat yang lebih jauh untuk di capai dalam rangka masa yang panjang. Bukan sahaja untuk memperbaiki diri kita malah memperbaiki masyarakat bahkan suatu hari nanti kita mampu membina sebuah negara dengan hanya bermula daripada sekecil bulatan Osem buddy kita. Ia lebih dilihat berbaloi dan manfaatnya menyentuh setiap lapisan.

Sambil memberikan task kepada mereka, aku sempat pesan satu pesanan yang sering dipesan oleh seseorang kepada aku :

Manusia ini dibentuk oleh dua perkara yang mengikat persepsi mereka sama ada ia dilahirkan secara semulajadi untuk bersifat seperti itu atau ia dipengaruhi oleh persekitaran di sekelilingnya untuk dia berperwatakan begitu.’

Makanya memerhati jangan sampai kita menghukum. :’)

Baiklah.

Tinggal lagi beberapa hari untuk mereka langsaikan hutang mereka. Korang pun boleh cuba. Hanya memerhati tanpa perlu buat apa-apa.

Memerhati yang nanti membuahkan suatu aksi. Tunggu.

Itu sahaja. 🙂

K. Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s