LEGASI untuk bagasi. :)


Bismillah =)

 
Dush! (kepala di hempuk tapak tangan)

Lewat dua hari dari hari yang sepatutnya blog di update. Okey. Maafkan saya kepada sesiapa yang cuba untuk menggeledah masuk ruang ‘hidup’ saya untuk mengetahui perkembangan terkini. Ehem.

 

As cited from about me kat bawah sana (tangan sambil tunjuk isyarat bawah) :

 

‘Saya bina riwayat srikandi ini setelah diam saya sukar dibendung. Saya tulis apa yang saya rasa. Saya coret apa yang saya fikir. Kerana saya kurang pamerkan emosi sebenar di alam realiti. Jadi, saya ambil blog sebagai solusi. 🙂 Dia teman baik saya. Dia teman luahan saya. Ketika kepercayaan saya tiada untuk manusia. Di dadanya penuh esakan dan tangisan saya. Dan ketawa saya juga terburai di sini.

 

Orait. Seandainya tiba-tiba kalian mendengar orang ketawa terbahak-bahak atau orang menangis teresak-esak, jangan risau. InsyAllah, kalian bukan penghidap schizophrenia with auditory hallucination. Itu hanyalah suara hati saya yang berlegar dalam jaringan blog ini. 😉

____________________________________

LEGASI HIDUP.

 

Tajuk minggu ni. Bungkam setengah minit apabila meneliti tajuk di atas. Frontal lobe terus terusan memainkan peranan. Di sapanya si Hippocampus supaya bergerak laju sekencang mungkin ke gerabak simpanan memori lama. Lalu terpancar kaset lama dengan bantuan lensa mata.

Nah, di hadapan saya seorang penceramah di hadapan yang sedang rancak mengeluarkan bunyi-bunyian huruf abjad yang di susun dalam perkataan!

‘Okey, saya nak kamu lukiskan legasi hidup kamu. Gambarkan ia dalam rajah.’

Tertacap mata saya di kertas A4. Sama halnya dengan terpacaknya pen di tangan saya di atas kertas yang sama. Legasi hidup aku? Gulp. Monolog dalaman yang beraura. Ehem.

‘Lukis sahaja apa yang kamu inginkan dalam hidup kamu. Apa yang akan kamu tinggal setelah kamu mati. Dan pastikan sesuatu itu memberi pulangan yang hebat ke atas diri kamu dan ummah. Bak kata orang, biar kasi “wow!” apabila orang membaca riwayat tentang diri kamu..’

Petah pulak si penceramah. Tanpa melengahkan masa yang diberi hanya 10 minit, terus saya melakar indah legasi hidup saya. Ada 5 perkara yang saya cuba lakarkan. Satu perkara pertama memakan masa 3 tahun untuk di capai. Dua perkara yang seterusnya menelan masa 10 tahun. Dan bakinya yang lain menghadam masa 18 tahun.

Apakah itu?

Rahsia. Semestinya. Haha.

_________________________________

Bicara WOW daripada saya yang unik! 😉

 

Legasi Rasulullah S.A.W. adalah dengan meninggalkan Alquran dan As Sunnah kepada kita. Legasi para salafussoleh pula meninggalkan kitab-kitab ilmu yang berguna untuk kegunaan masyarakat. Sebagai contoh Hujjatul islam Imam Ghazali telah meninggalkan berpuluh-puluh jilid kitab Ihya Ulumudin kepada Ummah.

Tidak ketinggalan, Si pengecut Kamal Atartuk juga meninggalkan legasi sekularisme kepada Turki. Dr Mahathir dengan legasi Putrajayanya. Syed Qutb dengan legasi kitab Sepanjang Jalannya.

Lalu, apa legasi hidup kita?

Legasi yang dapat di buat bagasi untuk menempuh hidup di akhirat sana.  🙂

 

Advertisements

2 comments

  1. saya tahu apa legasi yang kamu nak tinggalkan..!!sebagaimana saya akan menjengah semula hidup kamu 10 tahun lagi(Iinsyaallah jika dipanjangkan umur) untuk melihat legasi kamu,maka doakan saya untuk mencapai legasi saya juga..legasi manfaat mati,ummah dan semestinya WOW!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s