masuk hutan


Bismillah. ^^

 

Sambil merebahkan badan di atas katil saya memejamkan mata. Terasa nikmat tidur di tengahhari yang melenakan. Di tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang datangnya dari kipas yang berada di kelajuan 3.

 

Tetiba lena saya di ganggu oleh satu suara. Terbuncah ketidak sukaan di situ.

 

Cik, aku nak tanya mu soalan ni?’, dia merebahkan diri di sisi saya sambil merampas bantal golekku yang empuk itu.

 

Saya merampaskannya kembali dengan bertanya geram sambil memaling lambung saya membelakanginya, ‘Soale gapo gak? Tak nampak ke orang nak tido ni?’

 

Dia, yang baru balik daripada kem Badan Kaunseling semalam beria-ia dengan pertanyaan saya itu. Lalu tanpa menjawab soalan saya, terus ditanyakan saya soalan.

 

‘Okey, bayangkan mu nak masuk hutan ke. Mu masuk bersama siapa?’

 

Saya yang kebingungan terus menjawab, ‘Masuk hutan gapo ploknye. Aku nak tido la. Gi lain. Tak yah kacau aku!’

 

Tanpa mengendahkan rungutan saya, dia terus mendesak saya menjawab pertanyaannya tadi, ‘Cepatlah cikkk!’

 

‘Huuh, aku masuk sorang-sorang je hutan!, balasku dengan penuh kemalasan sambil merangkul bantal menutup telinga.

 

Sambung saya lagi, ‘Dah-dahla. Aku nak tido. Tanye nanti..’

 

_______________________________

 

Air milo dihirup. Enak rasanya mengalir ditekak. Sejuk tak terkata. Dalam pada saya menikmati keenakkan air milo buatan sendiri, dia datang lagi.

 

Kini dengan buku ditangan. Di selit pula pen di tepi.

 

‘Okey, cepat cikk aku nak tanya soalan hop tadi..’, dia menuntut janji.

 

‘-_- aduhlah. Awat budak ni boleh ingat..’, monologku sp0ntan.

 

Lalu saya bertanya soalan yang seterusnya. Dia langsung bertanya, ‘Okey. Dalam hutan tu ada sebuah rumah. Rumah tu ada pagar ke takde? or ada pagar tinggi-tinggi yang mu bubuh?’

 

Dengan menggunakan akal logikku ini lantas saya menjawab, ‘Oi, kat hutan orang tak bubuh pagar la wei. Hmm, jawapan aku takde pagar..’, air milo dihirup tenang.

 

‘Ooo, okey. Soalan seterusnya. Rumah tu pintu dia terbukak atau tak?’

 

Hampir tersembur saya di buatnya. Persoalan tak masuk akal bagi saya. Terus saya menjawab, ‘Weih, dah la rumah aku takde pagar, mesti lah aku tutup rapat-rapat rumah aku. Bakpo pelik sangat soklan mu ni..’

 

_____________________________

 

‘Baiklah, aku bagi tahu jawapan kepada semua soalan aku ko mu tadi..’, dia membuat ocehan.

 

Saya hanya mengerling memberi isyarat membenarkan.

 

‘Soalan pertama tadi, maknanya mu ni takde kenalan yang betul-betul rapat dengan mu. Selalunya orang akan cakap dia akan masuk hutan bersama dengan orang yang rapat dgn dio…’

 

‘oooo..’

 

‘Soalan kedua tadi, menggambarkan yang mu ni seorang yang open-minded..’

 

‘oooo.. Soalan ketiga tadi pulak?’, tergopoh saya menuntut jawapan. Gara-gara tertarik dengan jawapan darinya.

 

‘Jawapan bagi soalan ketiga pulak, walaupun mu ni open-minded, mu sangat susah nak cerita masalah mu ko orang lain. Mu suke pendam.’

 

‘oooo..’

 

__________________________________

Berikutan di atas adalah soalan psikologi. Walaubagaimanapun, takdelah saya percaya 100% tapi ada la jugak kesamaan tu. 🙂

Okey, pepun.

Orang yang kenal dirinya, akan kenal siapa Tuhannya.

That’s it.

Peace Yaw!

 

 

P/S – Hakikatnya, sape nak masuk hutan dengan saya? T..T

Advertisements

2 comments

  1. Dapat inspirasi dr surah al-Kahfi mungkin..:D
    Ada jea yg nak masuk hutan bersama tu.
    Cuma perlu berlapang dada utk menerima dia seadanya 🙂
    Teringat ada satu kata2 nie,

    “Bilamana meletakkn manusia di hati, Allah akn pergi krn kata Allah engkau tidak lg memerlukn Ku..tp bilamana meletakkn Allah di hati, manusia akn dtg krn Allah yg memiliki hati2 manusia…”

    *Mungkin Allah nk suruh kita benar2 cintakan Dia, RasulNya serta jihad dijalanNya sblm bagi yg benar2 cintakan kita krnNya. Manusia tu mungkin saja pasangan hidup tp sebelum tu blh jadi berupa ‘sahabat sejati’..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s