aku budak degree


Bismillah. Allhumma Solli a’la muhammad wa a’la alihi muhammad.

 

Berkedip kedip tatap skrin lappy sambil menggarukan kepala. Entah mahu di update ape untuk entri kali ini. Janji belum terlerai nak tulis sal rancangan best dalam previous entri tapi takde mood plak. Nanti tak menjiwai. Nanti tak best plak orang baca. Hambar~

 

So, bila dah ‘kosong’ idea dan jiwa ni, tak ter update la beberapa hari ni. Ok dah hampir nak masuk tiga minggu dah pun. Heh.

 

Baiklah. Malam ni nak update jugak. Sesi meluahkan perasaan frust menonggeng. Tak dapat apa yang di nak nak sangat. 😥

 

___________________________

 

Monolog Aku dah jadi budak degree. (tetiba jadi bahasa ‘aku’ plak. Kehkehkeh)

 

Since 9.9.2013 yang lalu. Baru je. Tak sampai seminggu pon. Skrang ni dah bukan budak Fakulti Sains Kesihatan  lagi tapi dah ke Fakulti Pengurusan Perniagaan. Not bad actually. Suka je kita. :’)

 

Nak dijadikan cerita yang frust tu, mula mula tahu dapat kos lain daripada diploma dulu, sedih la jugak. Sangat sedih sebenarnya. Yelah bayangkan ko dah 3 tahun pulun benda tu tup tup dapat yang lain tuk degree. (bahasakan ‘ko’ dah sekarang ni. kehkehkeh)

 

Jadi, tempat pertama aku luah kat tuiter. (Ceh, bukan kat Allah. Astaghfirullah.) So, yang follow aku tu konfem tahu betapa frust nya aku dapat kos tu. Sampai terlupa nak ucap ALHAMDULILLAH  dapat degree. Sujud syukur pun tak. Mogok dalam hati. Pehh~

 

Pastu, okey sket bila mama bagi motivasi. So, petang tu waktu solat asar, aku sujud syukur sebab dapat sambung degree even aku tak suka pon kos yang aku dapat tu. (Keras hati baq ang aku ni oii~)

 

Tetiba kawan aku mesej private facebook, bagitau boleh buat rayuan tukar kos. Katanya senior pernah buat dan berjaya. Aku apa lagi, terus buat dan sent email kat kakmas mintak tolong pas kat Ketua Jabatan.

 

Nak dipendekkan ceghita, semalam aku call pihak skretariat. Dia cakap nama aku takde dalam sistem buat rayuan. Aku apa lagi dah naik fed up. Dia cakap kalo ada salinan suh faks kan kat dia. Aku cakap okey.

 

Biasalah, bila dah fed up ni memang taklah aku nak faks kan. Satu keje kena jumpa Ketua Jabatan tanya benda tu. So, memandangkan aku tak suka benda yang melecehkan, aku biarkan jelah. Heh.

 

Go on je dengan kos yang aku dapat ni. Malas nak pening peningkan kepala. :’)

 

____________________________

 

Foine. Tak best la plak berbahasa ‘aku’ dalam entri. Kehkehkeh.

 

Sebenarnya rentetan kisah ni ada celah celah jarum halus tarbiah dari Allah. Ecewah. Islamik baq ang. =P

 

Lepas je dapat result kemasukan degree september intake 2013 tu, solat istikharah jadi siulan ibadah setiap masa. (Culas jugak kadang kadang tu. Heee)

 

Doa istikharah :

 

‘Seandainya kos tu (yang saya nak kan sangat tu) baik untuk aku, islam dan masa depan aku, Kau takdirkanlah aku dalam kos tu. Tapi seandainya kos tu membawa mudharat lebih dari manfaat untuk aku, islam dan masa depan aku, Kau jadikanlah dan didiklah hati aku ni redha dengan ketetapanMu. Kerna aku tahu ketetapanMu ini berdasarkan ilmuMu yang Maha Luas sedangkan aku tak punya apa-apa..’

 

So, bila dah jadi macam ni (nama takde dalam sistem buat rayuan even dah hantar surat kat KJ by hand) takde benda lain selain bersangka baiklah dengan ketetapan dari Allah. :’)

 

Walaupun banyak isu sebenarnya mengapa saya taknak kos yang saya dapat ni contohnya prospek kerjaya yang masih kabur, peluang kerjaya yang tak terjamin dan blablabla yang boleh menganggu gugat ketenangan masa hadapan saya nanti. heee.

 

Namun, siapa kita untuk judge masa depan sendiri. Sedangkan esok pun belum tentu kita hidup atau tak kan? 🙂

 

Jadi, dengan lapang dada (ada nangis sikit sikit. =P) saya terima. Ecewah.

 

Selesai taklimat kursus di dewan peperiksaan 4. :)

Selesai taklimat kursus di dewan peperiksaan 4. 🙂

 

Kata-kata untuk diri saya sendiri :

 

‘Terima jelah Amalia. Selama ni Allah dah bagi apa yang awak nak. Kenapa bila terjadi hal yang macam ni, awak menolak benda yang sebenarnya inilah yang awak perlu. Yeah. Go go Amalia boleh! ‘

 

Well, actually kos ni not bad. 😀

 

_________________

 

P/S : Kalau nak tahu rasa frust tu macam mana bayangkan anda bercinta bagai nak rak dengan orang lain tapi last last kene kawen paksa dengan orang yang awak tak kenal apatah lagi nak dan cinta orang tu. =P

 

Tapi tapi tapi..

 

Selalunya bila dah ‘kawen’ ni, nak tak nak kita perlu ‘kenal dan cinta’ orang yang kita kawen. Hahaha. So, bila dah kenal, rasa ‘cinta’ tu akan datang sendiri dengan izin Allah. *Jiwang siot~

 

Choii~  Saya bukan nak ceghita pasal kawen paksa ok. Saya cuma nak analogikan ‘rasa frust‘ tu cane jee. ngeh3

 

Kesimpulannya, senyum. n___n

 

*takyah tanya saya dapat kos ape. Malas nak bitau. Lalalalala

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s