pelbagai ragam


Bismillah. ^^

 

Ragam part 1 :

 

Tudung marker di buka. Lalu saya capai tafsir alquran untuk menyalin kembali kalimah-kalimah surah alIkhlas di papan putih.

 

Macam biasa saya mulakan dengan basmalah. Di iringi dengan ayat pertama. Tetiba bunyi suara keluhan yang datang dari arah belakang..

 

‘Ustazah, kito mano reti tulih hop tu!’, gumamnya penuh tulus sambil memusing-musingkan penselnya.

 

‘Abe tulih jah hop mano reti..’, jawab saya enggan membebankan.

 

5 saat kemudian.

 

‘Ustazah, kito budak kecik mano tahu tulis..’, ujarnya lagi perlukan perhatian.

 

Okeylah. Abe buat hop mano abe tahu, nanti ustazah check..’, pujuk saya sambil meneruskan kegiatan menyalin ayat-ayat itu.

 

5 minit kemudian.

 

‘Nah ustazah hop kito tulih!‘, dia hulurkan hasil tulis tangannya.

 

‘Wah, comelnye abe tulis! Ni bulih ni tulis!’, balas saya diringi pujian.

 

Saya tatap sambil memerhatikan hasil yang telah dia tulis. Terpampang kalimah ayat pertama surah al Ikhlas dengan sengetnya ‘badan’ huruf yang telah dikerjakan.

 

Moga dia mengerti… :’)

 

__________________________________

 

Ragam part 2 :

 

Sedang sibuk saya menuangkan air teh dalam gelas seorang pelajar, tetiba nama saya di seru oleh seorang pelajar dengan cemasnya.

 

‘Ustazah! ustazah!’

 

Saya menoleh ke belakang dan terus bertanya, ‘Ye kakak. Kenapa?

 

Sambil buat muka merengek dan mulut mencebik, dia tunjukkan di satu sudut. Saya mengikut arah yang di tunjuk dengan muka yang agak cemas.

 

Oh, rupanya … biskut yang dia cecah tenggelam di permukaan air tea! -_-

 

‘Alamak, kakak!’ sambil menguis-nguis dengan tangan dengan harapan biskut itu dapat di selamatkan. Namun, hampa. ^^’

 

‘Takpelah kakak. Kakak makan yang mana ada. Nanti ustazah ganti yang baru.’, ujar saya setelah percubaan menguis biskut itu tidak menjadi.

 

Dia mengangguk penuh mengerti. =P

 

_____________________________

 

Ragam part 3 :

 

Hiruk pikuk berleluasa. Berdentam-dentum bak mercun di iringi gendangan meja. Sesekali suara latar juga hadir menambahkan kehangatan suasana.

 

 

Aku tak mau bicara sebelum kau cerita semua. Apa maumu siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain. Jangan hubungi ku lagi Ini bisa jadi yang terakhir..’, dendangan lagu itu nyaring kedengaran di dalam kelas. Milik suara seorang budak kecik yang bernama Affan.

 

 

Bingit teramat.

 

Sambil merebahkan punggung di kerusi, saya mencapai buku rekod bacaan si budak Affan. ‘Okey, abe baco. Ustazah nok dengar. Nyanyi pon sedap doh ni, baco Quran lagi sedap ni..’, ujar saya.

 

Dengan tersengih-sengih menunjukkan giginya yang rongak, dia capai buku Qiraati itu. Dengan basmalah, dia bermula.

 

5 minit kemudian.

 

Ustazah, lancar la. Lancar laaa..’, pintanya penuh harapan. Kedua tangan di rapatkan dan mata mula di pejam.

 

Tergelak saya sendirian melihat gelagat pujuk rayunya. Diringi pulak sorakan semangat dari kawan-kawan sekelas.

 

‘Lancar! Lancar! Lancar!’

 

Persis sekumpulam mogok yang ingin mendapatkan biskut lebih. Haha.

 

Saya menarik hela nafas seakan sebak itu memberitahu, ‘ Nanti abe baco smula deh muka surat ni. Bagi lancar sket lagi. Bulih doh tu..’

 

Lantas Affan mencebik bibir. Kitabnya yang hampir lusuh itu di ambil lembut lalu menyimpannya di dalam beg.

 

‘Moga dia mengerti… ‘, hatiku terdetik.

 

 

____________________________________

 

Gelagat-gelagat mereka cukup mengingatkan saya ketika mana saya seusia dengan mereka. Juga cukup menginsafkan saya. ^^

 

Dengan pongoh memakai tudung senget sebelah. Kitab Qiraati di lipat robek masuk ke dalam beg. Sesekali sangat bermotivasi untuk hadir. Sesekali juga pura-pura demam untuk ponteng. Eheh.

 

 

Dengan suasana yang tersangatlah hiruk piruk. Yang di sana melaung-laung. Yang di sini terjerit-jerit. Apabila ustazah melarang, hanya pandai mencebik.

 

Dengan suasana itu juga, saya tahu dan saya melihat. Asatizah dengan bersusah payah mengajar apa itu hukum-hukum tajwid, mengenal huruf dan sebutan betul makhraj.

 

Wal hasilnya, saya mula mengerti.

 

Itupun pada saat saya menginjak dewasa. :’)

 

Ada yang bertanya bagaimana mahu ubah suasana. Maka saya hanya mampu menjawab tak dapat tidak, kita yang harus terima nature kanak-kanak sememang nya  begitu.

 

Mereka mungkin tidak mengerti.

 

Tetapi suatu masa mereka akan mengerti.

 

Sepertimana saya. Dulu melihat, kini mula mengerti. ^^

 

 

_______________________

 

‘Ingat. Apabila huruf yang bertanwin bertemu dengan hamzah wasol, kita kena letak nun kecik yang berbaris kasrah..!’

Ujar ustazah sambil muka kemerahan menahan sakit di tekak.

 

Muka kami terlopong. Polos melihat ustazah dengan peliknya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s