Tak minat (titik, koma)


Bismillah.

‘Jika anda masih belum gemar membaca, itu bermakna anda masih belum menjumpai buku yang sesuai.’ (Joanne K Rowling)

Sudah banyak statistik yang menunjukkan yang rakyat Malaysia hari ini kurang gemar membaca. Usahkan peringkat sekolah bahkan student universiti pun sementalah jua.

Kalau masing-masing nak tunding jari orang itu dan orang ini yang salah dan melepaskan segala pundak beban kepada orang lain sampai bila masalah ini tetap menjadi masalah.

Aku juga malas nak tunding jari kat sesiapa melainkan diri sendiri. Ya, memang aku kurang gemar membaca. Hari-hari cuti berlalu kebanyakkan peratus masa di habiskan dengan perkara yang BUKAN membaca–tak nak tulis buat perkara lagha. Itu judgemental.

Bila menyoal diri sendiri, mesti jawapan tipikal akan aku bagi– takde mood nak membaca (ataupun) entahlah nak baca buku apa.

Aku yakin jawapan tu bukan tipikal untuk aku sorang bahkan semua orang. Kerana sebab takde mood nak mula (ditambah) dengan tidak tahu pembacaan manakah yang harus kita baca maka kita langsung tak membaca.

Aku tahu semua dari kita terlalu arif tentang kebaikan membaca. Jadi aku tidak berhasrat untuk tulis di sini.

 

Tentang mood

Kata seorang kawan — ‘Bacalah buku sehingga datang minat untuk membaca.’

Cadangan yang sangat kontradik. Faham sajalah, dah kata takde mood, jeling pun takkan.

Walaubagaimanapun aku setuju. Pupuk minat melalui jalan paksa itu lebih baik dari langsung tak buat apa-apa.

 

Tentang bahan bacaan

 

Maka ingin aku cadangkan- -Baca sahaja buku yang kita minat untuk baca. Genre bagaimana terserah pada kita. Novel ke komik ke asalkan benda tu perlukan pembacaan.

Walaupun nanti orang yang anti-novel ke anti-komik kutuk buat je tak tahu. Bagi aku dalam novel ke komik masih ada nilai-nilai kehidupan yang di selit walau tidak sebanyak buku-buku akademik yang lain–yang penting positif. 😉

Aku sendiri lebih gemar membaca buku-buku bergenre saikologi. Tidak kiralah verse English atau alih bahasa Melayu. Jika tengok susunan himpunan buku-buku aku pun lebih dominan kepada buku-buku sebegitu.

Jadi aku lebih mengenali tokoh dunia saikologi seperti Dale Cernegie berbanding dunia politik atau ekonomi.

Itu pun masih menerima kritikan apabila dikata bahan bacaan aku ni tidak mencabar minda. Ramai juga yang suggest aku baca buku bergenre politik dan ekonomi.

Kerana aku tahu peseng aku orang yang bagaimana–kalau baca buku novel (yang bagi aku itu bahan bacaan terlalu light) aku akan tertidur tak sampai lima minit buku tu di buka.

Kalau baca buku yang bergenre berat apatah lagi–politik, falfasah (oh please, I don’t like it) bahkan ekonomi–alkisah 1001 malam belum habis lagi.

Maka nak senang, aku stick je dulu dengan satu genre yang aku betul-betul boleh hadam. By the way, untuk pembacaan bahan-bahan berat, aku tetap cuba untuk membaca. Alhamdulillah ada beberapa buku yang aku berjaya habiskan–but still  minat tu tak sama dengan buku-buku bergenre saikologi. 🙂

 

Cari dan selongkar

Pesan aku untuk korang, cari dan selongkarlah minat buku apa korang yang korang dominan nak baca.

Dan jadikan ia satu titik permulaan untuk korang mula jatuh cinta dengan membaca.

Baca apa yang di minati–> baca yang perlu diketahui

Selamat mencuba! ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s