paling tidak.


Bismillah.

 

Dalam pada aku scroll down news feed FB mencari gosip-gosip terbaru..

 

Aku temui cerita gosip mengenai seseorang yang bernama Kassim Ahmad, seorang intelektual yang dikatakan banyak menyangkal ‘kehadiran’ hadis dalam sumber menetapkan hukum-hukum islam. Sedangkan jika dilihat pada akidah Sunnal Wal Jamaah, Hadis ialah salah satu sumber yang digunakan untuk menetapkan sesuatu hukum.

 

Sang Intelektual yang suatu ketika dulu pernah menjadi kontroversi kini kembali membuat suprise. Atas kehadiran yang tidak disangka-sangka itu, ramai di antara ilmuan tampil membidas pemikiran-pemikiran yang dibawa oleh beliau yang bersifat anti-hadis. Dan tak kurang yang juga ingin menganjurkan perdebatan ilmiah dengan beliau.

 

Dan aku scroll down lagi, maka aku temui..

 

Masalah kekurangan air di Selangor. Pencatuan air terpaksa dilakukan oleh pihak SYABAS bermula minggu ini dan dijangka berlarutan sehingga hujung Mac. Kekurangan itu disebabkan loji rawatan air yang sedikit dan tidak mampu untuk menampung unjuran penduduk Selangor yang kian bertambah.

 

Di tambah pula satu empangan Selangor telah pun dicemari dengan sisa-sisa bahan kimia membuatkan pihak berwajib terpaksa menahan empangan tersebut daripada di salurkan oleh penduduk.

 

Geleng kepala sekejap dan aku teruskan lagi menscroll down..

 

Temui pula isu yang masih lagi berlarutan sejak ia dilaksanakan dalam masa 3 tahun ini iaitu isu pelaksanaan sistem berasaskan sekolah (PBS). Ada segolongan para guru yang tampil membuat kenyataan dengan mengatakan pelaksanaan sistem PBS daripada pihak Kementerian Pendidikan tidak sistematik  malah mencadangkan pula agar di mansuhkan sahaja.

 

Kata mereka lagi bukan setakat para guru yang mengalami emosi yang tidak keruan (apabila terpaksa menumpukan kerja marking PBS yang bertimbun sehingga terabai kewajipan-kewajipan yang lain) malah para murid pun dilihat hilang sikap fokus terhadap pelajaran mereka.

 

 

Scroll terhenti.

 

Aku termenung.

 

Ada berapa banyak lagi isu-isu yang berlaku yang aku tak sempat nak ikuti. Ini baru isu sekitar dalam negara. Atau mungkin saja aku boleh katakan dari skala yang lagi kecil, hanya sekitar negeri dalam Malaysia.

 

Belum lagi aku google search isu-isu di luar negara. Isu umat islam di Rohingya, krisis pergolakan antara kristian dan islam di Afrika dan lain-lain lagi.

 

Sebelum tu.

 

Tulisan aku hari ini bukan lah ditujukan kepada mereka yang sudah biasa dengan diskusi-diskusi di luar. Malah bukan juga kepada mereka yang sudah pun mencapai level intelektual (atau mungkin ‘separa’ intelektual).

 

Ia ditujukan kepada aku sendiri. Spesis yang sedang ‘terumbang-ambing’ antara dimensi lagha dengan kenyataan real kehidupan, yang suka layan anime, sekali sekala tengok Running Men, peminat setia Lee Kwang Soo dan juga yang suka termenung  tanpa berbuat apa-apa.

 

Aku ulang, tulisan ini ditujukan untuk aku. Ya, untuk aku sendiri. :’)

 

____

 

Pascapeduli.

 

Ketiga-tiga isu di atas saja aku highlight kan.

 

Dan dalam ketiga-tiga isu di atas pula, aku lebih berminat untuk menfokuskan hanya satu isu iaitu isu Kassim Ahmad, sang intelektual kontroversi dengan pemikiran anti-hadisnya.

 

Baiklah.

 

Tidak pulalah aku nak membahaskan pemikiran beliau di sini sebab ia  bukanlah dari bidang aku. Lebih baik aku biarkan saja kepada mereka yang benar-benar arif mengenai hal ini untuk berkata panjang.

 

Aku hanya mahu tulis apa yang perlu kita lakukan dengan keterbatasan dan kecetekkan ilmu yang ada pada kita ini untuk merespon terhadap isu-isu yang menyentuh akidah kita seperti isu ini adalah dengan berusaha lebih giat lagi menambah ilmu-ilmu yang melibatkan fardhu ain.

 

Aku bagi contoh isu-isu yang mengancam akidah umat islam yang lain seperti isu murtad, isu syiah dan isu gelombang kristianisasi.

 

Setelah mengambil peduli isu-isu seperti ini, ramai yang merespon kesal, sedih dan marah malah tak kurang juga mengkeji mereka yang terjebak dan melibatkan diri dalam agenda ancaman ini.

 

Apa kata.

 

Sebelum menyalahkan mereka yang terlibat dan terjebak, paling tidak, tanyakan diri sendiri berapa banyak yang telah kita tahu mengenai islam itu sendiri.

 

Agak pelik bila kita salahkan syiah merosakkan akidah umat islam, dalam pada masa yang sama jika ditanya sifat 20 tauhid pun ada juga yang masih terngaga. Belum lagi ditanya berapa aliran dalam akidah Sunnah wal Jamaah.

 

Agak pelik jugak bila kita salahkan kristian menggerakkan dakyah kristinisasi sehingga murtad saudara seislam kita, tetapi dalam masa yang sama kita solat pun tak cukup, liat nak bayar zakat malah akhlak pulak tersangat teruk.

 

Pong pang pong pang dok marah depa. Padahal jika di tanya pun pasal islam, langsung diam terpaku.

 

 

‘Isu demi isu yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yg pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah!” dan bukan juga “sembahyanglah!”.

Tetapi perintah Allah yg pertama adalah “Bacalah! ” [ Al-Alaq 96:1]

-Hasrizal Abdul Jamil-

 

Sebagaimana juga isu sang intelektual Kassim Ahmad yang dikatakan anti-hadis oleh kebanyakkan para ilmuan islam.

 

Sekadar tahu pemikiran yang beliau bawa lebih bersifat anti hadis itu masih belum cukup, paling tidak tanyakan diri sendiri berapa banyak kita tahu mengenai hadis ; apa itu hadis, apa itu sanad hadis, apa pula dimaksudkan dengan matan hadis, bagaimana ulama’mentaarifkan dengan hadis dengan sahih, hasan dan dhaif.

 

Tanyakan soalan itu kepada kita sendiri. Ya, itu paling tidak.

 

Paling tidak untuk menjentik perasaan ingin tahu untuk lebih tahu.

 

Paling tidak untuk kita tahu yang sebenarnya kita langsung tak tahu.

 

Paling tidak untuk melahirkan semangat berusaha untuk menjadi golongan orang yang tahu. :’)

 

Tambah ilmu. Paling tidak yang tak dapat tidak yang perlu kita lakukan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s