Oh, psikiatri! (4)


Bismillah. πŸ™‚

 

Taipan jari yang begitu pantas menaip angka 4 tanda sudah 4 minggu saya menjalani praktikal di sini. –> Muar, Johor. πŸ˜‰

 

Terlalu banyak yang saya dapat something yang baru di sini. Baik yang ada pada wardround, cerita kisah duka suka pesakit, bersama terapis dan saya sendiri.

 

Mungkin yang telah menjadi friends saya di FB telah pun membacanya berulang-ulang kali status saya mengenai coretan pengalaman saya. Bagi yang belum, (taddaaa!) saya tampalkan pula coretan itu di entri kali ini. ^_^

 

Semoga bermanfaat!

 

Sejarah yang diwarnakan.

 

Apabila seorang pesakit lelaki mempunyai sifat kepimpinan. Semua ‘kawan’ dalam wad dia pedulikan. Setiap kerja pasti dia yang pertama menjadi orang yang terkehadapan. Hmmm.

Di diagnose DRUG INDUCE PSYCHOSIS. Merokok seawal 10 tahun. Mengambil ganja seawal 13tahun. Minum arak pula sekitar 16 tahun. Kini umurnya dah 26tahun.

Katanya, hampir 3 minggu dia meninggalkan NAJIS tersebut. Namun, tetap ada kesannya apabila sering mendengar suara-suara halus supaya tetap terus mencuba. Di masukkan dalam WAD psikiatri di sebabkan mengamuk yang hampir membunuh. Hmmm..

_________

 

Interview sorang Pesakit Lelaki berumur 26 tahun. Glue Sniffer.

Saya : Asal awak hisap gam?

Dia : Dah saya tak nak minum arak. Minum arak kan masuk api neraka. Jadi saya pun hisap lah gam.

Saya : Bukan ke same je ke minum arak dengan hisap gam? (sambil buat muka pelik)

Dia : Hisap gam takde dalam sunnah hukum agama kak. Jadi boleh lah hisap.

Saya : Oh, ye keee? Macam tu ea?

Dia : Aah.

_________

 

Apabila membaca history dan menemuramah pesakit, diri terasa begitu berharga dan betapa tersangat berontong di anugerah dalam keluarga yang sihat sejahtera.

 

Kebanyakkan pesakit mental di sini, bukanlah di sebabkan biologi atau lebih dikenali keturunan. Tapi lebih kepada drug abuse. Banyak sangat ambil dadah dan minum arak yang akhirnya membawa kepada kerosakan otak.

 

hmmm..

 

Kisah di wardround! :O

 

Antara yang paling best berpraktikal di sini adalah dapat join wardround hari-hari bersama doktor pakar psikiatri. Dan banyak perkara saya terpaksa belajar sendiri memandangkan tiada dalam silibus pembelajaran diploma.

 

Pharmacology. How to diagnose. πŸ™‚

 

Terkedu dengan soalan daripada Doktor Pakar kepada seorang Medical Attendance sewaktu wardround pagi tadi :

‘Berapa kerap dia dengar suara-suara halus tu? Dan suara-suara halus yang macam mana dan berapa pula kekerapan berlakunya auditori halusinasi untuk di diagnosed sebagai Schizophrenia?

 

Gulp. Cepat2 saya buka buku nota untuk di take note. Dan banyaaakkk lagi saya dapat ketika berwardround. Besst. Alhamdulillah~

 

Saya si penagih ilmu. πŸ™‚

 

Menjadi terapis yang berguna untuk ummah bukan senang tapi TIDAK mustahil untuk direalisasikan.

 

Sedikit masa lagi, saya bakal di gelar graduan. (ameen). Terasa berdebar-debar untuk di umumkan sebagai qualified terapis sedangkan ilmu di dada masih lagi surut. Huhu. Semoga praktikal kali ini benar-benar menjadikan saya sebagai calon terapis yang bermanfaat untuk ummah kelak!

 

O Allah, ease me!

Advertisements

13 comments

  1. Selepas baca kisah halusinasi, schizophrenia, ada seorang perempuan di sini yang mengadu melihat macam-macam, selalu minta diteman, takut berada dalam gelap, dan, cerita dan aduan-aduannya menyebabkan saya (dan kami semua) selalu rasa seriau dengan cerita dia, sekarang tak lagi. Ok. Dia schizophrenia~ Hehehe…

    *How to differentiate between orang yang schizo dengan orang yang memang ada ability untuk lihat makhluk2 halus? Dan ada juga yang tak mampu tanggung dengan kelebihan yang dia miliki. Dia psikotik?

  2. doa kak teh sentiasa mengiringi.
    semua kita semua especially yg bersangkut paut dengan medical, akan jdi yg terbaek buat ummah.
    jika bukan kita, siapa lagi..

  3. Ouh, terima kasih kerana berkongsi…Menarik2!!! ^_^

    Hmm. Kalau ikut apa yang saya belajar, ciri-ciri grandiose delusion ada padanya (kawan perempuan) enta. Psikotik bermaksud apabila seseorang itu mengalami halusinasi pancaindera (vision or auditory) dan juga delusi.

    Delusi ada banyak jenis dan salah satunya grandiose. Grandiose ni dia rase satu kehebatan yang ada padanya tiada pada orang lain.

    Untuk kesah kawan perempuan enta, saya tak berani nak terus diagnose sebagai schizophrenia. Tapi memandangkan benda tu dilihat sebagai abnormal, saya cadangkan kawan perempuan enta tu pegi jumpe doktor psikiatri.

    Psikiatri bukan beerti kita gila tetapi ia berkaitan dengan keupayaan mental kita berfungsi secara sihat. πŸ™‚

    Mungkin ye atau mungkin tak mengenai ability untuk lihat makhluk halus. So, boleh cadangkan jugak jumpe mana2 ustaz. Untuk kaedah cara islam..

  4. Maka lepas tu kami bawa dia jumpa felo kolej kediaman. Lepas sembang2, pastu ustaz kata, “Saya cadangkan awak pergi berubat di Darul Syifa’.”

    Pheww~

  5. haha oppss lupa waalaikumsalam… hahaha =D owhh jdinye psikiatrist ni dlm bidang sains sosial ke sains tulen?

  6. Bestnyaa dapat jadi psikiatrist. Teringin sangat. ayah dari kecik selalu cakap sy bakal jadi doc. tapi sbb kat skolah bukan aliran sains. tk boleh apply hmm πŸ’” 😒

  7. Bestnyaa dapat jadi psikiatrist. Teringin sangat. ayah dari kecik selalu cakap sy bakal jadi doc. tapi sbb kat skolah bukan aliran sains. tk boleh apply hmm πŸ’” 😒

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s