se’cotek’ kisah raye. :)


Bismillah. Heyyya! 😉

 

‘Takbir hari raya hanya official bermula selepas solat Isyak 30 Ramadhan hingga selepas solat hari raya 1 Syawal keesokkanya.’ 

Tok Imam yang berkaca mata petak itu menjelaskan. Pencerahan yang baru untuk saya. Dulu asyik sahaja melaungkan takbir raya even dah bulan Zulkaedah. Rupanya hanya sesingkat itu masanya. Senyum. Dalam hati, ketawa guling-guling. Bukan sebab pencerahan tu, tapi sebab mengenangkan waktu kecil yang di sifatkan terlalu dungu. Oh!

Dah berapa Syawal berlalu. Bulan Fitrah yang sering di katakan oleh orang kebanyakkan. Juga bulan kelahiran si budak nakal yang jarang dikatakan oleh saya sendiri. Menanti detik 1.30 tengah hari pada 14Syawal, bakal genap umur saya menginjak laju ke angka 21 tahun. *tangan didada, muka ke atas, senyuman dilirikkan*

Ngomelan si Budak Nakal

 

Pening. Pusing. Terbalik. Yang ini kata, bulan Syawal merupakan bulan hasil refleksi kita pada bulan Ramadhan. Kalau kita sanggup berhempas pulas melawan kemamaian ketika sahur dalam lima minit. Kenapa tidak menggunakan approach yang sama untuk bangun Qiammullai? Kata yang tu lagi, kalau kita sanggup menahan kelenguhan kaki akibat bersabar dengan pak imam yang suka baca panjang2 waktu teraweh selama 8 rakaat koott, takkan lah solat sunat Isyak tak boleh nak buat. Kot? *aduh, terasa*

Tapi, tapi, tapi..

Kata TV lain. Dia kata Syawal ni bulan silaturrahim. Kena dan pasti kena bersalaman dengan setiap insan tidak kira lah dia sapa, tua mahupun muda, lelaki bahkan perempuan. Dia kata lagi, Syawal juga bulan untuk ber’galok’. Masa ni lah nak enjoy dengan seISI keluarga. Mini konsert dan ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling mesra mesti ada.

Saya terlopong. *Mulut terngaga luas* Perggh!

Dulu syaitan di ikat di bulan Ramadhan. Kini Hantu Raya pun diraikan sempena pembebasan mereka. Eheh!

Bukti babe, tak main la tuduh-tuduh ni.’  Bising orang sana.

Orang sini menjawab, ‘Yang cerita hantu bersepah tu, bukan tanda meraikan ke?

Dua-dua sengeh sambil kepala di garukan.

_______________________________________________

Catitan hati si budak nakal :

 

Sobat-sobat sekalian, refleksi sebenarnya itu dari kita. Sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu. Dan sejauh mana pula aplikasi kita terhadap apa yang kita faham. =’)

Plagiat daripada Habib Ali Al Jufri :

Orang-orang yang soleh itu jelas nampak pada perbuatan dan percakapannya.

Maka, cara kita berhari raya akan dan sudah pun menggambarkan sape kita.

Salam lebaran buat semua. ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s