Qurban


Bismillah.

image

Salam. Qurban rm300 di kemboja. Harap dapat bank in ke akaun bank islam mama 0*********** pada @ sebelum 25.9.2014. Qurban adalah kenderaan di akhirat. Sunat yg di beratkan.

Awal-awal lagi sebelum berangkat ke kampus, aku dan adik-adik di pesan oleh mama supaya spend sedikit duit pinjaman atau biasiswa masing-masing untuk korban haji ni.

Memandangkan aku hanya lah peminjam PTPTN kan hado, tiadalah banyak yang akan aku perolehi melainkan cukup-cukup untuk satu penggal. Tolak segala keperluan lain, berapa saja yang tinggal.

Namun kerana tekad di dada (ecece), aku bahagikan saja mana yang ada. Tahu sajalah aku ni kalau masuk bab duit dan kira-kira terus panik dan pening.

Financial planning aku harus mula dari sekarang. Takkan semuanya nak bergantung dengan mama. Aku dah separa dewasa. Aku perlu mahir apa itu beza kehendak dan keperluan secara amali bukan lagi sekadar teori. #nampaktakberkobarkobartu

Aku kagum dengan teman-teman se-PTPTN yang begitu bagus financial planning skill mereka. Bila-bila masa sahaja boleh berjimba malah masih boleh lakukan simpanan di akhir sem.

Bukan itu sahaja, bershopping dan berdating semuanya lah!

Hairan aku dengan kebolehan mereka. Sedang jika dikira-kira, terlalu banyak keperluan yang harus dititikberatkan dan kehendak biasanya terpaksa di tangguhkan untuk di miliki.

Amazing~~

Nasihat aku, dengan duit yang ada (baca : sikit celeh) ini marilah sama-sama kita didik diri salur kepada perkara-perkara berfaedah untuk pahala agama. Kalau yang sedikit pun kita mampu nak bagi, bagaimana nanti kalau dah jadi jutawan.

*Aku tak kata bershopping atau berjimba tu tak berfaedah tau*

Syaitan menakut-nakutkan kita dengan kemiskinan. Tetapi Tuhan mengkehendaki kebaikan untuk kita. :’)

Nampaknya tiadalah momen-momen foto berjimba aku di awal sem untuk penggal ini.

Hmm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s