Teman sebilik


Bismillah.

image

Lagi beberapa minggu semester baru nak buka. Alhamdulilah buat kali ketiga dalam semester Ijazah ni aku dapat kolej. Kolej buat seketika ini susah nak dapat since ada transfer students dari Shah Alam ke Puncak Alam.

Banyak benefit bila dapat kolej terutamanya dari segi jimat duit dan kemudahan-kemudahan fasiliti yang lengkap.

Bila duk kolej, perkara yang paling aku amik kisah adalah teman sebilik. Kerana teman sebilik lah perihal faktor utama menjadi satu titik penting untuk hidup ‘selesa’ sepanjang semester.

Selama 4 tahun di kampus yang sama, alhamdulilah aku dapat duduk sebumbung dengan teman sebilik yang sangat supportive dan dapat bertolak ansur dengan aku.

Dan selama itu juga, aku sedar yang aku telah membentuk satu persepsi mengenai teman sebilik ni–di sebabkan persepsi itu, aku menjadi manusia yang terlalu berkira.

Berkira di sini bukan memilih mahu yang itu atau yang ini. Cuma ia lebih kepada ‘kalau boleh nak yang begini’. Ya, perkataan ‘kalau’ sengaja aku letak untuk mengelakkan aku membentuk satu lagi persepsi yang mungkin cenderung kepada stereotaip.

Teman sebilik yang ‘kalau boleh’ aku maksudkan ialah sebolehnya mereka yang berlainan kos atau berlainan persatuan dengan aku. Erti kata lain, mereka yang dari dunia yang berbeza dengan aku.

Pro’s nya aku dapat belajar banyak perkara yang lain daripada aku dapat selama ini. Dan juga aku dapat faham dunia lain selain dunia aku.

Ya, kedua-kedua ni penting untuk mengelakkan aku missjudgement satu-satu kumpulan dan memberi aku pandangan yang baru dengan cara lihat yang baru menggunakan sudut sisi pandang yg berbeza.

Walaubagaimanapun, aku tetap percaya kesemuanya tetap ada kelebihan dan kekurangan. Sebab itu dari awal-awal aku letak ‘kalau boleh’– Enggan melepas pandang kelebihan yang lain. šŸ™‚

Ke mana pun kita pergi, selalunya teman yang paling perlu kita kisah ialah siapa pasangan kita — travel, live, love and whatsoever dan jiran-jiran kita.

Kerana merekalah antara sang  penentu hidup kita–selesa atau tidak.

Its just my two cents. ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s