GY


Bismillah.

image

Antara ciri generasi Y adalah family oriented atau maksud lain mereka sangat mementingkan kekeluargaan lebih dari segala-galanya.

Aku kira bukan aku sahaja yang melekatkan gambar sekeluarga bertempel di dinding seperti ini. Bahkan aku pasti kebanyakkannya dari kita akan melakukan perkara yang sama.

Kalau bukan tempelan dinding, mungkin sahaja di background screen laptop atau tablet atau telefon bimbit.

Mengapa begini?

Kerana rata-rata daripada kita dibesarkan dengan ibubapa yang keduanya bekerja. Jadi, terkurang kasih sayang itu perkara biasa.

Sudah lima minggu semester pengajian sesi kali ini. Setiap kali fokus dan konsentrasi terganggu dengan jiwa yang selalu caca merba, aku selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di bahu aku ini tergalas sebuah harapan. Harapan yang jikalau ia berkecai, akan membawa penyesalan seumur hidup.

Jalan masih panjang. Sedang ‘permukaannya’ pula berliku-liku. Kadangkala aku terumbang-ambing mengikut arus ombak, kadangkala aku berlekuk-lekak dek terseret mengena benjolan ‘batu-batu’ tajam.

Hidup ini pun satu anugerah.

Lebih-lebih kita yang masih dikurniakan akal.

:’)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s