Adha saya


Bismillah. πŸ˜‰

 

‘Adha saya semakin pudar..’

Monolog saya sambil mengunyah tapai di atas meja dalam petak rumah tamu banglo milik puan Mama. Sambutan kali ini yang tak best. Pagi raya dah kena bebel dengan Mama sebab pakai baju buruk (er, means saya hanya pakai baju yang biasa dipakai.)

Tak best. Tak best. Tak best.

Sedang enak saya bergulingan di atas sofa yang empuk, minda saya masih lagi meratib benda yang sama. ‘Ish, tak best la raya tahun ni. Tak macam dulu.’

Oleh kerana ulangan yang mensyahdukan rasa membuat saya merenung jauh. Jap, sebenarnya apa yang membestkan sangat setiap sambutan hari raya? Sebab ada .. Entah. Nampak semua sama je setiap hari raya yang berlalu. Kan? :/ hmm..

Ok. I’ve noted something here.

Cukup-cukuplah bersifat ke anak-anakan.

Budakkah saya?

Bibir menjuih.

Hek elah. Tak kanlah dengan memikirkan ke’best’an menyambut eid dikatakan childish pulak. kan?

Kenapa saya kata begitu? Kerana hanya budak-budak saja yang akan memikirkan soal kemeriahan dalam sambutan. (tangan di bahu, mata ke langit. aduhai~)

Antara soal kemeriahan atau penghayatan.

Sebenarnya mana tagih kita?

Kalau dulu waktu kecik-kecik cili berapi, konfem di pagi raya tu dah siap mandi, bau pun wangi semerbak, pakai bedak, lotion baby dan segala bagai perhiasan wanita yang perlu semata-mata bersemangat nak tengok lembu di sembelih.

Kalau dulu, ‘muloh’ Encik papa lewat seminit daripada waktu dan masa pengorbanan lembu di jadualkan (yang membuatkan saya gagal untuk melihat babak demi babak), pasti seharian merajuk tak sudah.

Tapi..

Itu soal dulu. Ketika waktu saya masih lagi comel dalam tangisan dan cute dalam memberi senyuman.. (mohon jangan muntah. Ia adalah kisah benar yang perlu di nyatakan di sini. =P )

Henshin! Oh, dah dewasa saya rupanya.

Berbalik pada soal antara kemeriahan dan penghayatan. Saya memilih penghayatan.

Senyum.

Bagi anak-anak kecil, tumbangnya seekor lembu di pagi raya tersebut bak berjaya menawan puncak gunung Everest untuk mereka. Setiap babak dalam penghirisan tengkuk lembu (erkk) di saksikan dengan semangat berkobar-kobar sambil mengunyah roti breakfast yang di bakar enak dengan planta marjerin. Ada yang undur ke belakang, khuatir lembu yang ditumbangkan kembali bangkit membalas dendam. Ada yang still gagah di depan, tak kalah seperti tarzan di hutan. Eheh. Itulah budak kalau korang nak tahu. πŸ™‚

Bagi orang dewasa, kesaksian mereka bukan sekadar tengok tapi lihat. Bermula pada niat awalnya hingga ke titisan darah daging lembu itu di lapah. Bagi mereka, setiap babak pengakhiran hayat seekor lembu adalah episode yang menginsafkan. Isk!

Jadi, apa yang perlu di hayati sebenarnya?

Kata Ust Hasrizal : Simbol cinta tinggi bukan antara kekasih dengan kekasih, jauh sekali antara Laila dan Majnun atau Uda dan Diri. Cinta tertinggi adalah cinta seorang bapa kepada anak, kerana cintanya berhubung dengan tanggungjawab, amanah, keutamaan, pengorbanan, jauh daripada sekadar naluri emosi dan keinginan.

Tanpa cinta, mana mungkin perngorbanan dapat di lakukan. Namun, tanpa taat, mana mungkin pengorbanan dapat di laksanakan. πŸ™‚

Ia tentang CINTA, PENGORBANAN dan sebuah KETAATAN seorang hamba kepada Tuhannya.

 

Salam aidil adha semua. Kbai! ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s