Muar UNIK ;)


Bismillah. 🙂

 

Nak pegi Pagoh naik kat sini!‘, jerit seorang pak cik Cina.

 

Saya, Izzah dan Hajar cepat-cepat beralih bas. Jam berdetik tepat jam 11 tengah hari. Di tambah pula dengan cuaca panas seolah-olah ‘memekik’ ke arah kami. Hangat dan haus.

 

‘Macam mana nak bayar ni?‘, soal Hajar seketika melangkah masuk ke dalam perut bas.

 

Tanpa menjawab persoalan darinya, terus kami bertiga mencari tempat duduk yang berposisikan agak tengah memandangkan bas mula bergerak. Sempat lagi mata saya melegar memandang passengers di dalam bas. Semuanya lelaki. Dan semuanya  daripada berbagai bangsa.

 

Gulp!

 

Seusai duduk, kami berbincang soal pembayaran tiket bas. Tiba-tiba seorang Pak Cik Cina menyapa kami dari arah belakang. Di tangannya membawa sekeping papan yang dilekatkan beberapa sticky note berwarna.

 

‘Kamu nak pegi mana?’

 

‘Kami nak pegi Parit Setongkat!’

 

Duit sebanyak RM 3 di berikan. Di balas pula dengan 3 keping tiket bas. Err, sebetulnya 3 keping sticky note berwarna. -_-

 

Sepanjang perjalanan pulang ke Parit Setongkat, hanya kami yang berbangsa Melayu di dalam bas tersebut. Juga hanya kami bertiga sahaja perempuan dan berasal daripada negeri lain. Perut kecut.

 

Dalam BAS

 

Saya membuang pandangan pada tingkap bas. Bas melucur laju. Saccadic eye movement berlaku dengan baik setelah fokus point dalam anak mata mampu menangkap gambar-gambar di sekeliling.

 

Bas berhenti. Tanda ada passenger lain mahu naik. Saya hanya diam dan melihat saja kelibat mereka yang menaiki bas. Bas berjalan kembali.

 

Lima minit kemudian, bas berhenti lagi. Seketika itu perut saya semakin kecut. Apabila memandang ke kiri dan ke kanan, depan dan belakang, tempat duduk sudah pun di penuhi orang. Hanya ada satu sahaja yang kosong iaitu di tepi tingkap bersebelahan kiri saya. Gulp!

 

Seketika itu juga berpusu-pusu passenger masuk. Semuanya lelaki. Dan semuanya memandang pada tempat duduk kerusi kosong tersebut. Namun, muka saya masih lagi buat ‘dunno’. Tiada langsung tanda mempelawa. Akhirnya mereka ke belakang dan berdiri. *Fuh, alhamdulillah*

 

Muar UNIK.

 

Bandar Muar sungguh unik untuk saya. Sebegitu juga dengan orangnya. Rata-rata orangnya adalah dari kaum Cina. Sementelah juga dengan gaya dan budaya orang di sini banyaknya berbaur kecinaan.

 

Alhamdulillah itu tidak menjadi masalah utama untuk saya. Malah seakan jiwa saya menjerit semahu-mahunya, ‘Yes, finally I could learn something new here.’  Hometown yang penuh aplikasi dakwah. Oh, nampaknya kaca mata dakwah saya semakin tinggi kadar powernya. 😉

 

Therapist in the making

 

Esok merupakan hari pertama saya berpraktikal di Muar dalam bahagian psychiatric. O Allah, ease me!

 

Semoga praktikal kali ini banyak memberi manfaat pada saya dan dakwah. Jika di Penang, rata-rata pesakitnya daripada golongan non-muslim, saya kira sementelah juga di sini. ^^

 

Sudah  54 tahun merdeka, dan sudah 20 tahun saya hidup,alhamdulillah ini merupakan kali kedua saya di beri peluang untuk bertemu muka, bersuai kenal dengan mereka non muslim. 🙂

 

Doakan saya! ‘Allahumma yusahhil’

 

Uzlah itu untuk kita. Islah juga untuk kita. 

Manakala dakwah itu untuk mereka.

^_^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s