aktiviti ‘gunting’ pokok


Bismillah. πŸ˜€

 

Inilah 'geng-geng' rumput yang menjadi mangsa keganasan jari-jemari saya..

Inilah ‘geng-geng’ rumput yang menjadi mangsa keganasan jari-jemari saya..

 

Satu per satu rerumput itu di cabut ganas oleh tangan saya. Sambil duduk mencangkung untuk mengurangkan penggunaan tenaga (Energy Conservation), saya memulakan aktiviti baru saya itu.

 

Selepas itu, saya menguis-nguis hasil cabutan rumput itu menjadi kumpulan yang satu. Seterusnya, saya mencampur kumpulan tadi sekali dengan kumpulan dedaun dariΒ  guguran pohon buah seto (baca : manggis) yang telah saya kumpulkan tadi.

 

Maka, jadilah ia satu kumpulan yang besor. Lantas, saya menguis pula masuk ke dalam penyodok dan membuangnya dalam tong cat yang di sediakan. πŸ™‚

 

Wah, pagi yang indah!

 

Saya bermonolog seorang diri sambil menghirup udara pagi.

 

Prap! Prap!

 

Saya mencapai gunting besar yang terletak di satu kotak. Lalu saya pun mengguntingkan bahagian dahan yang menjulur keluar daripada bentuk yang asal sehingga mengganggu laluan saya.

 

Lagi. Dan lagi di gunting. Main sesedap rasa ajinomoto. =P

 

‘Okey, shantek dah!’, sambil membelai-belai pokok tersebut.

 

Kemudian, saya menjenguk-jenguk pula pokok-pokok yang lain. Untuk menjadi mangsa guntingan saya seterusnya. Kehkehkeh. Oh, nampaknya hanya satu sahaja mangsa saya hari ini!

 

Eh, layu la!

 

Saya beralih ke aktiviti seterusnya. Mengintai-intai dedaun yang layu.

 

‘Kalau yang layu ni, awak kena gunting. Dia memang dah layu buat apa nak simpan lagi. Bagi peluang kat yang lain untuk tumbuh!’

 

Bising seorang MA psikiatri tempoh hari mengingatkan saya kewajipan membuang dahan pokok yang telah layu. Maka, tanpa segan silu saya aplikasikan ilmu tadi dengan mengutip dengan tertibnya dahan pokok yang layu sendiri itu.

 

Yang selebihnya, saya gunting. Hehe.

 

Pokok, kenapa hang bergoyang?

 

Saya tidak berkehendak untuk menulis panjang hari ini. Sekadar melepaskan masa yang terluang di sini.

 

Yang ni pulak geng-geng kacang botol, bendi, dan blue berri.

Yang ni pulak geng-geng kacang botol, bendi, dan blue berri.

 

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

(Surah Al An’Am, ayat 99)

.

.

Ada tiga elemen yang menyumbang kepada pertumbuhan sesebuah pokok. Satu, air. Dua, tanah. Tiga, Cahaya matahari. Tanpa mereka siapalah pokok. Oh.

 

Selain itu, kita juga perlu tahu ada empat faktor yang mempengaruhi kesuburan sesebuah pokok yaitu :

.

.

1) Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu

2) Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan

3) Baja – Jenis dan kaedah membaja

4) Jenis Serangga dan Penyakit

 

Analogi pokok dan manusia cukup mudah untuk di fahami. πŸ™‚

.

.

Tiga juga elemen penting di perlukan untuk membentuk seorang manusia iaitu Iman, Nafsu dan Akal.

Juga ada empat faktor yang mempengaruhi pembentukan seseorang manusia itu :

1) Keadaan persekitaran di mana dia membesar.

2) Ilmu yang di perolehi.

3) Matlumat dan pengetahuan untuk kelangsungan hidup bersama masyarakat.

4) Pembawa dan penyakit-penyakit hati yang sering menyerang manusia.

.

.

.

.

Pada pokok, tanpa keseimbangan ketiga-tiga elemen tersebut, ia tidak mampu untuk tumbuh. Apabila sudah tumbuh dengan baik, ada pula faktor-faktor yang perlu di ambil berat demi kelangsungan kesuburan sesebuah pokok.

.

.

Tanpa semua itu, matilah pokok. Menjadi layu tak bermaya. Dan akhirnya di cantas dan di buang demi kelangsungan pohon-pohon yang lain yang jauh lebih bermanfaat.

.

.

Nak kata sama tak juga. Tapi bolehlah di kaitkan apa yang sama antara tumbuhan dengan manusia.

.

.

Manusia, tanpa keseimbangan ketiga-tiga elemen tersebut, apa lagi gunanya jadi manusia. Ketiga-tiga elemen itu seimbang bergantung pula kepada empat faktor tadi. Boleh jadi ia membentuk manusia. Dan boleh jadi ia menghancurkan!

.

.

.

Namun, bagaimanapun, manusia dan tumbuhan tetap ada beza. Bezanya pada jika tumbuhan layu, ia di cantas dan di buang. Memberi peluang kepada pohon-pohon lain untuk tumbuh subur. Itu sunnatullah yang tidak dapat di ubah lagi.

.

.

Tetapi manusia tidak. Walau ia ‘layu’ sejauh mana pun, ia tetap di beri peluang kedua selagi mana hayat di kandung badan.

.

.

iaitu

.

Berubah

.

.

Khusus di ciptakan untuk manusia.

Ia tidak di buang.

Tetapi ia di beri peluang. πŸ™‚

 

Photo0422

Nah, blueberi untuk korang! =P

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s