berlainan


Bismillah. ^^

 

Tengah hari itu cuaca sangatlah terik. Tekak juga terasa sangat perit.

 

Telah usai beberapa rumah untuk di lawat bagi pesakit stroke. Kini tinggal sebuah lagi. Kami berhenti di sebuah warung untuk melepaskan penat.

 

Sambil air tea ais di teguk laju, tiba-tiba saya di terpa dengan satu persoalan.

‘Amal, awak sokong ape?’, dia sinis memandang saya.

Saya hanya melemparkan senyuman. Kekok rasanya bila di tanya sebegitu.

‘Awak orang Kelantan, mesti orang PAS kan?‘, bertalu-talu soalan di tanya.
 

Belum sempat memberi sebarang reaksi, satu pengakuan telah di beri, ‘Saya orang BN. Saya tak kawan dengan orang PAS ni..’

 
Saya hanya senyum lagi. Kini lebih lebar senyumannya sambil tangan menguis-nguis straw dalam gelas.

 

‘Nik Aziz tu dah nyanyukkan?’, sekali lagi soalan provokasi di lontarkan.

 

 

Soalan yang ditanya diikuti pandangan sinis. Ekor matanya di kerling melihat reaksi wajah saya.

Saya senyum lagi. Cuba untuk membuktikan saya tidak taksub kepada mana-mana pihak. Walau bara di dada terasa di hungjam galah tajam apabila ulamak di persendakan dengan sebegitu mudah.

Lalu saya mencapai gelas berpura-pura menyedut air tea yang sudah kehabisan.

3 minit kemudian, kami berangkat.

Mencari masjid di sekitar Pagoh yang diwarnai bendera biru pekat dan putih. Seusai itu, kami meredah destinasi HOME VISIT seterusnya. :’)

 

Hari terakhir di praktikum.

 

Amal, awak baikkan?‘, bahu saya di rangkul erat penuh mesra. Terpinga saya di buatnya.

 

‘Tolong buatkan saya air tea..‘, dia membuat permintaan. Saya kaku dengan sendiri. Hairan dengan reaksinya.

 

Reaksi itu bukan saya sahaja merasa sedemikian, turut juga dirasai kawan-kawan sepraktikal. Lalu mereka terlopong memandang.

 

Sambil saya berjalan berdeket-deket mengikut rentak kakinya, dia menoleh ke arah kawan-kawan saya sambil berkata, ‘Amal baik. Orang lain jangan sibuk, saya nak kawan dengan Amal je..’

 

Lagi-lagilah membuatkan kami menggarukan kepala. Apa dah jadi? O_o

 

____________________

Moral of the story :

.

.

#1 Dalam kehidupan kita, tak dapat tidak kita harus terima yang kita tidak akan sama sekali dapat mencapai kata satu sependapat.

.

.

Lebih-lebih lagi dalam bab politik. Apabila fakta di belit auta, di pusing pula oleh pihak media dan di spin lagi oleh para parti politik, membuatkan kita pening dalam urusan untuk memilih.

.

.

Selesai mendengar dan menilai, jadi kita pun memilih. πŸ™‚ Pemilihan di buat adalah bersandarkan pula sejauh mana akal kita mampu capai dan juga sejauh mana ia ‘telah’ berlaku walhasil daripada promo-promo parti mereka.

.

.

Baik BN atau PR, ia tetap menjadi dilema bagi seorang AKU.

.

.

#2 ‘Orang-orang yang menganggap situasi lebih penting pada hubungan sungguh akan menyusahkan orang-orang yang hampir dengannya.’ -Salim A Fillah.

.

.

Kadang-kadang kita terlupa, kita menangi manusia itu dengan jiwa bukan akal.

.

.

Dinukilkan lagi oleh Salim A Fillah ( buku Dalam Dekapan Ukhuwwah) mengenai sabda sang Nabi Rasululillah S.A.W. dalam riwayat Abu Dawud itu membawa erti yang mendalam. ‘Aku menjaminkan sebuah rumah,’‘ kata baginda, ‘Di surga bagian tengah-tengah, untuk mereka yang mampu menahan diri dari berdebat meskipun berada di atas kebenaran..’

.

.

Adapun kita perlu faham dalam erti kata konteks.

.

.

Berdebat untuk memenangi hujah untuk tahu siapa lebih benar dalam suatu hal yang jelas ada kezaliman itu tersangat perlu tetapi perlulah di telusuri tauladan berhikmah.

.

.

Adapun berdebat sekadar hanya ingin mendabik siapa yang lebih tahu itu sebaiknya di elakkan. Walau kita tahu kita di atas kebenaran sekalipun, apa lah manfaatnya kita berdebat dengan mereka yang jelas tolak kebenaran.

.

.

Semacam itu yang perlu kita jauhkan. πŸ˜‰

.

.

#3 Be realistic

.

Sekiranya jelas mereka tidak sependapat dengan kita, hanya satu hal yang kita perlu lakukan iaitu Lapangkan dada dan Lirikkan senyuman. πŸ™‚

.

.

Sepertimana di no. 1 dan no. 2, tak dapat tidak kita harus akur yang kita berbeza pilihan. Namun ia bukan prasyarat untuk mengeruhkan keadaan.

.

.

Terkadang banyak persoalan bisa di jawab dengan hanya lirikan manisnya senyuman. Setelah akal di kepalanya tidak dapat kita tawan dengan hujah yang konkrit, ia tidak terlambat untuk menawan jiwanya dengan senyuman dan keterbukaan kita yang di lihat lebih realistik.

____________________________

At the end.

.

.

Saya mahu kongsi satu manifesto parti politik. πŸ™‚

.

.

manifesto PR

Tidak setuju?

.

Tak mengapa. Tidak perlu sampai sesak dada. ^^

.

We have our right to choose and I make my choice. And it must be have the reasons why I choose PR.

.

.

.

 

So, did you like to lend your ears toΒ  listen my reason? πŸ˜‰

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s