susun buku


Bismillah.

 

Cerita semalam,

aku menyusun buku-buku di perpustakaan mini rumah ku.

Sambil susun sambil membelek buku-buku yang aku terpikat. Terbelek front page depan buku, tampak tertulis tulisan cop yang tertera nama si pemilik buku.

 

Tetiba rindu.

Sambil rindu, sambil susun.

Sedang aku susun buku, baru aku perasan para-para teratas almari tu dah hampir roboh. Aku cuak takut nanti habis usaha aku sia-sia–sudah beberapa buah aku gigih susun ikut ketinggian inci.

 

Kononnya memahami aturan teori fizik, maka aku tukar plan susun gaya lain.  Dan aku sambung susun. Peluh di dahi aku seka–Itu petanda bahawasanya aku bekerja keras.

 

Siap susun, aku kutip buku-buku yang aku terpikat tadi susun di tepi sikit. Yang tu aku mahu letak di perpustakaan extra mini di ruang meja aku.

 

Semua buku tu berusia antara tujuh puluh hingga sembilan puluhan.  Sudah lama ia tidak di sentuh. Mujurlah anai-anai tidak berminat dengan buku-buku tu sebagaimana aku terpikat.

 

Cuti semester panjang tinggal lagi sebulan. Aku harap dapat habiskan bacaan buku-buku tu sebelum bukak cuti.  Doakan aku tak terlalu malas. 1 m/s sehari pun jadilah– wahaha

 

Oh ya.

Lupa nak bitau nama pemilik buku yang tertera di front page buku-buku tu–

 

Juhari bin Mohd Noor, Inspektor Kesihatan.

 

Al Fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s