Kesah kemerdekaan saya. =’)


Bismillah. ^^

 
Berlari-lari beberapa orang anak-anak kecil ke arah si nenek. Ada yang bersimpuh. Ada juga bersila. Mata nenek ditatap kemas, telinga di pasang betul-betul dan mulut mereka kunci. Si nenek tersenyum puas melihat gelagat-gelagat cucunya. Begitu bersemangat dan bersungguh mereka untuk mendengar dan mengambil tahu tentang kisah dulu-dulu.

Kisah Jepun yang seringkali di ulang tayang kisahnya melalui bibir tua si Nenek. Se akan seperti kembali pada zaman 1940an. Saat ketikanya Jepun mendarat di Pantai Sabak. Nenek yang ketika itu baru sahaja berumur 7 tahun. Memakai cawat daun sedang memanjat pokok. Bunyi ‘drup-drap’ but kasut Askar-askar Jepun kedengaran jelas walhal jauhnya hampir memakan 10 kilometer.

Itu kisah saya dan nenek bersama sepupu dan adik beradik 16 tahun yang lalu. Panjang jaraknya. Namun, cerita yang di salut emosi itu kekal dalam memori saya.

 

________________________________________

 
Kemerdekaan. Ia tentang sebuah erti bukan semata sambutan. Saya pasti erti sebuah kemerdekaan daripada seorang nenek 7oan tersangat jauh bezanya dengan seorang budak 7 tahun. Ia tentang KONTEKSTUAL bukan pada term semata.

Begitu juga pada kita. Apa erti itu pada kita. Sekadar tersengeh di Bukit Jalil melayan konsert yang ada? atau kembali muhasabah apa yang sebenarnya yang perlu kita koreksikan. 🙂

Kata seorang ustaz, erti kemerdekaan seorang hamba ialah terkeluarnya dari kejahilan menuju penghijrahan iman.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Semoga kalimah itu juga yang bakal kita laungkan di akhirat kelak. Merdeka daripada kemurkaan Allah dan merdeka kerana berjaya mendapat keredhaanNya.. Oh, jauhnya perjalanan!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s