sudah lama


Bismillah.

 

Sudah lama blog ini di biarkan sunyi.

Tanpa jiwa.

Tanpa idea.

Maka jadilah ia sekadar tatapan yang tak berharga.

 

Ruang waktu terhad ditambah idea yang tak kungjung tiba sehingga kontang rasa untuk menulis.

Aku sepatutnya konsisten.

Biarkan apa saja kata mereka.

 

‘Elakkan tulis perkara berkaitan perasaan. Tak elok.’ 

 

‘Cuba tulis perkara yang berkaitan dengan idealistik. Baru hidup karya tu.’ 

 

Maka dengan segala komentar di atas ini membuat aku membantutkan diri sendiri untuk menulis.

Bukan aku jenis yang sukar menerima kritikan

tapi aku tak reti bagaimana mahu biasakan diri dengan kritikan yang totali mahu aku berubah 360 darjah daripada menjadi diri aku.

 

Jadi aku hanya banyak menulis di tuiter.

Dan ada kala aku memilih untuk termenung, hanya menulis dalam angan-angan minda.

Efeknya kepada blog ini.

Yang sepatutnya terlukis segala gelak tawa tangis guling aku.

Taglinenya pun sudah di garispandu, bahasawanya aku menulis dengan sandaran–

 

BELAJAR DARI JATUH BANGUN HIDUP SENDIRI

 

Hari ini aku cuba lengkapkan separuh dimensi hidup aku yang dah lama aku tinggalkan.

Iaitu menulis.

Aku mahu menulis bebas apa saja.

Idea.

Jiwa.

Dan doakan aku, agar tulisan aku tidak lari dari konteks dakwah.

 

Kerana manusia ini berbeda kelompok.

Ada yang mampu menerima secara idealistik

Dan ada yang menerima secara berjiwalistik.

 

Heh.

 

Justeru itu.

aku menulis apa yang aku tahu.

Eh bukan.

Bukan macam tu. Silap.

Dakwah bukan berkonteks begitu.

 

Tapi begini..

Aku akan tulis–

Apa yang ummah patut tahu.

Dan apa yang ummah perlu tahu perkara yang mereka tak nak tahu. ”

 

Kerana dakwah ni, ada ketika orang suka, ada ketika orang benci.

Suka bila kemahuan di penuhi

Benci bila kemahuan menyimpang dari garis selari

 

Maka di sini aku harus mula–

 

iaitu makna syahadah yang sentiasa kita baharukan setiap kali solat.

 

_____

 

Harus ada beza antara

‘Tiada Tuhan melainkan Allah’

dan

‘Tuhan kami adalah Allah’.

 

Apa bezanya?

Bezanya antara penafian secara total dan tidak total.

 

Yang pertama itu –kita tolak bahawasanya tiada tuhan dibumi ini dengan mengambil hanya Allah sahajalah satu-satunya Tuhan.

Yang kedua itu–seolah masih samar-samar. kita katakan tuhan itu Allah tanpa menafikan adanya tuhan-tuhan yang lain.

 

Aku bukan sebagus pak ostad untuk menghuraikan secara detail

tetapi itu yang aku tahu dari mereka yang bergelar pak ostad.

Kadangkala kita bersyahadah tanpa mengerti maksudnya yang tersirat.

Maka  jadilah syahadah kita sekadar lafaz bukan lagi penyaksian.

 

Baiklah.

Itu sahaja penulisan aku malam ini.

Moga moga bersambung lagi.

 

Paling tidak pun

aku akan sambung di tuiter milik akaun aku. :’)

 

Andai salah, betulkan aku.

Andai compeng, minta tampungkan untuk aku.

 

Terima kasih. Wassalam.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s